Cerita 32 Top 60
Minggu lepas aku ke pasar minggu di pekan sungkai untuk kali kedua dalam tahun ni. Aku memang agak jarang ke pekan minggu atau pasar malam. Kadang-kadang kalau pergi pasar malam pun aku akan menjadi penunggu di dalam kereta. Minggu ini aku rasa aku hendak turun untuk melihat pasar minggu a.k.a pasar lambak. Seperti biasa sebelum membeli belah di pasar minggu di Sungkai aku dan isteri akan membawa anak-anak bersarapan di warung favourite mereka Nasi Lemak Shariff Lobo sebagai mana biasa apabila anak-anak mengikutnya ke pasar minggu.
Hari-hari biasa dia berniaga berhampiran Stesyen Minyak Petronas Sungkai. Hari ahad dia akan berniaga di pekan minggu Sungkai. Selain nasi lemak Jamil yang famous tu (kat stesen bas mengundur sungkai), Nasik lemak Shariff Lobo pun memang kow juga.
Kebetulan hari tu ada satu family datang dari Kuala Lumpur semata-mata hendak makan nasi lemak Jamil tetapi kedainya tutup. Maka mereka sekeluarga pun singgah di warung nasik lemak Shariff Lobo. Licin juga deme makan nasi lemak tersebut.
Selepas bersarapan aku pun bersiap sedia untuk membeli belah barang keperluan rumah untuk seminggu. Cara ni lebih jimat jika dibandingkan membeli barangan secara runcit-runcit.
Dari jauh aku dengar aku terdengar "Sayur, Sayur" "Marah, marah" "sayur, sayur" "marah,marah". Aik pelik pulak bunyi nya. Kalau macam tu takut le orang nak beli sayur takut kena marah. Semakin lama aku berjalan semakin hampir aku dengan suara tu.
Aku nampak seorang perempuan India separuh umur dengan begitu confident sedang melaungkan "Sayur,Sayur" "Marah, Marah". Memang sah apa yang aku dengar tadi.
Mungkin dia tak mengetahui bahawa sebutannya salah dan memabawa maksud yang lain.. Mungkin juga dia confuse makna anatara perkataan murah dan marah. .Apa pun inilah ragam dan warna-warni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang berkongsi kemakmuran dan kemewahan di bumi bertuah ini. Ariyos......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan