Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 13 November 2009

Blank plus confuse


Cerita 33 Top 60

Anak murid aku yang sorang ni memang agak lain sikit. Walaupun dia ni agak bijak namun apa yang aku perhatikan kadang-kadang ada masa-masanya dia macam blank plus confuse. Boleh juga disitilahkan macam tak tau apa ataupun khayal.

Namun ada satu peristiwa yang agak lucu yang diceritakannya sendiri pada aku dan diperakukan oleh kawan-kawannya yang melihat kejadian itu. Kerana sikapnya yang blank plus confuse itu maka terjadi lah peristiwa ini. Pada satu hari dia meminta abangnya untuk menghantarnya ke satu lokasi kerana dia dah berjanji dengan kawan-kawannya untuk pergi berhari-raya beramai-ramai.

Kawan-kawannya juga berjanji untuk menunggu di tempat yang ditetapkan sebelum mereka bergerak pula ke destinasi yang lain. Abangnya bersetuju untuk menghantarnya dengan manaiki motorsikal.

Dengan konfidennya dia pun membonceng di belakang abangnya. Perjalanan mengambil masa hanya beberapa minit. Dalam hatinya berasa seronok dan rasa nak cepat je sampai ke destinasi yang dijanjikan. Mungkin excited nak berjumpa dan berhari raya dengan kawan-kawannya. Maklum la bukan selalu dapat keluar rumah.

Ayah nya merupakan seorang yang tegas. Agak sukar baginya untuk ke luar rumah sekiranya tidak ada urusan yang penting. Waktu sekolah je baru dapat keluar rumah. Waktu lain memang tak dibenarkan. Sesekali dapat keluar bukan main gembira hatinya.

Setelah beberapa minit menunggang motorsikal, mereka pun tiba di tengah-tengah jalan besar dan berhenti disitu untuk membelok ke kanan. Abangnya memberi signal untuk membelok ke kanan. Jalan besar tu pula agak sibuk dan merupakan jalan utama yang digunakan oleh banyak lori besar,bas dan kereta untuk ke destinasi utara atau selatan.

Berhenti di tengah-tengah jalan besar tu memang sangat merbahaya. Banyak juga kes kemalangan maut yang berlaku di situ. Disebabkan ada kereta yang datang dari arah depan maka abangnya memberhentikan motor. Kawan-kawannya sudah sedia menunggu di seberang jalan. Dia berasa tak sabar-sabar untuk berjumpa dengan kawan-kawannya.

Dengan selamba dia pun turun daripada motor tersebut.. Kawan-kawan yang melihat kejadian itu dari seberang jalan berasa hairan dan tertanya-tanya. Mengapa dia turun kat tengah-tengah jalan. Mungkin dia ingat apabila abangnya memberhentikan motor bermaksud mereka sudah tiba ke destinasi yang dituju. Sedangkan tempat dia turun itu merupakan jalan besar yang banyak lori dan bas yang lalu.


Apabila abangnya mula bergerak semula baru dia perasan bahawa dia belum sampai ke destinasi yang dituju. Dengan tergesa-gesa dia naik semula motor tersebut. Melihat kejadian itu semua kawan-kawannya ketawa. Apabila di tanya mengapa dia turun di tengah-tengah jalan katanya "Aku ingat dah sampe".

Takkan le tak perasan tempat yang dia turun tu tengah jalan. Mungkin juga masa tu Blank plus confusenya datang dalam pemikirannya sehingga dia tak perasaan yang sebenarnya dia turun di tengah-tengah jalan dan belum sampai ke destinasi yang sepatutya.

Amacam Sham mabuk (member aku yang kadar kekonfiusannya lebih kurang sama dengan budak tu) ? engko pun kadang-kadang blank plus confuse jugak!. Nanti engko tumpang kereta orang sampai kat simpang dan kereta tu berhenti untuk membelok engko pun bukak pintu kereta dan engko turun. Naya wooooooo.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...