Nuffnang

Pengikut

Isnin, 2 November 2009

Made From India


Cerita 24 Top 60

Gerai mamak memang sentiasa penuh. Nak kata makanannya sedap bagi aku biasa je. Namun ada satu perkara yang aku suka perhati kat kedai mamak ni. Selalunya akan ada muka-muka yang tak biasa aku nampak pada hari-hari sebelumnya. Selalunya mereka ni pekerja baru yang baru datang dari India. Cakap melayu pun tak berapa tau.

Hanya ada beberapa menu yang dia hafal. Sebut yang lain sikit neglabah la dia. Satu hari member aku yang sorang ni nak mengenakan mamak baru ni. Sebelum tu dia beli makanan siam pulut campur santan dan ada hirisan pelam diatasnya (mungkin macam gambar di atas). Apabila tinggal sikit lagi makanan tu dia pun panggil mamak baru datang dari india ni. "Mamak kasi macam ni satu lagi" Dia mengangguk dan menulis sesuatu di atas kertas (Confident je).

Selang dua minit dia bawak chief dia datang dan tunjukkan makanan yang member aku makan. Apalagi jenuh pelayan baru tu kena kutuk dan marah dengan chief dia. Antara perkataan yang aku faham "Bodoh, mana ada makanan ni kat sini?". Terkulat-kulat mamak baru tu kena marah.

Aku ngan kawan aku yang memang daripada tadi nak ketawa tapi tahan je. Mula je mamak baru tu menulis sesuatu kat atas kertas aku ngan kawan dah tahan dah. Apabila dia bawak chief dia lagi kuat rasa nak ketawanya. Bila chief dia kasi khutbah kat dia terketawa juga akhirnya. Kena mamak baru tu. Selalu mamak kena kan orang (kira tak pernah betul). Kali ni dia pulak kena kwah, kwah,kwah

2 ulasan:

  1. haha.. abestu pastu dia tak kene kan ko balek? ko ade order makanan atau minuman tak? ko cek tak before melantak... entah hape dia masokkan dalam tu...

    BalasPadam
  2. ada juga terfikir macam tu, tapi kalau fikir macam tu memang tak lalu makan.... biarkan je la, apa yang sampai akan dibedal. Selamat hari raya Fizz

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...