Kalau Cklah meraikan Pra-cuti (Meraikan Ahad terakhir sebelum cuti panjang) di JJ, hujung minggu lepas aku meraikan walimatulurus anak saudara di Kg. Jelai Batu Kurau. Agak perit juga memandangkan gaji lambat lagi. Dalam masa yang sama kereta meragam lagi. Nasib baik boleh kow teem dengan pomen peribadi.
Terpaksalah korek mana yang boleh dikorek. Selepas gaji tampal mana yang boleh di tampal. Namun dalam perjalanan pulang ke kampong sempat juga kami sekeluarga singgah di medan selera yang aku panggil "laksa heaven" di tebing Sg. Perak, Kuala Kangsar.
Laksa memang merupakan favourite aku sejak akhir-akhir ini. For me laksa kuala is the best of the best. Menepati citarasa aku. Di medan selera ini hampir keseluruhan warung kecil di dalamnya ada menjual laksa. Memang sukar hendak mengetahui yang mana paling sedap.
Hanya melalui rasa naluri yang kuat dan peneropongan makrifat yang menjadi panduan untuk mengetahui warung mana yang menawarkan laksa yang sedap. Tekaan dan telahan aku tepat. Aku singgah di warung yang betul. Memang sedap laksanya.
Lama dah aku tak merasa laksa yang sesedap macam ni. Selalu aku terbeli laksa yang terlalu masin atau terlalu masam dan rasa kuahnya yang tak menepati selera. Memang berbaloi-baloi aku dan keluarga singgah di sini.
Selepas itu, aku mengambil kesempatan bersantai sebentar di tebing Sungai Perak. Walaupun angin bertiup kencang, namun terasa sungguh nyaman dan mendamaikan. Sambil melihat air sungai yang mengalir laju pelbagai rasa dan kenangan silih berganti dalam ruang pemikiran.
Selepas itu, kami sekeluarga meneruskan perjalanan pulang ke kampong dalam keadaan kekenyangan dan kepuasan yang sukar digambar atau diucap dengan kata-kata. Hanya alam yang mampu memberi rasa riang dan damai kepada jiwa-jiwa insan yang sering kacau bilau kerana pelbagai masalah yang menimpa.
Sungai Perak Insyaallah aku akan datang lagi, rindunya aku pada laksa mu yang sedap dan suasanan nyaman walaupun aku hanya meluangkan masa seketika di sana......
Salam Cikgu,
BalasPadamIkan masin belanak berapa sekilo sekarang di kuala? Lama dah tak pekena ni, terlior teman mendengor mike makan laksa lembah. Kat Johor memang tak jumpa benda benda macam ni.hehe...
mike anjang klu nak mkn lakse kuale,tanye le org kuale mane yg best...aku blh blanja tmpt yg best punyer......
BalasPadamMERBAWI
BalasPadamaku tak berapa tau tentang harga ikan belanak masin di kuala. Tetapi kalau ikan belanak dari sg. kerang atau pantai remis selalu juga aku beli. baru RM 10.00 sekilo.
IZAM
Kalau tak silap aku laksa yang paling ngetop kat kuala ni pak ngah laksa. Masalahnya aku tak tau kat mana kedai pak ngah laksa. Nak balik baru aku jumpa. Selain Pak ngah laksa, laksa apa yang sedap lagi Izam di kuala ni?