Cerita 35 Top 60
Zaman kecil-kecil aku banyak dihabiskan di kawasan perumahan Kilang Sawit Trolak. . Situasi ini berlaku kerana emak dan ayah aku terpaksa meninggalkan aku kepada arwah opah kerana hampir setiap hari mereka keluar berniaga Tupperware.
Manakala arwah opah aku tinggal di kawasan perumahan Kilang Sawit Trolak dengan arwah bapa sedara aku yang bekerja di kilang sawit. Kedua-dua insan tersebut dah tak de lagi di dunia ini. . Selepas perniagaan Tupperware agak merosot sedikit, arwah emak aku membuka pula sebuah kedai runcit di kawasan ini juga .
Maka zaman kanak-kanak aku banyak dihabiskan di kawasan perumahan kilang ini. Pelbagai nostalgia pahit suka-duka dan pahit manis yang berlaku disini. Antara yang menjadi kenangan terindah aku ialah hampir setiap petang aku menikmati roti benggali.
Apa yang istimewanya roti benggali ini dibuat sendiri (handmade) oleh Bai Martin. Setiap hari dia akan menunggang sebuah motorsikal yang ada kotak besi alumunium yang besar di belakang motor. Macam-macam jenis roti ada, roti benggali, roti inti kelapa, roti inti kaya dan roti putih. Apabila terdengar bunyi honnya pon! pon! pon! .
Maka aku akan berkejar mendapatkan Bai Martin. Di samping menjual roti Bai Martin juga menjual pelbagai majalah dan komik yang dimasukkan ke dalam bekas plastik dan diletakkan di atas raga depan motorsikalnya. Komik kegemaran aku ialah Bujal yang ada watak Wak Segan dan Cikgu Markonah. Tentu ramai yang masih ingat dengan watak tersebut. Ada ketikanya agak lama juga Bai Martin menghilangkan diri.
Rupa-rupanya dia balik ke India untuk berjumpa anak dan isterinya. Satu perkara yang aku suka tentang Bai Martin apabila ada orang mengata atau mengutuk macam mana pun ni dia akan senyum. je. Baru-baru ini entah macam mana aku berjumpa semula dengan Bai Martin. Aku tak sangka walaupun lama tak berjumpa dengannya rupa-rupanya dia boleh cam aku lagi walaupun allingment dan balancing aku dah lari.
Buktinya 2 ke 3 tahun lepas aku masuk ke sebuah kedai untuk membeli peralatan dapur di Pekan Sungkai. Tiba-tiba aku terdengar ada orang memanggil nama aku. Rupanya Bai Martin. Dia dah bukak kedai jual peralatan dapur. Aku ingatkan dia dah balik India terus. Aku terputus hubungan dengan Bai Martin ni hampir 20 tahun.
Dia amat mengingati aku kerana setiap bulan aku akan membeli majalah Bujal. Kadang-kadang memang dia simpan komik Bujal tu khas untuk aku sebab aku tak akan miss ambik majalah tu dengan dia. Sampai sekarang pun kalau dia jumpa aku dia masih cerita tentang majalah bujal, tentang arwah mak aku dan tentang pengalaman dia berniaga kat kawasan perumahan Kilang Sawit Trolak.
roti benggali cicah kari... pheh...
BalasPadam(dapatkan petua & ramuan herba di sini (original)
Anjang,
BalasPadamAda persamaan lah. Aku pun tercari-cari gak majalah Bujal, tapi dah takde. Dulu, Mingguan Kanak-Kanak jadi pilihan. Kalau musim cuti, penerbit sediakan super bumper, tebal dari biasa.
Majalah Gila-Gila dulu lagi best, mungkin sebab masa tu takde saingan macam sekarang.
Musim Ramadhan, ayah (arwah) mesti beli majalah Gila-Gila untuk bagi kami 'leka'... Taklah cepat lapo.
Kat tempat aku, Bai Roti takde, tapi tauke Cina aku panggey Ha Eng, masih kenal aku walaupun dah tak kerap balik kampung. Kedai tu ada lagi, tapi tauke tu makin tualah. Anak-anaknya macam tak minat nak teruskan perniagaan runcit ayahnya.
Aku rasa, kalau tauke tu dah padam, kedai tu pun tutup..
Roti tuh memang sedap.. kalau dia lalu boleh cam ngan bunyi honnya.. hehehe.. majalah bujal tuh dulu mmg glemer.. skrg nie tinggal jadi khazanah lama jek kot.. ;)
BalasPadamBujal...Bambino....
BalasPadamCombat...
Hiburan masa lalu ku..
Kita segenerasilah maksudnya...
www.morhabshi.com
BalasPadamterima kasih kerana singgah disini.
brahim nyior
aku rasa majalah gila-gila dulu best kerana kartunisnya lebih ikhlas untuk berkarya.Sempat juga aku jumpa kartunis gila-gila antaranya aloy, aza dan ujang.
iina
betul tu zaman ini roti benggali memang sedap sekarang zaman roti gardenia dan yang sewaktu dengannya.Jenuh juga aku cari majalah bujal lama masih tak bertemu siapa yang ada menyimpannya.
xiiinam
Ya Kita serupa.........