"Cikgu, cikgu nak tengok tak Sean Kingston?." Tanya seorang pelajar perempuan kepada aku. Dalam hati aku Sean Kingston mana pulak ni. "Sean Kingston?" Aku membalas pertanyaan pelajar aku dengan satu pertanyaan juga. "Semua pelajar kat sekolah ni dah heboh tentang Sean Kingston ni" Terang pelajar tersebut.
"Takkan Cikgu tak tau Sean Kingston yang nyanyi lagu Beautiful Girl" Sambil pelajar tu menyanyikan lagu tersebut. "Mana Sean Kingstonnya?" Tanya aku. "Sikit lagi dia lalu Cikgu" Kata pelajar tersebut kepada aku.
Tiba-tiba pelajar tersebut menunjukkan pelajar yang dikatakan mirip Sean Kingston dari jauh. "Cikgu tu ha Sean Kingstton". Oh ini rupanya Sean Kingston yang dimaksudkan. Aku pun melambaikan tangan kepada Sean Kingston dan berkata hai. Dan pelajar tersebut pun mengangkat tangan dah membalas hai.
Ropa-ropanya individu yang dimaksudkan Sean Kingston tu ialah Bah Roy. Murid lemah daripada kelas yang aku ajar. Nak ketawa pun ada , rasa simpati pun ada. Nak ketawa sebab memang mukanya ada mirip Sean Kingstons.
Aku juga berasa simpati memandangkan Bah Roy ni cacat kerana penyakit polio sejak kecik. Kakinya pendek sebelah. Berjalan terhenjut-henjut nak menyeimbangkan kakinya yang pendek sebelah. Namun semenjak dia mula terkenal dikalangan pelajar-pelajar lain ada banyak perubahan positif pada Bah Roy.
Dia dah mula bercakap dan berani mengeluarkan suara Walaupun apa yang dicakapkan memang sukar difahami bijik butirnya. Dia juga dah mula ketawa dan sentiasa gembira apabila di sapa pelajar lain. Ramai pelajar yang simpati dengan kecactan fizikal Bah Roy.
Patutlah dah boleh nyanyi lagu Bum Bum. Rupanya Bah Roy dah jadi selebriti di kalangan pelajar sekolah aku. Dia pun dah mula *enhot dengan pelajar-pelajar perempuan. Amat berbeza penampilan Bah Roy semasa mula-mula menjadi pelajar sekolah ni.
Kalau dulu dia berasa takut, rendah diri dan bimbang. Oleh kerana ketakutan dan kebimbangan pada awal tahun dia pernah berak di dalam kelas. Habis satu kelas berbau. Aku ingatkan masalah berak dalam kelas ini hanya berlaku di sekolah rendah sahaja. Rupa-rupanya di sekolah menengah pun masalah ini masih terus berlaku.
Hampir seminggu pelajar dan guru-guru terpaksa menghidu bau bahan kumbahan Bah Roy. Walaupun dah dicuci namun baunya masih tak hilang. Mungkin disebabkan dia tak tahu nak memberitahu cikgu yang dia hendak berak menyebabkan akhirnya dia terpaksa melepaskan hajatnya di dalam kelas.
Selepas menggemparkan pihak sekolah dengan rambut punknya, Bah Roy semakin meningkat imejnya sehingga di gelar Sean Kingston pula. Ramai pelajar amat menyenangi Bah Roy. Walaupun percakapannya sukar difahami namun bahasa badan dan lenggok suaranya jelas menunujukkan hatinya semakin gembira dan semakin boleh menyesuai dengan keadaan persekitaran sekolah.
*enhot (bahasa asli) bermaksud suka.

Anjang,
BalasPadamkamu udah ke buat gunung berapi kat kelas UJUNG UJUNG TU???
glemer le 'SEAN KINGSTON' tu, ye idak?
dah ujung tahun, insyaalah projek tahun depan
BalasPadam