Nuffnang

Pengikut

Isnin, 9 November 2009

The Gun (Coconut Vs Kelapa)


Antara pemanjat kelapa yang hebat di asrama aku ialah Kawek keon yang ada aku ceritakan dalam entry yang awal dulu. Maklumlah orang Bagan Datuk. Mereka dan kelapa ibarat isi dan kuku. Memang tak boleh dipisahkan. Hebat jawa Bagan Datuk ni.

Cara memanjatnya memang pro. Sekejap je dah berada di atas pelepah pokok kelapa. Berdesup perginya. Kalau aku yang panjat nak menyampaikan setengah pokok kelapa pun dah termengah-mengah. Kawek keon selamba je dia panjat. Memang kuat dia ni. Aku rasa mail kerbau pun surrender dengan kawek keon.

Yang menariknya tu kelapa tak payah di pulas satu-satu macam yang dilakukan oleh pemanjat-pemanjat kelapa lain yang terdapat di asrama aku. Selain kawek keon ramai juga pemanjat-pemanjat lain bertaraf amatur yang terdapat di asrama.

Namun Kawek keon is the best among the best. Aksinya bukan selalu dapat dilihat. Jarang-jarang dia turun padang. Sekali dia beraksi terkesima semuanya. Kawek keon akan memanjat sehingga bahagian atas pelepah. Sambil bertenggek di atas pelepah kelapa dia akan menendang satu persatu sehingga gugur semuanya buah kelapa ke tanah.

Yang bestnya tu dalam kegelapan malam dia mampu memilih kelapa yang muda sahaja. Mungkin berkat pengalamannya sebagai warga Bagan Datuk yang memang sebati dengan pokok kelapa. Dalam gelap pun dia mampu mengenal pasti yang mana kelapa muda dan yang mana kelapa tua.

Apabila pokok tersebut telah habis buahnya di tendang ke bawah. Kawek keon akan berpindah ke pokok sebelahnya dengan hanya meniti pelepah. Inilah keistimewaannya. Katanya menjimatkan masa dan tenaga. Tak perlu turun dan panjat semula pokok kelapa disebelahnya.

Bukan semua pemanjat kelapa lain yang ada kemahiran seperti ini. Silap-silap haribulan boleh jatuh ke bawah. Aku rasa ramai lagi orang Bagan Datuk yang mempunyai kemahiran seperti ini. Setakat kemahiran macam kawek keon rasanya bersepah-sepah kat Bagan Datuk. Agak aku le...

Apabila buah kelapa sudah digugurkan ke tanah apalagi yang menunggu di bawah akan berebut-rebut mengutip kelapa.Macam pesta memang meriah. Pesta minum air kelapa. Tentu kome bertanya macam mana cara nak minum pulak?.

Parang tak de. pisau pun tak de. Senang sahaja ba. Hentakkan kelapa di atas jalan. Kelapa muda akan terbelah sedikit dan cepat-cepat airnya dihirup. Memang sedap, nyaman dan menghilangkan dahaga. Tambahan pula diminum beramai-ramai memang best.

Untuk mendapatkan isi kelapa, kelapa tersebut akan sekali lagi dihentak di atas jalan raya bagi membelah kelapa kepada 2 bahagian. Selepas tu isi tersebut diceduk dengan tangan. Wowww memang lazat terutamanya isi kelapa yang meleleh macam hingus tu memang nalerke.

Inilah antara aktiviti malam minggu yang mengisi hari-hari indah kami di asrama.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...