Nuffnang

Pengikut

Ahad, 8 November 2009

Kalau masak kari


"Kalau masak kari" Bukan main sedap si Tamil (Taikor India) ni menyanyikan lagu iklan serbuk kari satu syarikat tu. Habis je dia nyanyi mesti di sambut dengan hilaian tawa oleh pelajar-pelajar lain. Mulanya aku tak berapa hairan sangat.

Hari kedua aku masuk kelas tu Tamil nyanyi lagi "Kalu masak kari". Lagi sekali di sambut dengan hilaian tawa pelajar-pelajar lain. Hari ketiga aku pun masuk kelas tersebut Tamil akan menyanyi lagi "Kalau masak kari". Pelajar-pelajar lain pun turut ketawa.

Apabila kerap sangat Tamil menyanyi lagu tu, aku mula menyiasat apa puncanya suka sangat dia menyanyi lagu tu. Setiap kali menyanyi mesti pelajar lain akan ketawa berdekah-dekah. Aku pun panggil Tamil sambil bertanya mengapa dia suka sangat menyanyi lagu tu.

Kata Tamil "Ini macam cikgu, itu hari saya banyak syok tulis, lepas tu ada bunyi puuuuut". Aku tanya "bunyi apa?" "Itu kentut la Cikgu". Jawab Tamil. " Bau kari ada keluar, tak bleh tahan la cikgu, satu kelas ada bau" Cerita tamil bersuungguh-sungguh.

"Siapa yang kentut tu?". Tanya aku. "Itu worang la Cikgu". Sambil menunujukkan kepada seorang pelajar"Saya ingat itu malam dia ada banyak makan kari, Babas ka Alagappas ka, Apa kari pun saya tak tau apa dia ada makan". Pelajar-pelajar lain semakin kuat ketawanya.

Patut la setiap kali Tamil nyanyi "Kalau masak kari". Pelajar ni tunduk je. Kalau akau jadi pelajar pun pasti aku akan ketawa setiap kali Tamil nyanyi lagi ni.Aku pun nasihatkan Tamil supaya jangan lagi menyanyai lagu tu dan jangan ketawakan pelajar tersebut lagi.

Zaman sekolah ni memang pantang ada perkara yang pelik pasti akan menjadi bahan ketawa dan bahan ejekan pelajar lain. Kesian aku tengok pelajar tu tertunduk malu. Mulai hari tu hilanglah lagu "Kalau masak kari".

Ada sorang pelajar lagi selalu pelajar lain panggil dia betik. Kalau aku suruh buat ayat mesti ada perkataan betik yang keluar. Apabila dah kerap sangat perkataan betik yang keluar maka sudah pasti ada sesuatu yang tidak kena.

Aku pun bertanya kepada seorang pelajar lain secara senyap-senyap."Mengapa pelajar X ni selalu awak panggil dia betik". "Macam ni Cikgu , kepala ayah dia besor cikgu macam bentuk betik. Masa sekolah rendah semua pelajar lain panggil dia betik". Rasa nak ketawa pun ada tetapi aku tahan namun selepas itu aku termenung. Aku rasa aku terpaksa selesaikan masalah ini.

Esoknya aku memberitahu pelajar kelas tersebut supaya tidak menyebut perkataan betik. "Sesiapa yang menyebut perkataan betik saya akan denda". Arahan aku kepada pelajar. Yang bestnya tu selang seminggu aku mengajar pelajar kelas ni membuat ringkasan karangan.

Artikel yang aku bagi ada kaitan tentang Betik. Siap ada gambar betik lagi. Apalagi ketawa lah satu kelas setiapa kali aku sebut perkataan betik. Aku ambil keputusan untuk tukar artikel lain. Kesian aku tengok pelajar ni kena ketawa. Aku selalu bayangkan bagaimana kalau aku sebagai ayah dan anak-anak aku diejek orang macam pelajar yang dipanggil betik tu.

Kesian kan.......

2 ulasan:

  1. Mengejek memang aktiviti yang menyeronokkan budak-budak ni....

    Tapi, kalau sendiri kena.. ngamuk pulak! Haih...!!

    BalasPadam
  2. betul tu kalau tak dibendung masalah ni, boleh jadi bergaduh dan tumbuk menumbuk

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...