Nuffnang

Pengikut

Rabu, 11 November 2009

ceko ceko ah, ceko ceko ih, eko eko ah, eko eko ih


Cerita 30 Top 60

Pada satu pagi aku singgah di sebuah kedai runcit di pekan Bidor. Cadangnya nak membeli barang keperluan harian sikit. Daripada jauh taukeh kedai tu panggil aku "Haiya lu mesti kaya, mesti kaya" Aku terpinga-pinga dan bertanya " Apa pasai tokeh". "Lu punya nombor kereta First Prize wo".


Baru aku paham. Mungkin dia ingat aku ni kaki nombor kot. Menurut tokeh cina tu lagi nombor kereta aku ni dah banyak kali naik. "Lu punya nombor kereta memang ong". Entah la yang aku tau kereta aku ni nyemedang meragam. Ikut mana ongnya asyik rugi je. Yang tentu ong taukeh brepair kereta. Sekali repair seribu lebih. Baru-baru ni RM 3,400.00 melayang. Macam-macam rosak.

Berbalik kepada nombor ekor tadi. Ada satu cerita yang aku perolehi daripada member aku yang kaki ekor juga. Ada sesetengah kaki ekor ni membuka account kat kedai nombor ekor tu. Dia bayar bulan. Setiap kali ada draw yang baru dia akan ambik je nombor tu. Cukup bulan bayo.

Yang paling aku tak sangka ada seorang pakcik yang rapat dengan aku. Umurnya sebaya dengan ayah aku. Kalau tengok mukanya memang baik dan alim . Kalau bersembang dengan dia ni dia cerita yang baik-baik je. Pada satu petang aku parking kereta di sebelah kedai nombor ekor tu. Tujuan aku hendak pergi ke kedai runcit di sebelahnya.

Aku terpaksa melalui jalan di depan kedai ekor tu. Kebetulan pakcik tu baru keluar dari kedai nombor ekor sambil pegang tiket. Apabila bertembung dengan aku mukanya merah padam. Aku tak cakap apa pun, aku terus je berlalu. Aku teringat pepatah Inggeris Don't Judge the book by its cover.

Ada juga kaki ekor ni yang bagi alasan mereka main ekor sebab gaji kecik. Terpaksa ambik nombor ekor untuk menampung jumlah pendapatan bulanan. Tetapi hanya satu kesimpulan yang aku boleh buat tentang mereka yang aku kenal main ekor ni tak pernah kaya-kaya dan senang hidup malahan nyemedang tak cukup duit walaupun kadang-kadang menang berpuluh ribu.

Ada sorang brother ni lagi best dia cakap kat aku kalau kita berada dalam keadaan kesempitan dan kesusahan belilah nombor ekor. Kadang-kadang dia bagi (maksudnya tuhan makbulkan permintaan kita untuk menang nombor ekor.). Ngeri aku mendengar kenyatan yang semacam ini. Selalu juga dia ajak aku main nombor ekor. Pada aku biorlah aku susah dan tak makan daripada main benda ni. Sekali dah terjebak takut ketagih. Teringat aku pelbagai kisah orang yang main nombor ekor dalam cerita ragam P.Ramlee. Saksikan klip video dibawah.


2 ulasan:

  1. Ingat kut dok main pok amai amai ngan bebudak...ha ha ha

    BalasPadam
  2. ini pok amai-amai version orang dewasa kat kedai nombor.

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...