Dalam entry yang terdahulu aku ada menulis tentang gelagat kaki ekor. Sebenarnya lagi kuat sesorang tu main ekor semakin dekat dia dengan tuhan. Tentu kome semua tertanya-tanya macam mana boleh jadi gitu?. Jangan salah sangka baca artikel ni sampai habis.
"Cikgu ada masanya gaji lambat, anak nak duit, nak pinjam kawan, kawan pun kering juga" Kata seorang otai kaki ekor kepada aku. Sambungnya lagi "Saya terpaksa minta tolong dengan tuhan, kadang-kadang dia bagi cikgu" "Dua tiga kali dia makbulkan, tapi syaratnya kita betul-betul dalam kesusahan". Dia memberitahu kepada aku dengan bersungguh-sungguh.
Memang Otai ni selalu juga kena nombor, umpamanya raya tahun sudah. Lagi beberapa hari nak raya dia kena RM 8,000.00. Sebelum tu RM 8,000.00. Kadang-kadang aku hairan jugak mengapa dia selalu cerita benda-benda kat aku. Muka aku ni ada macam kaki nombor ke.
Satu lagi kisah tentang kaki nombor ni ialah melibatkan seorang anak muda dalam usia awal 30-an yang aku kenal secara tak sengaja. Walaupun baru kenal mesrnya macam dah lama kenal. Dia banyak menceritakan kisah suka dukanya sebelum ini. Sedikit-sedikit dia merangkak sehinggalah menjadi seorang usahawan berjaya.
Katanya semasa dia berada dalam keperitan hidup dahulu hari-hari dia berdoa "Ya Allah berikanlah aku nombor". Selama sebulan berturut-turut dia sembahyang hajat dan berdoa. Pada satu malam dia bermimipi pergi ke kedai magnum. Amoi yang jaga kaunter tu memberitahu ambil nombor 4488. Sambil tu amoi tu berpesan jangan ambik kuda atau toto tetapi magnum. Ingat ya magnum. Kata amoi tu lagi
Selama 3 hari dia mengambil nombor tu. Tetapi tak kena. Kali keempat dia tak dapat nak ambik nombor tu sebab dia ada kerja dan dia berpesan pada kawannya untuk menolongnya mengambil nombor tersebut di sebuah kedai magnum di setapak. "Engko bayor dulu, nanti aku bayor semula" peasannya.
Apabila keluar keputusan nombor tu Wow! Fisrt Prize. Cepat-cepat dia telefon kawan baiknya. Tapi hampa telefon tak berangkat dan kawannya hilang entah ke mana. Mungkin dah pergi berjoli. Katanya lagi "Mungkin sebab saya tak minta rezki dengan tuhan, saya hanya mintak nombor, maka di baginya nombor sahaja" ceritanya dengan penuh kekesalan.
Apa macam geng betul tak aku cakap kaki nombor ni sebenarnya dekat dengan tuhan. Sanggup mereka melakukan apa sahaja termasuk memohon benda yang tak sepatutnya dengan tuhan. Cuma aku harap jangan ada yang tiru pulak. Cukuplah sebagai pengajaran dan teladan untuk sama-sama kita mengisafinya demi kesejahteraan di dunia dan di akhirat.........

Tiada ulasan:
Catat Ulasan