Nuffnang

Pengikut

Rabu, 11 November 2009

Sleeping with Enemy


Kome pernah jumpa tak orang yang selalu tertidur apabila kita menyembang dengan dia?. Inilah yang terjadi kepada aku setiap hari. Seorang rakan sekerja aku ni kerap tertidur apabila menyembang. Bukan dengan aku seorang malah dengan semua orang. Kadang-kadang penat kita bercakap, rupaya dia tertidur. Siap berdengkur lagi. Memang parah.

Dalam mesyuarat tak usah kira la. Orang lain mesyuarat dia tertidur dalam keadaan duduk sambil kepala terhangguk-hangguk. Pada mulanya aku ingatkan dia menghayati kesemua isi ucapan Pengetua atau penolong kanan. Rupanya tertidur.

Memandangkan di dalam bilik guru aku duduk bersebelahan denganya maka kami memang kerap bersembang. Tengah syok-syok bersembang tiba-tiba dia senyap. Mulanya rasa nak marah juga. Lama kelamaan aku dah biasa dengan suasana itu.

Apabila tiba-tiba dia diam, maka aku pun akan diam. Yang bestnya tu apabila dia jaga semula, siap boleh sambung semula topik perbincangan yang dibincangkan tadi. Memang betul-betul world la member aku ni.

Aku tak tahu adakah keadaan ini berpunca daripada penyakit tertentu ataupun memang habit semulajadinya. Yang menghairankan aku tak de pulak dia tertidur semasa memandu kereta. Buatnya tertidur semasa memandu parah wei.

Apapun kalau dia pencen nanti inilah kenangan terindah aku dalam hidup berpeluang dapat berjumpa dengan orang yang berperwatakan unik seperti ini. Aku rasa mungkin satu dalam sejuta. Tak pernah lagi aku jumpa sebelum ini orang yang tertidur semasa menyembang.

Mulanya aku ingatkan ko-kot dibuat-buat habit yang semacam ini. Namun apabila kawan-kawan lain pun ramai yang terkena dengan dia ni maka memang sah la habit semulajadinya. Namun semasa makan tak pernah pulak dia tertidur. Mungkin allergik nya datang apabila sedang menyembang. Itu yang kerap sangat dia tertidur ketika menyembang.



5 ulasan:

  1. Ha..ha...si polan tu dah nak pencen ke, atau muda lagi?

    BalasPadam
  2. takpenah lagik jumpa org camnie.. tapi penah kena bila drive.. kita best jek borak2 tgk org sebelah dah lama nyenyak siap dengur lagik.. tensen jek

    BalasPadam
  3. xiiinam
    si polan akan pencen tahun hadapan, rasanya aku yang akan sediakan persembahan untuk dia pencen, aku akan masukkan segmen ni dalam sketsa pelajar
    iina
    kejadian macam tu aku selalu ugak terkena. last-last aku yang jadi radio, melalak sorang-sorang dalam kereta

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...