Cerita 43 Top 60
Kisah ini diceritakan oleh seorang member aku Syeikh Tabligh Roslee Hashim. Aku cukup suka mendengar ceritanya tentang tabligh dan isu-isu terkini yang dihuraikan dengan penuh mantap berdasarkan sandaran hujah yang kuat. Daripada beliaulah aku mula memandang positif kepada jemaah Tabligh. Hujahnya sampai ke hati yang dalam.
Seperti biasa apabila masuk sahaja bulan Ramadahan maka aktiviti Bazaar Ramadhan pun rancak seiring dengan perekembangan bulan Ramadhan itu. Bazaar Ramadhan sentiasa mendapat sambutan yang menggalakkan. Apa sahaja yang dijual selalunya mendapat sambutan yang menggalakkan.
Bagi pengunjung yang berpuasa sudah tentu rambang mata melihat pelbagai juadah yang dijual. Segala-galanya rasa nak dibeli. Malahan kuih-muih yang bukan favourite kita sebelum ini pun nampak terlampau sedap dan mengiurkan.
Rasa lapar akan lebih merangsang kita untuk membeli pelbagai juadah tanpa pertimbangan akal yang rasional. Tu yang kadang-kadang apabila berbuka pelbagai juadah terhidang diatas meja makan. Akhirnya kebanyakan juadah yang dibeli berakhir di tong sampah.
Menurut Syeikh Rosli terdapat satu kedai yang menjual ayam percik menggunakan tungku batu berwarna merah. Apabila terkena bahang api maka ia menyerlahkan lagi kemerahannya. Kalau dilihat dari jauh ia dilihat seolah-olah sejenis juadah yang sedang di bakar dan amat menyelerakan.
Ada sorang mamat ni dengan confidennya bertanya kepada taukeh ayam percik. "Bang tu apa, Saya nak satu" katanya. Taukeh ayam percik tu agak kehairanan kerana dia hanya jual ayam percik. Kemudian taukeh tu bertanya lagi "Encik nak ayam percik ke?". "Bukan saya nak yang merah tu" kata mamat tu lagi.
Lama taukeh tu termenung baru lah dia faham maksud mamat tu. Dengan selamba dia menjawab "Encik tu batu tungku, takkan batu tungku pun nak makan". Tersipu-sipu mamat tu berlalu.
Rupa-rupanya dalam kedaan lapar manusia dah tak boleh beza yang mana makanan dan yang mana batu tungku. Hai orang macam ni pun ada ke?.....

Tiba-tiba rasa nak makan batu tungku...he..he..lapar hujan-hujan ni...
BalasPadamSelamat bercuti cikgu!
Hehehe...itu ler rhupenye kalau dah lapor....mata dah mengawal akal, tungku pun nak di sebat...hehe
BalasPadamKalau dah lapor batu deme hendak makan
BalasPadammakanan yag paling sedap ialah makanan sewaktu perut TERSANGAT lapar...
BalasPadamletak apa pun LANGSAIIIIII