Nuffnang

Pengikut

Khamis, 19 November 2009

Mambang mabuk minum brandi


Cerita 41 Top 60

Anak murid aku yang sorang ni memang dah lama dah tak datang ke sekolah. Tiba-tiba minggu ni dia muncul setelah berpurnama lamanya dia menghlangkan diri entah ke mana. Seperti biasa dengan dia ni aku akan angkat tangan dan cakap hai. Dia pun akan balas balik dengan mengangkat tangan dan berkata hai juga. (Macam reporter dengan ketua penyamun kat pintu gua dalam cerita Ali Baba Bujang Lapok).

Minggu ni aku banyak memberikan latihan menyalin kepada pelajar-pelajar lemah ni. Pelajar aku yang sorang ni memang lemah. Lain yang aku tulis di papan putih lain yang ditulis di dalam bukunya.

Hari ini dia begitu bersungguh-sungguh menulis. Mungkin semangat baru ingin belajar muncul dalam dirinya... Kalau dilihat pada kesungguhannya memang dahsyat. Khusyuk dia ni menulis dengan mengangkat kepala dan melihat papan putih lepas tu tulis kat atas kertas. Angkat kepala tengok papan putih kemudian tulis kat atas kertas, Begitu lah yang dilakukannya selama lebih kurang setengah jam. Aku saja membiarkan gelagatnya

Sebenarnya aku agak terkejut macam mana dia boleh menyalin apa yang aku tulis sedangkan aku tahu memang tahap menulisnya amat lemah. Yang best tu apabila semua pelajar selesai menyalin dia pun selesai jugak. Maka aku pun terus menyemak buku pelajar lain satu persatu sehingga selesai.

Setelah aku selesai menyemak buku semua pelajar maka aku pun memanggil dia dengan bahasa isyarat sebab dia ni sepatah haram cakap melayu dia tak tau. Dia pun datang dengan penuh bergaya dan bangga sambil membawa kertas yang ditulisnya. Kome tau ke apa yang ditulisnya?. Tengoklah tulisan tersebut di dalam gambar di atas.

Aku memang terasa ingin ketawa yang amat sangat namun
aku pendam di dalam hati sebab tidak mahu mengecewakan dia. Serta-merta fikiran ku melayang mengingatkan cerita pendekar bujang lapok. Lain yang pendekar mustar baca lain yang di tulis Ajis, Ramli dan Sudin.

"Hai mambang tanah, mambang pokok, mambang daun, mambang buah, mambang panjang, mambang pendek, mambang bujur, mambang melintang, mambang gemuk, mambang kurus, mambang tua...." Kata pendekar mustar "Betul kau ni buta huruf ajis".

Ramli pulak baca "hai mambang merah, mambang kuning, mambang putih, mambang biru, mambang cokelat, mambang hitam, mambang biru laut". Tanya Pendekar mustar "apa yang kau tulis, ramli" jawab ramli "tulis arab pakcik...."

Sudin pulak baca "hai mambang tanah,mambang air,mambang api,mambang angin, mambang mabuk minum brandi". Kata pendekar mustar "hai apa gambar orang-orang ni." jawab Ajis 'Ini buka orang ini mambang".

Aku tersenyum sendiri apabila mengingatkan cerita Pendekar Bujang Lapok dan apa yang anak murid aku tulis. Macam ada persamaan. Nasib baik la bukan pendekar mustar yang mengajar anak murid aku ni. Kalau tidak mesti dia kata "Buta kayu"" mambang kepala hotak kau berjambul......"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...