Kahidupan zaman remaja merupakan saat yang paling menyeronokkan. Pada ketika itu perasaan inginkan keseronokan dan kebebasan sentiasa membakar dijiwa. Sekiranya kehendak dan keinginan tidak tercapai ataupun di halang maka akan timbullah pemeberontakan dan rasa tidak puas hati yang meluap-luap di kalangan remaja.
Minggu lepas aku mendengar satu ceramah tentang mencari personaliti remaja anjuran Mapan. Penceramahnya memang mantap dan menghiburkan. Sejam setengah berlalu terasa seolah-olah terlampau pantas. Pelajar-pelajar memberikan tumpuan 100%.
Penceramah tersebut mengistilahkan perkataan REMAJA sebagai R= Rileks, E=enjoy, M=malas, A=angkuh, J=jaguh dan A=angan-angan. Aku rasa memamg semua sifat tersebut ada pada remaja. Memang kebanyakan remaja sukakan rileks. Dalam percakapan pun jelas menunjukkan mereka suka rileks contoh "Alah rileks la cikgu, hari ni tak payah belajor".
Remaja juga suka enjoy. Semua perkara dia nak enjoy. Dirumah enjoy, di sekolah pun enjoy. Malas memang tidak dapat dinafikan. Semua perkara malas dilakukan. Emak suruh pergi kedai mereka malas, basuh baju pun malas. Suruh belajor lagi le malas.
Terdapat juga remaja yang angkuh. Ini boleh dilihat dalam tindakan dan pertuturan mereka. Sebenarnya perlakuan ini dilakukan untuk menarik perhatian orang lain. Boleh kenal muka-muka yang menyombong dan muka-muka yang baik.
Menunjukkan kejaguhan adalah tahap tertinggi dalam kehidupan remaja. Mereka sanggup membuktikan kejaguhan mereka kepada sesiapa sahaja untuk mendapat penghormatan dan pengiktirafan daripada remaja yang lain. Ada yang sampai pada tahap sanggup mengorbankan nyawa.
Inilah sebabnya mengapa ramai remaja yang sanggup merempit untuk membuktikan yang mereka itu Hero di kalangan sesama remaja. Yangh terakhir ialah Angan-angan. Inilah bab yang paling best.
Remaja memang suka berangan-angan. Kebanyakan remaja masih belum mempunyai identiti dan jatidiri yang kukuh. Mereka mudah menjadikan sesiapa sahaja sebagai idola dan ikutan mereka. Maka akan muncul angan-agan nak jadi macam orang itu dan orang ini. Teringat aku zaman rock kapak. Aku pun pernah berangan syoknya kalau dapat goreng gitar macam Hillary atau Man Kidal. Syoknya kalau dapat buat konsert.
Namun hari ini ramai yang berangan-angan nak jadi jaguh rempit. Ini yang merisaukan emak dan ayah mereka. Motor hilang boleh ganti. Nyawa hanya ada satu shaja......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan