Cerita 38 Top 60
Kejadian salah faham memang biasa berlaku dalam kehidupan. Atas sifat kelemahan manusia maka kadang-kadang berlaku tersalah tafsir atau salah faham terhadap sesuatu perkara. Kadang-kadang lain yang kita maksudkan, lain pula yang difahamkan oleh mereka.
Umpamanya kejadian baru-baru ini. Aku rasa tak tertahan lagi dah nak membuang air kecil. Aku bergegas ke tandas. Sedang aku berada di gerbang pintu tandas sekumpulan pelajar perempuan asli yang berada di seberang tandas memanggil aku. " Cigu nak tengok" Aku pun membalas "Kalau nak tengok mari sini". Maksud aku tunggu la di luar tandas tu.
Tiba-tiba mereka tersenyum-senyum simpul sambil berkata "Tak mau la cigu" Aku kata "Tadi nak tengok". Aku pun berasa hairan tadi nak tengok sangat. Kemudian tiba-tiba je tak jadi. Agak lama juga aku berfikir barulah aku faham mengapa mereka tak nak tengok .
Mungkin mereka ingat aku nak ajak mereka masuk ke dalam tandas untuk melihat @#$%^ aku. Sebenarnya maksud aku kalau nak tengok gambar mereka menari sewang tunggu aku di luar tandas. Selepas itu, sama-sama ke bilik guru untuk melihat gambar mereka menari sewang pada hari anugerah.
Semalam pelajar-pelajar asli ni ada datang berjumpa dengan aku untuk melihat gambar mereka menari sewang. Aku kata esok la. Kebetulan hari ini mereka ternampak aku hendak masuk ke tandas.
Maka terjadi lah peristiwa salah faham ini. Takkan la aku nak bagi tengok aku punya. Bahaya wo.......... Ini Hak milik ekslusif. Silap-silap gaya mahu kena tamparan wanita.
Sekolah mana ni cikgu...?
BalasPadam