Cerita 21 Top 60
Tadi aku menghadiri mesyuarat sebuah pertubuhan NGO yang melibatkan makcik-makcik rombogan Cik Kiah. Biasa le apabila mesyuarat dengan orang tua aka veteran memang kecoh. Bukannya mesyuarat tapi lebih kepada bersembang-sembang.
Penat kita bercakap namun kadang-kadang mereka tak paham dan kadang-kadang tak dengar pun(Ramai yang dah Sound Trouble). Mahu tak mahu terpaksa la di ulang tiga empat kali.Apabila ditanya “Faham ke Makcik” Semua mengangguk.
Ada seorang makcik ni aku tengok dia daripada mula mesyuarat terseluk-seluk dalam beg dia. Aku perhati je apa yang dia cari. Agak lama aku perhatikan. Apabila dia keluarkan barang yang diseluknya itu maka terkeluarlah remote Astro.
Dalam kepala aku makcik ni pun main sorok-sorok remote ke. Sampaikan datang mesyuarat pun bawak remote. Ini mesti kes berebut remote dengan cucu atau dengan suami.
Apabila melihat gelagat makcik tu teringat aku gelagat anak-anak aku yang berebutkan remote Astro. Kadang-kadang semasa hendak pergi sekolah sempat lagi menyorokkan remote.
Kadang-kadang dalam almari, dalam bantal, bawah toto, celah almari baju dan yang aku tak boleh tahan ada sekali tu aku terjumpa dalam peti ais.Nasib baik tak beku remote tu. Kalau beku boleh rendam buat ais.
Memang parah kes berebut remote ni. Ada ketikanya sampai berlaku tumbuk-menumbuk. Entah-entah makcik tu pun dah biasa bertumpuk dengan laki dia kerana berebut remote ya tak?. Kalau tidak takkan sampai mesyuarat pun bawa remote. Memang parah kes berebut remote ni.
Kadang-kadang aku terpaksa guna guna kuasa VETO. Kadang-kadang memang naik darah juga. Mana tidaknya kalau anak-anak pergi sekolah agama rakyat pada waktu petang. letih rasanya hendak menunggu deme balik nak bertanyakan di mana mereka meletakkan remote.
Kadang-kadang sorok punya sorok deme pun terlupa di mana remote tersebut disorokkan. Jenuh le nak nukor daripada satu channel ke satu channel secara manual. Terpaksa la jadi buaya tembaga (bukan buaya darat ye) jenuh merangkak nak menukor siaran.
Terbawa remote dalam seluor ni memang dah biasa. Kadang-kadang remote berjalan jauh sampai ke Kuala Lumpur dan Ipoh. Seluk-seluk poket ingatkan handphone ropanya remote. Pernah juga semasa nak membayar harga barang disebabkan terlalu kelam kabut seluk poket ambil remote terus bagi pada yang jaga kaunter bayaran.
Maka terpinga-pingalah mereka. Takkan nak bayor barang guna remote...... Apa macam pembaca blog semua ada ke pengalaman ini?........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan