Nuffnang

Pengikut

Rabu, 11 November 2009

Woi aku dah bersahur bangang !


Bersahur di bulan puasa dia asrama memang best. Walaupun mata mengantuk namun disebabkan bersahur ramai-ramai suasanya jadi meriah. Nak kata sedap sangat lauknya, macam biasalah lauk asrama. Ada juga pelajar yang dibekalkan oleh ibunya dengan sambal tumis ikan bilis, serunding dan sebagainya sebagai pembuka selera.

Ramai juga yang menunggu di pintu dewan makan sebelum waktunya sambil menyaksikan pekerja-pekerja dewan makan mengisi lauk-pauk ke dalam tray. Yang bestnya tu pulak majoriti pekerja perempuan-perempuan muda tersebut berpangkat kakak-kakak yang usianya tak jauh dengan kami yang senior ni. Apabila pintu dewan makan dibuka maka menyerbulah kesemuanya ke arah tempat duduk masing-masing.

Geng aku selalunya lewat makan termasuklah aku. Namun member aku yang sorang ni ayang aku panggi dia Sukri (bukan nama sebenar) hampir setiap hari dia bersahur awal. Terutamanya kalau lauk hari tu sedap. Disamping bersahur dia juga ada tujuan lain. Sambil makan awal boleh le jual minyak sikit dekat kakak-kakak dewan makan tu. Dia ni memang romeo sikit. Jiwang-jiwang la bak kata orang sekarang. Kalau menulis surat bukan main berbunga-bunga ayatnya. Habis lah semua jenis bunga yang ada di sekolah digunakan dalam surat cintanya.

Yang tak bestnya tu apabila sampai di asrama dia diam je bukan nak gerak geng-geng aku makan. Waktu ke dewan makan pun dia pergi senyap-senyap dengan tujuan boleh memilih lauk yang besar-besar saiznya. Kadang-kadang dia dapat lauk special daripada kakak-kakak dewan makan. Itu yang pulun sorang-sorang ke dewan makan.

Kadang kala ada juga yang ciluk-menciluk lauk. Kalau lambat jawapnya tinggal kuah. Geng aku yang sorang ni lama dah bengang dengan Sukri ni. Lama dia pendam perasaan , tibalah pada satu pagi......

Memang sudah menjadi kebaiasaan Sukri, selepas bersahur dia akan tidur semula. Apabila geng aku mendapati sukri ni dah tidur dengan nyenyak, dia memanggil sseorang pelajar junior yang memang lurus bendul. Geng aku bagitahu pada pelajar "Tadi Abang sukri pesan suruh kejutkan dia sampai dia jaga sebab dia nak pergi bersahur".

Dalam keadaan penuh tulus dan ikhlas pelajar junior tersebut mengejutkan Abang Sukrinya. "Bang bangun bang pergi sahur". Katanya sambil menggoncang badan Abang Sukrinya. Tak bergerak pun mungkin lena betul Sukri ni tidur, maklum le dah kenyang. "Bang bangun bang pergi sahur". agak lama juga pelajar ini mengejutkan Abangh Sukri.nya Akhirnya sukri mula sedar. Kemudian tidur balik. Pelajar tu menggerak semula. Sukri dah mula bengang.

Dia menjerkah pelajar junior tersebut "Woi aku dah bersahur bangang". Terkocoh-kocoh pelajar tu meninggalkan Abang Sukrinya. Aku and the gang dah mula ketawa. Kemudian lalu lagi seorang pelajar junior. Apalagi geng aku menggunakan modus operandi yang sama seperti sebelum ini. Begitulah seterusnya hampir sepuluh orang pelajar junior yang lalu di depan bilik kami akan menjadi mangsa.

Jenuh la Si Sukri ni menyumpah seranah pagi-pagi buta. Macam-macam perkatan yang keluar. Kome bayangkanlah tengah sedap tidur ada orang ajak pergi bersahur. Sedangkan Si Sukri ni dah bersahur. Bukan sekali, bukan dua kali malah hampir sepuluh kali. Memang syok betul tengok sukri ni marah.

Aku and Geng rasa puas. Padan muka Sukri pergi bersahur tak ajak orang. Balik pulak senyap-senyap je. Masak Junior kena sumpah dengan Sukri yang memang terkenal dengan kaki menyumpah orang. Denga kami je dia menumpah seranah. Kalau dengan perempuan bukan main romantis........

7 ulasan:

  1. sape erk anjang?aku x ingat la memori ni...romeo?..ish..aku x ingatla...

    BalasPadam
  2. Izam aku tak boleh mendedahkan individu tersebut disini, nanati ada kesempatan jumpa engko boleh kita sembang

    BalasPadam
  3. ok anjang...ngam la2,nti jatuh plk ayor muke dier...sebenornye aku banyk dah lupe pase kite ni...kwn2 pun ramai yg aku x ingat...bt malu je...mngkin lame x jumpe kot

    BalasPadam
  4. izam....hehehehehe....kepada yg abg tu...sori le itu jam punya story....kita jadikan teladan..betoi tak anjang...hehehe

    BalasPadam
  5. lain kali kalau nak nengok org2 dewan makan berkemban waktu pagi sambil hidang nasik sahur...ajak2 le kita sama..kan anjang kan...hehehe

    BalasPadam
  6. betui tu Zam ....makan sorang-sorang ajak le rame-rame... he he

    BalasPadam
  7. kah... kah.. kah... ssapekah si ' shukri' yg misteri tu ek....

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...