Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 13 November 2009

Suka sama suka


Cerita 31 Top 60


Kanak-kanak merupakan pemerhati, peniru dan juga pengingat yang baik. Apa sahaja yang orang tua-tua buat terutama emak bapaknya dia perhati je. Kemudian kadag-kadang mereka pulak yang meniru apa-apa perlakuan yang pernah dibuat oleh orang yang mereka lihat atau mengulangi perkataan yang pernah didengar daripada pertuturan orang-orang dewasa.


Kalau emak bapak nya kuat mencarut anaknya pun kuat le mencarut. Aku pernah jumpa sorang budak asyik mencarut je. Kejap-kejap eh b#@$% dan kejap-kejap eh p*&%#& .Kadang-kadang kita yang naik malu. Bila aku selidiki ropanya-ropanya emaknya kalau marah macam-macam lah benda dalam kain yang keluar.


Ada sorang lagi budak berumur empat tahun setengah pada mulanya dia dengor je emak dia nyembang dengan jiran.Kata emaknya "Aku tak tau hendak cakap apa dah dengan Si Raman tu, dia hendak juga kahwin dengan budak Ayu tu" Selamba je budak tu nyampuk "Nak buat macam mana mak dah deme suka sama suka". Dia mencelah dengan selamba. Tercengang-cengang emak budak tu dengan jiran sebelah romah.


Satu lagi kisah yang tangkap syahdu tentang sorang budak anak jiran aku. Peristiwa ni berlaku masa aku kecik-kecik dulu . Emak dia cakap kat dia "Mud kamu ni dah sunat kena le buat baik, dengor cakap emak dan jangan tinggal sembahyang" .

Kemudian adik dia yang kecil tu mencelah "Emak ayah tu dah sunat, tapi jarang sembahyang". Tekulat-kulat emak dia nak menangkis jawapan anak tu. Itu sebab depan anak-anak kita tak boleh tunjukkan perlakuan yang tak sepatutnya. Kejap je deme tiru.. Ingatan mereka cukup kuat.

Kadang-kadang sekali je kita buat atau cakap mereka terus ingat. Tambah-tambah lah kalau ada tetamu yang berkunjung ke rumah, masa tu lah perangai dan perlakuan yang pelik-pelik dia keluor. Dia tahu kita takkan marah.

Kata member-member aku yang mempunyai anak remaja, hendak mengawasi anak-anak remaja lebih sukar. Membela dan membesarkan senang tapi yang sukarnya nak mendidik dan mengawasi. Terutamanya dalam dunia hari ini yang penuh dengan pelbagai godaan dan sandiwara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...