Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 13 November 2009

Cakap siang pandang-pandang



Ini kisah sambungan Cikgu Faizul. Pada satu hari Cikgu Faizul pergi menghadiri taklimat berkaitan subjek yang diajarnya. Seperti biasa ramailah kawan-kawan daripada sekolah yang berlainan menghadiri taklimat tersebut. Semasa menikmati minum pagi dan makan tengah hari pelbagai isu dibincangkan sama ada isu peribadi ataupun isu yang ada kaitannya dengan dunia pendidikan antara sesama guru.

Antara isu yang menjadi topik perbincangannya ialah tentang sikap penolong kanan tersebut. Cikgu Faizul memang bengang dengan sikap penolong kanan tersebut yang suka mengambil kesempatan.

Pada hari tersebut tak henti-henti Cikgu Faizul mengutarakan isu tersebut. Semasa menuju ke dewan makan untuk minum petang dia berjalan beriringan dengan seorang cikgu perempuan yang boleh la di panggil kakak kerana usianya lebih tua daripada Cikgu Faizul. cikgu Faizul ni memang ramah orangnya. Semua orang di tegurnya.

Dia pun menegur Cikgu perempuan tersebut "Kak dari sekolah mana" cikgu tu pun menjawab "Dari sekolah @#$%^&?". Cikgu perempuan tersebut bertanya pula kepada cikgu Faizul "Cikgu pulak dari sekolah mana?". Cikgu Faizul menjawab "saya dari sekolah @#$%^&".

Mendengarkan jawapan Cikgu Faizul dari sekolah @#$$%^ Cikgu perempuan tersebut makin teruja bertanya soalan yang saterusnya. "Cikgu #$%%^&& macam mana kat sana (Penolong kanan sekolah Cikgu Faizul). Mendengar je nama tersebut apalagi serta merta temparature Cikgu Faizul terus naik. Segala macam bom seperti bom atom,bom nuklear dan bang bang bom bersedia untuk dilancarkan.

Segala ketidakpuasan hatinya yang memang terpendam lama di lubuk hatinya dihamburkn dengan penuh beremosi. Sehingga habis minum petang Cikgu Faizul masih tak habis-habis menceritakan perihal penolong kanan tersebut.

Keesokan harinya semasa di kantin sekolah Cikgu Faizul menceritakan betapa puas hatinya menceritakan tentang perihal Penolong kanan tersebut kepada kepada Cikgu perempuan yang bari dikenalinya semasa taklimat semalam. Sambil itu dia juga menceritakan Cikgu tersebut dari sekolah mana.

Sessi sembang-sembang kami pada hari tersebut tersebut disertai oleh cikgu Salleh yang tinggal satu taman perumahan dengan penolong kanan tersebut. Cikgu Salleh pun bertanya "Siapa nama Cikgu perempuan tersebut'. Cikgu Faizul menjawab "Kalau tak silap pada nama tagnya tertulis nama @#$%^&.".

Cikgu Salleh dan mula senyum-senyum dan berkata "Kalau engko nak tahu itu lah isteri Penolong Kanan tersebut". Kwang kwang kwang. Cikgu Faizul terdiam sejenak dan tersandar sambil bersuara "Betul ke ni Cikgu Salleh?".

Kome boleh bayangkan bagaimana perasaan cikgu perempuan tersebut apabila orang bercerita tentang keburukan suaminya. Kome juga boleh bayangkan juga bagaimana sekiranya tiba-tiba semasa Cikgu Faizul bersembang dengan cikgu perempuan tersebut Cikgu perempuan tu akan berkata "Itulah suami saya".

Cakap siang pandang-pandang. Cakap malam dengar-dengar. Kata Cikgu Fauzi "elok juga isterinya tahu, baru dia tahu macam mana rasa sakitnya hati ini"...............

2 ulasan:

  1. memang ckp siang kena pandang2.. pandang depan blkg kiri kanan atas bwh hehehehe.. Mm politik tmpt keje ni ada kat mana2 jek.. yg boleh buat byk2lah sabar

    BalasPadam
  2. betul kata nabi pada akhir zaman orang yang tak layak menjadi pemimipin akan di angkat menjadi pemimpin. Orang tak layak menjadi pemimipin orang itulah yang diletakkan sebagai leader.
    Memang betul pandang-pandang dan jeling-jeling lagi

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...