Cerita 29 Top 60
Ini satu lagi kisah yang lebih menyayat hati dan aku anggap benar-benar tragis serta meningitis. Cerita ni diceritakan olah kawan baik aku. Latar tempatnya terpaksa aku rahsiakan demi menjaga perpaduan kaum belia dan beliawanis Kg. Jeram Mengkuang dan ke arah matlamat menjayakan konsep one malaysia.
Ini kisah benar yang tak pernah dipaparkan di mana-mana blog dan website. Hanya terdapat di Blog Anjang. Pelakunya pun masih ada dan aku kenal sangat orangnya. Peristiwa ni berlaku dalam sebuah surau. Macam biasa apabila nak memulakan sembahyang imam akan mengambil tempatnya di depan.
Oleh kerana makmum tak berapa ramai maka di kiri dan kanan saf masih banyak tempat yang kosong. Pada hari itu member aku yang sorang ni datang lambat. Malam tu dia tiba di surau pada rakaat akhir. Semasa dia melihat imam sujud di rakat terakhir tiba-tiba terkeluar sesuatu dari poket tuan Imam.
Kata member aku macam kenal je benda yang keluar daripada poket imam tu. Tetapi dalam hatinya berkata-kata takkan la Pak Imam buat keroje ni. Untuk kepastian dia tunggu imam tu duduk di tahyat akhir. Memang sah rupa-rupanya benda yang jatuh dari poket imam tu dua keping tiket magnum.
Aku rasa imam tu mesti gabra dan tak khusyuk. Dalam hatinya mesti cakap "malunya aku" ataupun "macam mana aku boleh terlupa keluarkan tiket magnum dari poket" ataupun "lamanya nak habih tahyat akhir ni".
Mungkin hari tu merupakan tahyat akhir yang paling lama untuk dirinya. Rupa-rupanya ramai juga makmum lain yang perasan tentang tiket magnum tu. Apa nak buat sendiri cari sakit. Nasi dah jadi bubur.
Aku tak tau macam mana perasaan imam itu bila tembelangnya pecah. Selepas tu masa bersalam ngan makmum mukanya kelat-kelat masam. Moralnya : Sebelum pergi masjid periksa dulu apa yang ada dalam poket baju anda.
Dan jangan buat macam ini ya
He he he...macam isi kandungan ceramah Us Shamsuri jer..
BalasPadammungkin suatu kebetulan.
BalasPadam