Cerita 11 Top 60
Kalau tak berleter bukan lah perempuan namanya. Kadang-kadang ada je benda yang hendak di leterkan . Buat macam ini kena leter, buat macam itu pun kena leter.Pendek kata serba tak kena. Tapi kadang-kadang lama tak dengor leteren rasa tak syok pulak. Terutamanya bila orang rumah pergi kursus 2 ke 3 hari. kadang-kadang leteran tu dah jadi macam hiburan kadang-kadang rasa nak naik angin pun ada.
Aku nak cerita kepada kome semua satu cerita tentang isteri Pak awang yang suka berleter .Setiap kali Pak awang balik kerja maka mula lah isterinya berleter. Macam-macam perkara yang dileterkan. Pendek kata serba tak kena hidup Pak Awang. Pak Awang dah tak boleh tahan.
Pada suatu petang di kedai kopi Pak awang meluahkan rasa hatinya kepada ahli mesyuarat kedai kopi. Macam-macam respon Pak awang dapat. Namun yang paling menarik hati Pak Awang ialah pendapat Hj. Dollah.
Kata Hj Dollah " Kamu buang je bini kamu dalam perigi buta kat hujung kampung tu, abih cerita. tak payah pening kepala" "Biar makan dik penunggu dalam perigi tu" sambung Hj. Dollah.
Balik ke rumah Pak Awang pun menangkap isterinya dan di campaknya ke dalam perigi buta tu. Pak awang rasa lega tak de lagi radio buruk berbunyi. Hari pertama ok. hari kedua ok. Masuk hari ketiga Pak awang mula rasa sunyi. Sesunyi sesunyine.
Maka Pak awang pun pergi ke kedai kopi nak minta pendapat kawan-kawan tentang kesunyian hatinya. Kata Hj. Leman "kalau macam tu kamu pergi la ambik balik bini kamu". Sampai di perigi buta Pak Awang pun menyeru kepada penunggu perigi supaya dipualangkan bininya.
Penunggu Perigi pun bersuara " Selama 3 hari bini kamu kat sini aku tak boleh tidur asyik berleter je bini kamu ni, aku dah tak boleh tahan, Nah ambik balik bini kamu". Rupa-rupanya bukan sahaja orang yang tak tahan dengan leteran, penunggu perigi buta pun tak boleh tahan.
Moralnya terima lah seadanya isteri kita. Dalam artikel di atas renungkan kata-kata Socrates yang juga ada kaitan ngan isteri dan rumah tangga.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan