Semasa aku tengah kemaruk makan capati dulu semua tempat yang aku pergi dah aku tuliskan ceritanya dalam entry yang lepas. Entah macam mana kedai capati ni terlupa pulak aku nak tulis. Kedai ni terletak dalam pekan Sungkai.
Aku memang suka makan di sini. Kedudukan di dalam sebuah bangunan di sebelah pasar lama sungkai. Pasar lama sungkai dipenuhi kedai makan cina. Bangunan sebelah pasar lama sungkai pula majoriti yang berniaga peniaga melayu. Kedai capati ni Agak tersorok ke dalam sedikit. Macam-macam ada kat sini nasi kandar, mee goreng, mee rebus, tose dan favourite dish aku capati.
Satu masa dulu semasa orang tua aku mengusahakan perusahaan halal mee kuning, aku selalu menghantar mee kuning di gerai isteri arwah ustaz adam. Rasanya keluarga akulah yang mula mempelopori perniagaan mee kuning.Setiap hari aku menghantar mee ke sini.
Kedai ni di kendalikan oleh suku-sakat mee rebus kamal yang terkenal di sungkai pada satu ketika dulu. Kedai kamal masih ada lagi di sebelah kedai runcit ghandi. Namun mee rebusnya tak lah sesedap zaman dulu. Dulu kedai ghandi merupakan klinik nazrin. Sebelum tu klinik nazrin terletak berhampiran stesen bas mengundur. (Tapak kedai yang terbakar yang aku ceritakan dalam entry terdahulu). Satu-satunya klinik berbayar yang ada di Sungkai.
Aku tak tau sebab apa tiba-tiba Klinik Nazrin menutup operasinya di sini. Daripada sumber tak rasmi dia berpindah ke kampar dan membuka kliniknya di sana. Bagi aku klinik Nazrin ni bagus perkhidmatannya. Aku cukup rasi berubat di sini.
Berbalik kepada kedai capati tadi. Aku harap kedai ni terus bertahan dan mempertahankan kesedapan capati dan kuah dalnya yang mengancam. Bukan senang nak cari kedai yang ada menjual capati dan tose di pekan kecil Sungkai ni. Bro you punya capati memang class.....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan