Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 2 Oktober 2009

Cinderella





Sedang melihat gambar-gambar lama dalam laptop ni aku terjumpa satu gambar lama ni, Kalau tak silap aku peristiwa ni berlaku 3 tahun lepas. Aku dan keluarga memang selalu singgah di Jaya Jusco, Kinta City Ipoh. Di ruang legarnya aku lihat ada sebuah istana seperti dalam cerita disneyland.

Ropa-ropanya ada sesi memperagakan pakaian ala Cinderella. Anak aku yang nombor 3 dan nombor 4 apalagi melompat-lompat le nak memperagakan pakaian tu. Ada bayaran tertentu yang kena di bayar, aku tak ingat berapa jumlahnya.

Sebelum memakai costume tersebut mereka di solek oleh tukang solek yang profesional. Punya la ramai kanak-kanak yang sebaya dengan mereka. Lama juga nak menunggu baru sampai turn anak aku. Apabila telah disolek, anak aku yang perempuan dipakaikan costume ala Cinderella dan yang lelaki di pakaikan pakaian anak raja.

Apabila tiba masa beraksi di depan istana tersebut, banyaklah camera yang menangkap aksi mereka. Dah macam celebriti la pulak.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...