Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 24 Oktober 2009

Aku dan KP

Cerita 15 Top 60

Aku dan kelas KP memang tak boleh dipisahkan. Sebenarnya ramai cikgu yang tak sanggup mengajar kelas KP mungkin disebabkan kebodohan, kenakalan dan betapa susahnya nak mengajar mereka ni menyebabkan ramai yang mengelak. Mungkin juga tak standard la mengajar kelas macam ni. Orang tak nampak hasil kerja kita berbandiang mengajar kelasa peperiksaan.


Pernah sorang makcik bertanya dengan aku “Cikgu mengajar tingkatan berapa?” Aku menjawab “Tingkatan 1 dan KP makcik” Jawab makcik tu “Kesiannya cikgu sikit le gaji ya” . Baru aku tau ropanya orang kampong macam makcik ni berfikiran mahal atau murah gaji dibayar ikut tinggi atau rendahnya kelas tersebut. Siapa yang mengajar tingkatan 5 maka gajinya lebih tinggi daripada yang mengajar di tingkatan 1. Aku hanya mendiamkan diri sambil dalam hati rasa nak ketawa pun ada.


Sedar-sedar tak sedar hampir 7 tahun aku mengajar kelas KP. Menjadi cikgu yang mengajar di kelas KP memberikan aku satu nikmat yang sukar hendak digambarkan. Pelajar-pelajarnya memang lemah, kadang-kadang ada yang terlebih nakal, ada juga yang diam membisu seribu bahasa. Namun ada satu sikap yang tak da pada pelajar lain yang ada pelajar jenis ini.

Mereka ni lebih ikhlas dan friendly. Jumpa la di mana-mana pun pasti mereka akan menegur cikgu. Teguran itu penuh keikhlasan bukan sekadar melepas batuk di tangga atau sekadar tegur. Setiap kali mereka menegur aku dimana-mana terpancar keikhlasan daripada riak wajahnya.Ini lah keunikan mereka.


Aku teringat seorang pelajar cina sepatah haram cakap melayu pun tak tau. Ada 2 perkatan je dia betul-betul tau . Cigu tandad. Mula-mula aku dengar dia ni mencarut ke.Lain macam bunyinya. Dah lama baru aku faham. Cikgu Tandas maksudnya dia nak pergi tandas.

Jumpa la aku di mana pun dia akan angkat tangan. Makanan yang dia makan selalu dia offer kat aku dan mengajak aku makan sekali. Tak berani le aku. Pernah sekali berlaku peristiwa yang meloyakan tekak aku selama seminggu. Aku ternampak sekumpulan pelajar asli ni tengah khusyuk makan. Seperti biasa aku akan tegur mereka “makan apa tu” aku menyapa mereka .


Mereka menjawab “makan nasi Cigu “ Aku tengok lauknya macam sedap je macam daging masak kicap. Aku pun tanya kepada salah seorang daripada mereka "lauk apa tu,". "Babi masak kicap cikgu" dengan selamba je dia jawab. Terus hilang selera aku makan hari tu. Geli and geleman rasenya. Terasa-rasa di tekak.

Pelajar kelas hujung ni kita marah la macam mana pun mereka tak simpan kat hati. Tetapi berlainan dengan pelajar asli, sorang kena marah habis semua yang lain pun turut terasa. Silap-silap haribulan esoknya habis semua tak datang ke sekolah.


Pada satu hari aku balik dari Ipoh dan aku singgah di R & R Tapah. Di hentian R&R Tapah ni majoriti anak murid aku yang jaga kedai terutama kedai jual buah. Lalu je "cikgu singgah le dulu beli buah " terpaksa la singgah beli buah. "Cikgu singgah le dulu beli minuman" terpaksa beli minuman.Tapi yang bestnya sentiasa dapat diskaun.

Tengah syok aku menghirup minuman milo panas kira-kira pukul 4.00 pagi. Aku nampak seorang India tengah sapu sampah sambil tersenyum kepada aku. Aku buat tak tau je takut dia senyum kat orang lain. Lama-lama dia datang kea rah aku. "Cikgu ingat saya lagi ke" "Saya Kanageswaran, pelajar KP".


Lama aku termenung sambil mengimbas memori silam baru aku teringat. Ini lah pelajar yang zip seluarnya sentiasa terbuka dan terpaksa di cover dengan baju. Seluarnya penuh dengan kesan jahitan. Kasutnya berlubang di sini dan sana kerana faktor kemiskinan. Kadang-kadang kasutnya ternganga di bahagian hadapan.

Selalu juga aku marah dia ni. Kadang-kadang kena juga belasah dengan aku. Tapi apabila jumpa diluor elok je dia tegor aku. Setakat hari ini kereta aku tak pernah kena calor macam sahabat aku yang sorang ni. Aku akan marah dan belasah pelajar ni atas kesalahan yang betul-betul mereka lakukan.


Pelajar selalunya akan marah kepada cikgu yang suka menuduh dan serkap jarang atas kesalahan yang mereka lakukan. Ada juga cikgu yang belasah dulu kemudian baru tanya. Satu lagi kepada cikgu-cikgu yang suka menyampuk dan menambah cerita apabila mereka dimarahi oleh Guru disiplin.


Selepas itu jaga-jaga la kereta. Kesian tengok kereta member aku yang kena calor hampir keseluruhannya dan ditulis macam-macam perkatan. Antaranya sayur FUCUK. Terpaksa la kereta ni di cat baru. Mereka tak mencalarkan di sekolah, Modus operandinya dilakukan diluar sekolah sama ada apabila cikgu tu berkunjung ke kampong mereka atau kereta tu di parking di tempat yang terhalang daripada pandangan orang ramai.


Hati-hati ya Cikgu……..


Wallah hu alam…………

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...