Nuffnang

Pengikut

Isnin, 12 Oktober 2009

Kawek keon dan telur kuba so

Aku ada satu kisah lama yang nak aku ceritakan pada kome semua. Kisah ni berlaku lama dahulu semasa zaman aku belajor. Biasalah menjelang tengah malam perut mula berkeroncong. Awal malam sibuk belajar (kononya la).


Selalunya kami beramai-ramai konvoi dengan motor menuju ke sebuah kedai Tom Yam yang memang menjadi favourite pelajar-pelajar menjamu selera sambil menyembang dan lepak-lepak serta berfoya-foya menghabiskan masa yang banyak dan tak pernah habis-habis. Sambil makan sambil menyembang, ada je ceritanya.


Disinilah kisah lawak antarabangsa (Bangsa Jawa) berlaku kat gerai tom yam Kesuma Bandar Baru Bangi. Hari ni kawasan tu dah sunyi. Satu kedai makan pun takde. Kalau dulu tempat ni memang Happening terutamanya couple-couple yang sedang hangat dalam DAP (Di Alam Percintaan).Termasuklah sahabat baik aku Razali, Jasri, Azhar dan ramai lagi.


Malam tu aku berempat pergi makan dengan 2 buah motorsikal. Sesampai di sana ramai orang tengah asyik makan dan sembang-sembang. Semua meja hampir penuh. Kami punya port selalunya kat belakang s dan tempatnya gelap sikit . Mak Cik (isteri Pak Ku) yang selalu ambik order tu pun agak sibuk. Pak Ku (Pemilik warung KESUMA) pun sibuk juga

Selepas menunggu kira-kira sepuluh minit makcik tu pun datang nak ambik order. Macam biasa aku akan order ikut dialek kelate. Mungkin sebab pengalaman aku bercampur dengan geng-geng dikir barat lidah aku pun kadang-kadang dah jadi lidah budu "Mak cik sup ekor so, telur mato kuba so (telur mata kerbau), teh o bin so"


Yang lain lain pun ikut minta menu yang sama. Sup ekor kat sini memang kow. Sekali makan teringat-ingat nak lagi. Disini jugalah aku belajar makan Sup Ekor. Kalau dulu dengor sup ekor aku rasa tak lalu makan membayangkan ekornya yang dekat dengang punggungnya. Geli geleman rasanya. Sekali pekena sup ekor, ropa-ropanya sedap wei. Kalau macam ni hari-hari pun teman lalu.

Apabila sampai giliran kat member aku yang yang sorang ni. Aku panggil dia kawek keon,nama betulnya Zawawi Ismail (orang jawa) Cikgooden kenal sangat dia ni. Patutnya ikut je la apa aku order sebab aku tau dia akan order yang sama jugak . Nak order sendiri jugak degil betu.Mesti nak tiru apa yang aku cakap tadi. Nak test power la konon


Dengan confident dan semangat yang berkobar-kobar seperti semangat menentang penjajah belanda keluar dari Indonesia dia terus order "makcik telur kuba so (telur kerbau satu)". sambil tersenyum bangga kat aku. Dalam hati aku apa benda la si setan ni merepek. Apalagi selepas itu dengan makcik dan dengan geng-geng aku pecah perut gelak.Nasib baik la atas simen kalau atas tilam mahu berguling-guling aku ketawa.


Pakk ku senyum je tak jauh dari meja kami. Mungkin dalam hati Pakku nasib baik dia tak sebut telor aku.Kalau tidak naya aku.Sepanjang makan tu tak renti-renti aku dan geng gelakkan Si Kawek Keon ni. Seminggu tak habis isu tu. Asal jumpa dengan kawek aku dan geng akan cakap "Telor kuba so"


Kome bayangkan cakap melayu pun bunyi Jawa ada hati nak kicik kelate. Dah lah tak betul pulak apa yang di order tu telur mata kerbau jadi telur kerbau. Ini lah kesannya sekadar meniru cakap-cakap orang. Tak dengar habis, dengor yang hujung-hujung je. Nasib la makcik tu pun sporting. Buat di samannya kerana kelucahan melampau kan naya tu. Kawek-kawek. Alon-alon janji ngelakon.......

2 ulasan:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...