Nuffnang

Pengikut

Rabu, 18 November 2009

OKU dan ketawa


Parking merupakan perkara yang sangat memeningkan kepala. Terutama pada ketika perut memulas dan meragam. Inilah yang terjadi kepada aku pada suatu hari di hentian rehat R&R Sungai Perak. Semasa menuruni bukit berapit perut dah mula memulas.

Tak tau apa yang menyebabkan perut aku meragam. Kejap-kejap ok, kejap-kejap meragam. Menghampiri susur keluar ke Kuala Kangsar perut menjadi ok. Maka aku membatalkan niat untuk berhenti di hentian tol susur keluar ke Kuala Kangsar. 5 kilometer sebelum hentian sg. perak perut kembali meragam.

Aku hanya terbayangkan tandas di hentian Sg. perak. Namun nasib agak malang apabila semua parking penuh. Sedangkan perut aku tak dapat menahan lagi kesakitannya. Hanya tempat Parking OKU yang kosong. Aku pun masuk ke tempat parking OKU. Selepas membuka pintu kereta aku tergesa-gesa menuju ke tandas.

Nasib baik sempat kalau tidak jadi macam member aku yang terpaksa melepaskan hajatnya di dalam kereta kerana terperangkap dalam jam. Selepas itu aku baru terfikir kalaulah ada OKU nak parking kereta tentu tak dapat kerana aku sudah mengambil tempat parking mereka.

Untuk mengelakkan ada sesiapa yang marahkan aku kerana parking di tempat OKU terpaksalah aku berlakon sedikit sperti OKU. Terjingkut-jingkut aku berjalan menuju ke kereta. Melihat aku dari jauh berkeadaan seperti OKU orang rumah dan anak-anak di dalam kereta dah mula ketawa. Nak buat macam mana aku dah tak tahan. Terpaksalah berlakon.

Begitu juga dengan halnya seorang anak murid aku yang berlakon menyamar menjadi OKU demi untuk mendapat tiket berharga murah untuk masuk ke sebuah Hot Spring Felda Residence. Seluk-seluk ke dalam poket duit hanya ada RM 3.00. Harga biasa RM 10.00 untuk dewasa dan RM 8.00 untuk kanak-kanak. Alamak macam mana nak masuk, anak murid aku ni dah panik dan mula mencari akal bagaimana hendak masuk ke Hot Spring ni.

Apabila terpandang harga untuk OKU hanya RM 2.00 tiba-tiba dia berubah menjadi OKU. Dengan mulut diherotkan, Jalan terjingkut-jingkut dan percakapan pun dah jadi macam OKU yang selalu kita tonton di TV. Kalau aku yang jaga kaunter tu mesti berguling-guling aku ketawa. One in a split second daripada orang sihat boleh berubah menjadi OKU.

Akhirnya berjaya juga dia masuk ke Hot Spring tersebut dengan harga OKU. Anda jangan tiru ya takut betul-betul jadi OKU. Baru nyesal tak sudah..... Aku pun jadi OKU dalam keadaan darurat je. Ropanya susah jadi OKU ni. Yang paling susah berlakon jadi OKU ni ialah bagaimana hendak menahan rasa gelihati yang teramat sangat. Mungkin inilah rasanya pelawak yang terpaksa menahan ketawa daripada lawak yang dibuatnya.

Pada satu ketika dulu aku pernah berceramah tentang motivasi pelajar. Entah macam mana apa yang aku cakapkan itu begitu menggelikan hati pelajar yang mendengar. Habis satu dewan ketawa. Jenuh aku menahan supaya jangan ketawa namun akhirnya aku ketawa terbahak-bahak sampai meleleh air mata. Melihat aku ketawa lagi kuatlah pelajar-pelajar ketawa. kwah..... kwah..... kwah......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...