Nuffnang

Pengikut

Isnin, 12 Oktober 2009

Naik Pengetua


"Tahniah Cikgu dah naik DG44" Kata penolong kanan aku. "Tahniah Cikgu" rakan-rakan lain juga turut memberi tahniah. Aku berterima kasih kepada yang memberi tahniah. Aku juga bersyukur memandangkan aku dinaikkan ke gred tersebut. Kerana dengan mutu perkhidmatan yang selalu menongkah arus aku rasa peluang aku ke gred tersebut tipis.

Namun keterujaan sesetengah pihak apabila naik ke DG 44 membuatkan aku tak Fahanm Ada yang mengangggap terlampau hebat dan gah apabila naik ke DG44. Ada pualk yang menadang tinggi kepada mereka yang dah naik DG44 .Pada aku tiada apa yang nak dibanggakan. Kenaikan ini kenaikan yang biasa. Semua orang akan mengecapinya apabila sampai masanya. Semuanya berteraskan Time Base.

Lainlah kalau 5 tahun perkhidmat dah naik ke DG44. Kalau begitu situasinya mungkin ada sedikit rasa hebat dan bangga serta hebat pada orang lain. Sesetengahnya pula beranggapan apabila naik DG44 kena diberikan kerja lebih. Ini satu lagi masalah yang aku tak paham. Seperti mana hujah aku yang tadi kenaikan ini kenaikan biasa. Sampai masanya semua orang akan naik.

Tidak timbul soal kerja lebih atau kerja kurang ataupun kena mengajar kelas peperiksaan dan sebagainya. Siapa lah yang menetapkan hukum yang seumpama ini. Memang aku tak paham. Mungkin kerana ada sikap hasad, dengki dan irihati.

Sebenarnya kalau nak fikirkan mengapa perlu ada perasaan iri hati. Seseorang yang naik DG44 adalah kerana lamanya berkhidmat dalam DG 41. Yang mana belum lama berkhidmat dalam DG41 tunggu le. Akan tiba dan masanya giliran anda pulak.

Apa pun aku bersyukur. Namun tiada sekelumit pun dalam diri ini rasa bangga ,riak, takabur dan perasaan lebih daripa pada orang lain sebab kenaikannya adalah kenaikan biasa. Semua orang akan berada pada tahap tersebut apabila sampai masanya.

Aku teringat dulu ada sorang cikgu yang suka mempertikaikan orang tertentu naik jawatan itu dan jawatan ini. Ada sorang lagi cikgu selamba je dia jawab. Cikgu kalau Cikgu nak naik pengetua pun boleh. Yang bestnya tu dia boleh tanya. Macam mana?. Nampak sangat dia gila jawatan. Cikgu kahwin dengan pengetua memandangkan pengetua tu andartu. Hari-hari boleh naik pengetua. Puas kami ketawa ha ha ha .Wallah hu alam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...