Cerita 13 Top 60
"Cikgu ni macam beruk la". Tiba-tiba je pelajar ni bersuara.Aku pun tergamam. Mula -mula rasa nak marah juga. Rupa-rupanya pelajar ni bertanyakan gambar yang ada dalam buku yang sedang dibacanya itu. Buku tu pulak diletakknya di bawah meja.Menyebabkan aku tak perasan gambar yang ingin ditunjukkannya pada aku.
Inilah antara gelagat pelajar-pelajar yang lemah. Kadang-kadang apa yang mereka cakap kita faham lain sedangkan mereka maksudkan lain. Silap-silap boleh naik angin. Setakat ini kesabaran aku boleh dikawal walaupun banyak kali juga teruji dengan pelbagai kerenah pelajar yang lemah. Sabar aje la.
Palajar aku yang sorang ni merupakan pelajar yang lemah namun kadang-kadang dia ni menimbulkan masalah disiplin . Membaca boleh menulis boleh. Namun dia masih tergolong dalam kategori pelajar yang lemah. Daripada pemerhatian aku dia ni ada kecelaruan jiwa yang kuat. Kadang-kadang aku bercakap dengan dia. Dia boleh pandang ke tempat lain.Memang dia ni tak fokus.
Dia cukup kuat marayau. Selalu aku perhatikan Kadang-kadang sambil berjalan dia bercakap sorang-sorang. Kalau dia melihat sesuatu tu pandangannya kosong. Memang dia berada di dunianya sendiri. Tak de siapa yang boleh masuk ke dunianya. Hanya Allah S.W.T. yang tahu apa yang difikirkannya.
Dalam beg dia masih ada kereta mainan yang kecil-kecil. Kalau dia rasa nak main. Dia akan keluarkan kereta tu dan mula lah dia main kereta-kereta kecil tu atas meja. Sambil dia bermain tu macam-macamlah bunyi yang keluar.Pernah sekali aku ambik keretanya, dia punya lah merayu “Cikgu bagi lah balik”. Sambil merengek-rengek macam budak kecil.
Pernah sekali tu dia duduk ditepi aku dia pegang perut aku dan dia mula bertanya “Cikgu beasornya perut, ada apa dalam ni” sambil menggosok perut aku. Kalau pelajar normal memenag mereka tak berani buat begitu. Memandangkan dia ni agak kurang sikit daripada segi IQ nya aku pun kadang rasa nak ketawa dengan gelagatnya.
Daripada sumber kawan-kawannya sekamponya, dia ni mempunyai keluarga yang bermasalah. Ayahnya pun kadang-kadang tak stabil maklumlah ada dua cawangan yang rasmi. Daripada gossip-gossip setempat yang tak rasmi ada yang mengatakan ayahnya ada 3 Cawangan. Kadang-kadang aku kesian tengok dia ni. Selalu juga pelajar-pelajar lain ambik kesempatan.
Nama glamournya BELACAN. Mula-mula aku heran jugak ngapa nama belacan. Kata kawan-kawan sekampongnya “cuba cikgu duduk kat dia”. Aku cuba duduk dekat dengan dia ni. Memang betul ada satu bau yang kurang menyenangkan. Memang bau belacan. Cuma aku nasihatkan pelajar lain supaya jangan la kutuk dia dengan nama tu. Kesian dia.
Ada sekali tu dia menangis teresak-resak macam budak kecil kat hujung tangga sekolah. Jenuh aku tanya dia tak jawab. Aku beritahu dia apabila sudah habis menangis jumpa aku. Sepuluh minit kemudian dia datang jumpa aku. Aku tanya sebab apa. Dia kata ada pelajar pukul dia dan pau duit dia.
Tidak lama selepas peristiwa dia dipukul,dia kena tangkap dengan guru disiplin pasal bawak rokok. Yang aku tak tahan jawapannya apabila guru disiplin tanya mengapa dia bawak rokok. “Syafiq mengapa kamu bawa rokok” Tanya guru disiplin. Dengan selamba dia menjawab “sebab nampak handsome cikgu”. Sekali dengar jawapan tu bunyi nya kelakar dan macam dia bersikap kurang ajar dengan guru disiplin. Namun sebenarnya jawapannya itu jawapan yang jujur sebab dia ni memang lurus orangnya. Apa yang dia fikir itulah jawapan yang keluar daripada mulutnya.
Dia bawa rokok pun bukan sebabnya macam pelajar lain yang memang ketagih rokok.Daripada pemerhatian aku dia memang nak kena tangkap dengan guru disiplin. Sebab Nampak daripada riak wajahnya betapa bangganya dia kena tangkap. Sebab kalau budak lain bawa rokok mereka akan sorok-sorok rokok tu. Yang dia ni siap tayang kat orang lain dan rasa seronok bila ada pelajar lain report dia bawak rokok.
Yang terkini disebabkan dia ni suka merayau dan agak sukar duduk di kelas bersama pelajar-pelajar lain maka dia telah ditempatkan di kelas OKU. Yang bestnya tu dia boleh mempengaruhi budak OKU hisap rokok.
Kalau dibiarkan habis budak-budak OKU lelaki dan perempuan menghisap rokok. Macam masyuk je dia dengan budak OKU ni. Maklumlah sebenarnya dia ni pelajar yang berada didunianya yang tersendiri. Elok sikit je daripada pelajar OKU tu. Tu yang boleh joint sekali.
Satu lagi sebab dia bawak rokok dan berbangga apabila di tangkap guru didiplin mungkin dia rasa kalau dia akan nampak hebat macam pelajar lain. Aku tak rasa yang dia ni ketagih rokok. Inilah sebahagian rencah sari dunia dan citra pelajar-pelajar lemah. Belacan....Belacan.....
Kahkahkah...
BalasPadamAnjang, cerita ko ni memang best. Bila aku baca, aku sendiri dapat rasakan anak murid aku pun seribu satu perangai...
'Belacan' tu mmg tak cemerlang, tapi pelajar jenis dialah yang akan tegur guru dulu, kalau berselisih..
Betul tu tuan, kadang-kadang apa yang dia bawak dan makan dia akan offer kat aku dulu. Jumpa lah di mana pun dai akan menegur kita dulu
BalasPadamItulah istimewanya pelajar yang camnie.. kdg2 pelajar yg pandai n cemerlang tuh belum tentu lagi ingat cikgu ;)
BalasPadamTeruskan usaha mendidik tanpa jemu ;)
Pengalaman saya aku yang tak seberapa ini mengesahkan apa yang iina kata. Pelajar pandai dia tak akan tegur kita, pelajar-pelajar lemah ni la yang akan menegur kita di mana sahaja mereka bertenbung dengan kita
BalasPadam