Nuffnang

Pengikut

Rabu, 14 Oktober 2009

www.bawahpokokrambutan.com


Kalau pergi ke rumah orang kenduri kahwin aku cukup suka melihat gelagat deejay-deejay bertugas. Memang macam-macam gaya dan macam-macam fe`elnya. Daripada segi peringkat umur ada yang muda, ada yang diusia pertengahan dan adanya juga yang dah berada di tahap otai.

Pilihan lagunya pulak rata-ratanya nya memainkan lagu yang pelbagai, namun tak terkecuali faktor usia sebenarnya memainkan peranan juga terhadap jenis-jenis lagu yang dipilih. Kalau yang otai sudah pasti lagu enam puluhan dan lagu lama lebih banyak nisbahnya dengan lagu genre lagu lain.

Kalau deejaynya diusia pertengahan maka banyaklah lagu zaman rock kapak. Apapun lagu yang bertemakan perkahwinan masih mendominasi pilihan lagu-lagu. Aku pernah pergi kenduri kahwin rumah orang jawa. Yang bestnya deejaynya pun orang jawa. Nah apa lagi bahasa jermanlah yang berkumandang pada hari itu. Sebutannya fasih. Cukup qalqalah dan idgham ma`al ghunnahnya.

Sedap juga sesekali dengar deejau jowo ni memandangkan aku faham juga sitik-sitik ngomong jowo. Satu yang aku respect tentang deejay ni mereka tak pernah keputusan ide. Ada je ideanya. Ada sekali aku menghadiri kenduri kahwin saudara sebelah isteri aku di Felda Naseruddin.

Deejaynya bertugas 2 orang sekali gus. Suara deejay tu punya la sedap macam dalam radio rasanya. Celoteh deejaynya memang tak mengeringkan gusi. Ada je usikan, sindiran dan jenaka yang menghidupkan suasana. Memang sebijik macam dengor radio.

Ada juga deejay yang menyedikan karaoke. Biasanya sebelum orang lain menyanyi deejay akan menyanyi dahulu.Selepas itu banyaklah bakat terpendam dan terendam yang menyumbangkan lagu-lagu yang tak sumbang. Cuma sekarang ni persembahan live banda sempena kenduri kahwin dah kurang berbandaing zaman aku kecik-kecik dulu. Babab live band ni aku akan tulis dalam entry yang akan datang.

Kadang-kadang ada juga deejay yang membuka ruang utuk permintaan lagu untuk ditujukan kepada pengantin. Aku tertarik kepada deejay yang mempromosikan permintaan lagu agak unik dan melucukan hati aku. Kata deejay tu "Kepada sesiapa yang ingin menujukan lagu kepada pengantin anda boleh berbuat demikian dengan menghantar lagu permintaan anda di WWW.bawahpokokrambutan.com"

Aku kehairanan jugak dengan pengumuman tersebut. Cari punya cari aku ternampak rupanya deejay tu memang beroperasi dari bawah pokok rambutan. Satu je pesan aku kalau www.bawahpokokdurian.com jangan buat, terutamanya musim durian. Takut nanti jadi lain pulak alamatnya WWW.bawahkubur.com. Mana idaknya deejay kena timpa durian. Rumah yang aku pergi itu aku tengok banyak pokok durian de sekeliling rumahnya. Alahai deejay......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...