Nuffnang

Pengikut

Rabu, 25 November 2009

"Ayah Marry Brown lalu"


Sedang menunggu orang rumah membeli-belah untuk persiapan hari-raya puasa baru-baru ini aku dan 2 orang anak duduk di luar Restoran Marrybrown di Greentown Mall Ipoh. Tiba-tiba anak aku yang nombor tiga bertanya "Ayah Marry Brown tu apa?". Aku pun menjawab "Marry si rambut perang".

"Macam mana tu Una tak pernah tengok?" Soal anak aku. Susah juga aku hendak menjawab persoalan tersebut. Aku berfikir sejenak bagaimana untuk aku menerangkan kepadanya tentang Marrybrown.

Tiba-tiba seorang pekerja Marrybrown keluar daripada ruangan kaunter ke bahagian hadapan untuk mengemas dan mengelap meja.Rambutnya berwarna perang. Daripada gelagatnya aku rasa pekerja ni seorang Auwwww. Aku pun berkata kepada anak aku. "Una nampak tak orang tu, macam tu la Marry Brown"

"Oh macam tu rupanya". Selepas itu lalu pula seorang lelaki cina berambut perang yang tergesa-gesa menuju ke tandas. "Ayah yang tu Marry Brown juga ke". Susah jugak aku hendak menjawabnya. "Lebih kurang la kata aku".

Selepas itu lalu lagi 2-3 orang Marry Brown di hadapan tempat kami duduk. Setiap kali Marry Bown lalu ana-anak aku mula tersenyum. Mulai hari itu asal bertembung sahaja orang berambut perang maka anak aku akan cakap "Ayah Marry Brown lalu".

Memang betul pun pada hari ini bukan sahaja orang cina yang ramai jadi Marry Brown, orang melayu juga cukup ramai yang nak jadi Marry Brown......

4 ulasan:

  1. Salam Aidiladha.. raya korban nie.. agak2 ada yang nak korban si lembu berwarna brown tak hehehe ;)

    BalasPadam
  2. Marry Brown rambut perang?

    Tak bek 'nipu' woi... Anak pecaya apa kita kata.

    BalasPadam
  3. kat kl berlambak la marry brown... :D


    .
    .


    budak2 akan mencerna dgn cepat semua input yg masuk...

    BalasPadam
  4. terima kasih kerana terus berkunjung ke sini. Minta maaf lama tak muncul tuan tanah balik kampung. Hari ini baru pulang ke lubuk

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...