Cerita 25 Top 60
Member aku ni memang ngelabah sikit orangnya. Nada percakapannya agak laju dan kadang-kadang cakapnya terbalik-terbalik. Memang dah habit dia macam tu. Namun dia ni lucu orangnya. Tak kering gusi kalau bersembang ngan dia. Ada sahaja idea kalau dia bercerita. Aku memang suka dengor dia merepek.
Pada satu hari di satu pagi yang bening (semasa zaman belajo dulu) aku ajak dia minum kat kedai mamak. Kalau tak silap aku kat sebuah Restoran di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Orang kat Restoran tak berapa ramai. Semasa menunggu mamak tu mengambil order aku pun menyembang le dengan member aku ni. Hampir 2 minit duduk mamak tak datang lagi ambik order.
Rasa nak marah jugak sebab selalunya mamak ni cepat je ambik order. Belum sempat duduk order dah di ambil. Aku pun memanggil mamak yang lalu hampir dengan meja aku. Aku order roti canai dan teh tarik. Tiba-tiba member aku order satu barang yang buat aku ketawa sepanjang hari dan tak jadi nak marah pagi tu. Rasa nak meloya pun ada.
Kome tau dia order apa ?. Ha macam ni bunyi ordernya "Telur mamak setengah masak dua, kasi kicap dengan lada". Aku dah tak tahan terus ketawa. Mamak tu pun senyum-senyum je. Ropanya dia silap cakap mungkin habit dia yang ngelabah tu. Aku pun tanya dia balik "Telur mamak pun engko hendak?". Dia terkulat-kulat senyum sambil cakap "aku silap tadi".
Teringat member aku kawek keon yang nak makan telur kerbau (Ada aku tulis dalam entry lepas). Yang sorang nak hantam telur kerbau sorang lagi member aku nak hantam teklur mamak. Mampus kome ni lepas ni telur apa pulak kome nak makan?.
Kekekekek...
BalasPadamTelur mamak yang hitam tu, itu telur asin daaaa...
Hahahahaha...
lepas ni tak lalu aku nak makan telur masin lain macam rasanya, asyik terbayang benda lain,
BalasPadam