Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 3 Oktober 2009

Senyumlah Kuala Lumpur


Setiap orang pasti ada lagu-lagu tertentu yang meninggalkan kenangan manis atau pahit dalam hidup. Terutamnya lagu-lagu melankolik yang indah melodi dan amat puitis pula liriknya. Kerap kali mendengarnya menjadikan kita terbuai di awang-awangan sambil membayangkan si dia yang menjadi buah hati kita.

Ada yang mendengarnya sambil tersenyum dan ketawa seorang diri. Ada pula yang begitu sensisitf jiwanya sehingga menumpahkan air mata. Dan ada pula menjadikan dirinya lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu perkara apabila mendengar sesuatu lagu.

Bagi yang dah berumur ni, sesekali mendengar lagu tetentu yang banyak meninggalkan kenangan pasti membawa diri terimbau banyak kenangan lama terutamanya semasa berada dalam DAP (Di alam percintaan).

Aku pun tak terlepas daripada perangkap lagu-lagu berhantu ni. Semasa aku tengah frust menonggeng lagu teratai sangat meruntun jiwa. Dengar je lagu tu sayu-sesayunya hati ini. Maklum le orang yang kita suka dah beralih arah. Antara lirik yang amat pilu untuk di dengar ialah "Ku Tak menyangka wahai teratai ku sayang, Badai taufan datang menhembus dirimu. kaupun terkulai merunduklah layu tak bererti lagi". Masa tu aku betul-betul frust ngan first love.

Kadang-kadang ada juga orang yang menyukai sesuatu lagu kerana banyak kenangan manis antaranya dan buah hati di tempat tersebut. Namun ada sorang member aku ni yang aku tak faham dan agak pelik sikit kisah percintaannya dengan lagu keseukaannya yang langsung tak de kaitan.

Setiap kali karaoke dia mesti nyanyi lagu Senyumlah Kuala Lumpur. Sekali tu aku tanya "Sir (Nama ringkasnya) ngapa engko suka sangat lagu tu". Huh banyak kenangan aku dengan lagu ni. "Memang aku suka sangat lagu ni". Katanya lagi.

Dalam hati aku menyangka tentulah banyak peristiwa pahit dan manis semasa tengah bercinta ngan buah hatinya di Kuala Lumpur. Aku pun minta dia cerita sikit. Katanya peristiwa tu berlaku semasa dia belajar di Johor Bahru. Masa tu lah dia mula jatuh cinta dengan buah hatinya (Isterinya sekarang). Katanya kami selalu keluar makan, berjalan dan dating di Johor. Kadang-kadang sampai ke Singapore.

Aku tanya lagi apa kaitannya dengan Kuala Lumpur. Katanya tiada kaitan apa-apa. Pelik juga aku lagu kesukaannya Senyumlah Kuala Lumpur. Dia bercinta di Johor. Kemudian dia menambah lagi, "Apabila balik ke kampung aku di Kedah bas aku akan melalui Kuala Lumpur. Itu je sebabnya".Katanya lagi. Aku tanya lagi "Itu je sebabnya" Jawabnya "Itu je sebabnya, tak dak sebab lain"

Macam tak berapa kuat je kaitannya dan tak berapa masuk ball jointnya . Nasib baiklah tak de lagu tentang Rawang , Sg. buloh, Kedai Pau Yik Mun di Tg. Malim atau Hentian sebelah Ulu bernam atau Bukit Beruntung. Kalau tidak aku pun mungkin boleh suka lagu berkaitan tempat-tempat tersebut sebab apabila nak balik kampong aku akan melalui jalan-jalan tu. Tak paham den......... Basir, Basir......


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...