Semalam sedang bermenung di atas katil terdengar hilai tawa anak kecil jiran yang diusik bapanya. Bukan main gembira lagi kanank-kanak . Ketawanya tak henti-henti. Aku menjadi asyik mendengar hilaian tawa seumpama itu.
Tiba-tiba aku teringat kenangan semasa anak-anak aku masih kecil berumur antara 2-3 tahun. Kadang kala apabila aku maniarap mereka akan naik di belakang. Apabila berbaring mereka akan naik keatas perut dan dada. Apabila berdiri berebut-rebut mereka nak mencapuk di belakang aku. Indahnya kenangan itu. Semakin anak-anak membesar suasana itu semakin hilang.
Yang tinggal hanya kenangan yang tak bisa dilenyapkan. Agaknya bagaimana pula perasaan ayah-ayah dan ibu-ibu yang telah berpangkat datuk dan nenek. Adakah mereka masih merindui suasana itu. Ataupun suasana itu berlalu di mamah masa yang bergerak pantas meninggalkan kita. Tidak mampu untuk dikejar walau hanya untuk seketika
Namun apa yang aku perhatikan terhadap ayah aku, pada masa ini dia cukup suka menceritakan kisah aku semasa kecil kepada cucu-cucunya (anak-anak aku). Ada sahaja yang diceritakan tentang gelagat dan perangai aku semasa kecil. Ini membuktikan bahawa setiap ibu dan ayah pasti terkenangkan saat-saat manis semasa anak-anak masih kecil.
Setiap kali anak-anak aku ke rumah atuk, pasti ada cerita-cerita lama yang diceritakan oleh atuk mereka. Apabila balik semula ke rumah mereka akan mula bertanya bagi mendapatka n pengesahan "Ayah betul ke dulu atuk cakap ayah ni ..........?" tanya mereka. Kadang-kadang aku sendiri pun dah lupa kisah tersebut.
Namun setiap hari kita bangun daripada tidur kenangan itu semakin jauh meninggalkan kita. Semakin hari semakin jauh. Walaupun jauhnya itu hanya diukur daripada segi masa, namun kenangan lama ini sebenarnya semakin lama semakin mendekati kita. Semakin bermain-main difikiran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan