Nuffnang

Pengikut

Isnin, 23 November 2009

Hanya kerana sepasng kasut


Cerita 45 Top 60
Aku memang sudah lama minat sangat kasut jenama Top Ten ni. Mulanya aku melihat bapa saudara aku yang tinggal di Trengganu datang ke rumah aku memakai kasut jenama Top Ten. Bagi aku kasut tersebut cantik dan bergaya

Aku hanya memendam rasa untuk memiliki sepasang kasut tersebut.Kasut lain bagi aku tidak secantik kasut Top Ten. Aku mengimpikan raya kali ini aku mesti memiliki kasut ini. Menjelang hari raya sebagaimana biasa ayah dan arwah emak aku akan membuat persiapan untuk menyambut hari raya.

Ayah aku pun bertanya kepada “Raya ni kamu nak nak kasut apa” ?. Apalagi aku pun menjawab kasut Top Ten. Cari di pekan Sungkai tak de. Cari di Bidor pun tak de. Jenuh ayah dan arwah emak aku memujuk aku supaya membeli kasut jenama lain. Aku tetap berkeras nak kasut jenama Top Ten juga. Hari berikutnya Ayah aku mengajak aku dan arwah emak ke Teluk Intan.

Nak ke Teluk Intan bukannya senang. Terpaksa naik Bas dari Sungkai. Berhenti di Bidor dan ambik pulak bas ke Teluk Intan. Pada hari itu orang punya la ramai dalam bas. Sendat sesendatnya. Aku sudah tak tahan akhirnya aku termuntah di dalam bas. Namun aku tetap meneruskan puasa.

Sampai di Teluk Intan misi mencari kasut aku pun bermula. Dari satu kedai ke satu kedai. Malangnya tak de kasut jenama tu. Kedai-kedai kasut yang besar pun tak de menjual kasut jenama tu. Aku tetap berkeras tak nak kasut jenama lain.

Bayangkan waktu tu matahari tegak di atas kepala tambahan dengan letih berpuasa. Ayah dan arwah emak aku berpeluh-peluh keletihan.Namun ayah dan emak aku masih bersabar dan terus mencari kasut tersebut. Akhirnya kasut jenama Top Ten tu ditemui di satu kedai kasut kecil dan tak berapa popular.

Aku tersenyum lebar. Ayah dan emak aku menghembuskan nafas lega. Nampak sangat kepuasan terpancar di wajah mereka apabila dapat memenuhi kehendak anaknya.Kalau di fikir-fikir betapa zalimnya aku pada ketika itu. Peristiwa ini menyedarkan aku betapa kasih dan sayangnya Ayah dan arwah emak terhadap aku.

Cuma aku sebagai anak kadang-kadang tak dapat memenuhi kehendak mereka terutamanya arwah emak aku. Sehingga ke akhir hayatnya aku gagal memenuhi kehendak dan kemahuannya. Sedangkan seorang emak dan ayah sanggup bersusah payah hanya kerana sepasang kasut.

Inilah peristiwa yang berlaku hampir 30 tahun dulu semasa aku masih di sekolah rendah. Apabila aku kenangkan kembali amat menyentuh perasan dan bisa meruntun jiwa. Setiap kali aku ceritakan peristiwa ni pada anak-anak aku, aku rasa sebak.Ya Allah kau kasihanilah ibuku dan tempatkan rohnya di kalangan orang yang bertakwa. Aminnnn...

3 ulasan:

  1. Wah....
    ckLah sampai darjah 6 pakai kasut getah.....
    Teringin kasut macam orang lain...tapi apakan daya. Nak ke sekolah pun kaut simpan dalam beg...Sampai sekolah baru pakai....di jalan gambut tanpa aspal!

    BalasPadam
  2. Shoping di Teluk Intan....kedai kasut Shing Seih yang 'femes' masa tu...

    BalasPadam
  3. Sedih dengor cerita cklah tu. Zaman itu semua orang berada dalam kesusahan, aku pun selepas arwah emak berniaga baru lah senang sikit.

    Tentang kedai tu aku dah lupa Cklah, lama sangat cerita tu dah hampir 30 tahun

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...