Menanda kertas objektif memang memeritkan memandangkan kita terpaksa menanda satu persatu. Biasanya kertas jawapan pelajar dan kertas skima jawapan diletakkan sebelah-menyebelah. Mata akan sentiasa ke kiri dan ke kanan untuk melihat jawapan di skima pemarkahan dan dalam masa yang sama menanda kertas jawapan pelajar. Mata rasa nak julin.
Itu dulu masa mula-mula mengajar. Kemudian aku diperkenalkan dengan teknik menebuk kertas jawapan dengan jawapan yang betul. Kemudian kertas jawapan yang sudah ditebuk dilekapkan dengan kertas jawapan pelajar. Cara ni memang efektik, berkesan dan laju serta masih digunakan hingga kini. Rasanya ada sesetengah sekolah memang ada membeli alat penebuk tersebut. Alat penebuk tersebut seperti alat penebuk tiket yang digunakan oleh konduktor bas.
Ada juga sesetengah Cikgu memggunakan teknik yang lagi canggih iatiu menggunakan pelajar menandakan kertas jawapan. Jawapan objektif dituliskan di atas papan putih. Kemudian jawapan pelajar kelas lain akan diedarkan kepada pelajar kelas yang kita mengajar pada waktu tersebut.
Pelajar diminta menandakan jawapan yang salah atau betul mengikut jawapan yang sudah ditulis oleh Cikgu di atas papan putih. Cara ni lebih cepat. Ada sesetengah Cikgu yang mengupah anaknya untuk menanda jawapan pelajar. Namun apabila aku berpindah ke sekolah di Tapah ada seorang Cikgu otai yang mengajar aku cara yang lebih mudah dan praktikal.
Alat yang di perlukan ialah Penukul dan paku. Ambil lebih kurang 20 jawapan pelajar. Samakan kertas sebut dibahagian atas, bawah, kiri dan kanan. Sebaik-baiknya gunakan paku yang kecil.Cara untuk mengira jawapan yang salah dan betul ialah dengan cara mengangkat sedikitr kertas tersebut ke atas. Kalau dihalakan ke punca cahaya seperti lampu atau matahari lebih efektif.
Kemudian kesan tebukan paku itu akan kelihatan dengan jelas sama ada di atas jawapan yang betul atau jawapan yang salah. Selepas itu dengan mudah kita boleh mengira jawapan yang betul. Aku rasa Cikgu Otai ni patut diberi anugerah oleh kementerian pelajar memandangkan teknologinya yang sangat inovatif , kreatif dan praktikal.
Aku pernah bergurau dengan Cikgu otai ni dan mencadangkan supaya teknologi ini dipatenkan. Kemudian teknologi ini dijual di sekolah-sekolah. Dibuat stau kit seperti kotak kecemasan, Di dalamnya diletakkan penukul, paku dan sekeping kayu sebagia alas untuk memaku kertas jawapan tersebut.
Apa macam tuan-tuan boleh jual tak teknologi ni.......

Tiada ulasan:
Catat Ulasan