Nuffnang

Pengikut

Isnin, 2 November 2009

Kaya! Kaya! kaya!



Pada zaman aku kecik-kecik dulu orang yang mempunyai kereta dianggap kaya. Maklum la zaman tu merupakan zaman semua orang berada dalam keadaan susah terutamanya bagi mereka yang tinggal di kampong.

Sebelum adanya kemudahan air paip, sungai merupakan sumber air yang utama untuk membasuh pakaian dan sumber minuman. Alhamdulillah pada masa itu di tempat aku kemudahan air paip telah dibekalkan oleh pihak kerajaan. Namun gangguan ketiadaan air kerap berlaku. Ini mengganggu urusan harian. Akhirnya sungai menjadi pilihan kepada warganya.

Bagi mereka yang tinggal behampiran sungai pastilah tidak terasa dengan gangguan air. Macam aku memang terasa kerana rumah kami jauh dengan sungai. Sekiranya berlaku gangguan air terpaksa la menapak hampir 2 kilometer.

Pergi tu ok. Namun masa nak balik tu yang menjadi masalahnya. Mana nak bawa kain yang di basuh. Mana nak bawa bekalan air untuk diminum. Pada masa ini berlaku satu peristiwa yang amat mengisafkan dan memori itu masih lekat sehingga kini.

Jiran aku yang sorang ni memang agak berada kerana mempunyai kereta. Semasa aku dan arwah opah hendak pulang ke rumah aku di pelawa oleh pakcik ni naik kereta dia. Mulanya kami menolak memandangkan kami dah biasa berjalan.

Namun jiran aku mendesak juga menyuruh kami menaiki keretanya. Aku pun membuka pintu belakang. Kelihatan seorang anaknya dengan muka marah dan kaki yang di kangkang seluas-luasnya di bahagian tengah kereta. Aku rasa anaknya ni marah sebab bapanya mempelawa aku dan arwah opah untuk naik kereta bapanya menyebabkan dia tak selesa dan terpaksa berhimpit dengan orang miskin macam aku ni.

Terpaksalah arwah opah dan aku duduk berhimpit di sebelah kanan kereta. Sedikit pun anaknya tidak mengecilkan kangkangan kakinya sehinggalah kami sampai di rumah. Mukanya tuhan sahaja yang tahu. Tiada sedikit senyuman hanya yang ada kemarahan yang meluap-luap terpancar dimukanya.

Aku sedar aku orang miskin. Aku juga sedar ayah aku tak de kereta macam ayah dia dan aku juga sedar aku mesti belajar rajin-rajin supaya dah besar nanti aku boleh beli kereta dan takkan menumpang kereta orang lain.

Macam ni lah nasib orang hina dan dina. Sedih rasanya diperlakukan semacam ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...