Nuffnang

Pengikut

Ahad, 22 November 2009

Tangkap Syahdu di Bulan Ramadhan


Cerita 44 Top 60
Peristiwa ni berlaku 5 tahun dahulu semasa aku tengah aktif direct selling. Memang rutin setiap minggu aku ke Teluk Intan untuk meeting mingguan. Walaupun bulan Ramadhan meeting tetap berjalan macam biasa.

Memandangkan meeting bermula pukul 3.00 petang dan habis pukul 5.30 petang aku bagi tau orang rumah tak payah masak nanti aku beli lauk di Bazzar Ramadhan di Teluk Intan. Bazaar Ramadhan kat sini agak unik sikit banyak juadah yang tak de kat tempat lain tapi kat sini ada.

Setelah meninjau-ninjau juadah apa yang hendak dibeli akhirnya aku memutuskan untuk membeli beberapa jenis juadah yang menjadi kegemaran keluarga aku .Aku juga tak lupa membeli seekor ayam panggang yang menjadi kegemaran anak-anak aku. Memang mengancam ayam panggang ni tentu anak-anak aku suka. Aku dapat bayangkan betapa sedapnya mereka makan ayam panggang.

Setelah semua juadah telah dibeli aku pun bertolak balik dan tiba dirumah pada pukul 7 petang. Anak-anak dah menunggu juadah yang aku bawak dengan penuh harapan yang menggunung. Orang rumah mula membuka juadah dan meletakkan di dalam pinggan.

Selepas itu aku membuka bungkusan ayam panggang. Apalagi anak-anak aku punya suka dan tak sabor-sabor nak tunggu berbuka puasa. Apabila masuk je waktu berbuka maka juadah pertama yang anak-anak aku ambik ayam panggang.

Apabila anak aku yang kedua mula nak menyuapkan masuk ke dalam mulut aku dapat menghidu bau ayam ni yang lain macam baunya. Aku melarang anak aku makan ayam tersebut. Setelah aku belek-belek sah baun tersebut datang daripada ayam panggang. Apabila aku cium ayam tersebut baunya memang busuk. Memang tak boleh makan.

Dalam hati aku menyumpah seranah penjual ayam tersebut !@#$%^&. Aku rasa ayam yang tak laku dihangatkan kembali. Mungkin 4 ke 5 hari punya ayam. Memang sial betul. Aku memang tak halalkan duit aku.

Betapa luluhnya hati apabila harapan anak-anak untuk makan ayam panggang berkecai. Aku rasa kecewa yang amat sangat kerana tak dapat memenuhi kehendak anak-anak aku.Kerana aku tau mereka memang suka ayam panggang. Tambahan pula anak aku yang nombor dua tu baru belajar puasa dan dia yang minta membelikan ayam panggang .

Ini satu perkara yang perlu di beri perhatian oleh peniaga-peniaga Bazzar Ramadhan. Juallah benda yang fresh dan elok. Jangan hampakan harapan orang yang nak berbuka puasa. Daripada dapat pahala terus dapat dosa. Amanahlah dalam berniaga kerana peniaga yang amanah semasa di akhirat kedudukannya di samping para anbia. Renungkanlah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...