Nuffnang

Pengikut

Isnin, 12 Oktober 2009

Pensyarah 3B (Bahagi kumpulan, Bincang dan Bentang)


Aku amat terpanggil dengan tulisan seorang cikgu yang tak berpuashati dengan sikap kementerian pendidikan di surat khabar Utusan Malaysia hari ini. Masalah ini sebenarnya dah lama aku perhatikan dan semakin membarah dalam sistem pendidikan di kementerian pendidikan dan kementerian pendidikan tinggi amnya dan universiti khasnya.

Kalau dulu masalah ini tak berapa jelas dan aku banyak serkap jarang, namun apabila orang rumah aku dan ramai kawan yang menyambung pengajian peringkat master di universiti -universiti tempatan t sah sebenarnya masalah ini masalah yang serius.

Siapakah yang terbaik untuk mendidik bakal mahasiswa/i yang menjadi guru?. A.Pensyarah muda/tua yang tak pernah ke sekolah dan tak tau persekitaran serta apa yang jadi di sekolah. B. Guru-guru sekolah yang kaya dengan pelbagai berpengalaman di sekolah dan berkelayakan. Anda nilailah sendiri.

Ramai pensyarah yang mendidik bakal guru hari ini tidak pernah berkhidmat di sekolah. PPSMI tak tau, silibus sekolah rendah atau menengah pun dia ta tau. Environment dan realiti yang berlaku di sekolah sudah tentu mereka tak ambil tau. Kalau aku tanya apa program kementerian pendidikan dan lain-lain kementeria yang sedang dilaksanakan di sekolah. Aku berani jamin ramai yang tak tau.

Inilah realiti yang berlaku di fakulti pendidikan universiti tempatan amnya dan Universiti perguruan Sultan Idris khasnya. Fakulti lain aku tak kisah sangat. Universiti lain pun aku tak kisah. Tetapi kalau melibatkan fakulti pendidikan dan UPSI memang aku tersangat kisah. Sebab produk akhir mereka ini ialah GURU atau CIKGU.

Kalau dah tak de pengalaman di sekolah atau ada sikit-sikit je pengalaman di sekolah bagi aku amat sukar untuk mengasimilasikan teori yang diajar dengan situsai sebenar di sekolah. Buat lah apa sahaja kajian, teori,pembentangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa realitinya tidak akan menepati kehendak client. Lain orang yang sekadar sekali-sekali datang sekolah untuk buat kajian dengan guru-guru yang dah lama bergelumang dengan siitem sekolah selama bertahun-tahun.

Itu belum dikira sikap pensyarah yang asyik-asyik bagi kumpulan,bincang dan bentang. Aku istilahkan pensyarah 3B. Zaman aku belajor pun dah wujud kumpulan pensyarah macam ni. Aku pernah pertikaikan masalah ni tetapi akhirnya aku di hentam kow-kow. Ilmu seciput sangat malahan nampak ada yang kualiti ilmu dan kebolehan yang boleh dipertikaikan. Ilmunya hanya dibuku . Namun aku tak nafikan ada juga yang ilmunya tak terjangkau akal kita.

Aku amat suka pensyarah yang mencurahkan kita ilmu, bimbing macam mana nak buat selepas itu nak buat 3B pun tak pe la. Ini masuk je ke dalam kelas mengajarnya sikit, asyik gelak dan gelak. Maka hilanglah keintegritian budaya ilmu , Selepas tu 3B. Kalau pembentangan pelajar tu tak betul pandai pulak dia nak marah. Biasanya pensyarah macam ini disukai oleh pelajar-pelajar yang kaki bodek. Tak perlu berusaha keras untuk belajar hanya perlu ada kemahiran BODEK dan BLOWER. Nanti aku ceritakan palajar macam ni dalam entry akan datang.

Sekiranya apa yang dibentangkan pelajar itu semuanya salah , maka siapa yang salah?anda fikirkan sendiri. Ini lah kualiti pensyarah yang kita ada sekarang. Kumpulan ini sudah jadi majoriti. Yang betul-betul mengajar dan mempunyai kualiti ilmu yang hebat sudah jadi minoriti. Nasib baiklah dasar Universiti boleh mengambil pensyarah-pensyarah hebat kualiti ilmunya tapi dah tua atau terlalu tua.

Kementiran pendidikanpun satu lagi Samdol. Mana-mana cikgu yang dah mempunyai master atau PHD dan layak berkhidmat serta diperakui pengalamannya oleh pihak Universiti lepaskan lah. Jangan rigid sangat dengan dasar lapok dan mengongkong serta memberi alasan yang bukan-bukan setiap kali guru tersebut memohon untuk berkhidmat di Universiti.

Sudah pasti sukar rasanya ketam nak mengajar anak jalan betul. Memang tak akan betul-betul. Akhirnya mengajarlah mereka ini dengan taklid buta dan tiada panduan yang boleh dijadikan rujukan. Rujukan yang terbaik ialah kombinasi ilmu dan pengalaman.

Yang menjadi lebih parah apa yang diajar di Universiti tak selari dengan apa yang ada di sekolah. Rasanya ini masalah lama dan lapok.Tak berpijak di bumi nyata. Akhirnya budaya ilmu di sekolah dan universiti bergerak seiring menuju kegelapan. Kerana hari ini realitinya orang yang tak tahu, mengajar orang yang tahu.Inilah hakikatnya yang terpaksa di telan.

Sekali lagi aku menegaskan untuk mengeluarkan guru yang terbaik maka pensyarahnya juga mestilah di kalangan yang terbaik daripada yang terbaik. Selain ilmu, pengalaman juga merupakan kriteria untuk menjadi yang terbaik. Wallah hu alam......

1 ulasan:

  1. sedap syarahan ko kaloi ni..hahahah..lemak berkrim.. 3B zaman aku lagi...sampai la sekarang...

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...