Nuffnang

Pengikut

Ahad, 25 Oktober 2009

Ah Loke...... Di mana kan ku cari ganti

Cerita 18 Top 60

Pada penghujung 2007 aku ada menempah beberapa helai seluor di kedai favourite aku ni Kedai Tukang Jahit Lok Kee di Pekan Sungkai. Dari aku kecik sampai la ke besor kat sini la aku menempah seluor dan baju.Seluor sekolah, seluor raya dan seluor kerja. Pendek kata semua jenis seluor aku tempah disini. Nasib baik dia tak buat seluor dalam.


Kalau tidak mungkin aku akan tempah seluor dalam disini juga. Ayah aku yang memperkenalkan aku dengan kedai ni. Tukang jahit kedai ni, memang dah faham sangat dengan citarasa dan kehendak aku. Memang sheshuai aku disini shushah nak tukor kedai lain.

Aku cuba juga nak menukar selera dengan menempah di kedai lain. Namun buatannya tak sesedap kedai yang satu ni. Mungkin ini lah Chemistry Ralationship yang dah terjalin secara bawah sedar antara aku dan tukang jahit tu kot.


Berbalik kepada cerite yang mula-mula tadi. Selepas menempah Seluor tersebut pada penghujung 2007 entah macam mana aku terlupa nak mengambilnya. Hanya selepas setahun iaitu penghujung 2008 baru aku teringat aku ada menempah seluor dengan kedai ini. Aku pun tak pasti apa sebab aku lupa dan aku juga tak pasti macam mana aku boleh ingat semula aku ada menempah seluor di sini.

Apabila aku pergi semula ke kedai tu, ceng... ceng.... ceng..... (irama suspen filem melayu dulu-dulu) di meja memotong kain aku dapati bini dan anak dia yang jaga. Tak pernah berlaku keadaan seperti ini sebelum ini. Berapa banyak ini daaaa…. Apa sudah jadi ni.Aku pun bertanya kepada bininya“ taukeh mana, pigi minum ka?. Bini dia diam je langsung tak menjawab. Serius betui mukanya macam marah je. Datang bulan ke Bini taukeh ni. Kalau tengok pada raut mukanya di campur dengan balancing dan allignmet rasanya dah monopaus bini dia ni.


Aku Tanya lagi “Taukeh mana pigi”?. Sekali lagi dia diam. Kemudian dia bersuara “Apa hal Incik”. Aku pun menerangkan yang aku hendak mengambil seluor yang aku dah tempah dan terlupa mengambilnya pada penghujung tahun 2007. Aku kehairanan jugak mengapa bininya tak mau menjawab. Dia dah bercerai ke dengan lakinya dan kemudian lakinya merajuk serta lari daripada rumah.


Aku pun biasa juga sesekali lari dari rumah dan minum di kedai mamak sambil menenangkan diri selepas berlaku sedikit perselisihan paham dengan orang rumah. Lepas tu apabila dah cool aku mesti balik ke rumah. Ini mesti kes berat ni yang menyebabkan lakinya lari dari rumah dan tak mau balik-balik. “Lantak lah hal rumah tangga orang pedulu apa aku” kata hati aku. Aku pulak yang pecah kepala sibuk memikirkan hal orang lain. Nang butinang kui betikui betui le .Entah-entah Ah Loke dah ada bini baru. Tu yang bini lama nya marah. Habis madu sepah dibuang.


Selepas mengambil seluor tu tersebut aku sebenornya masih tak puas hati. Aku pergi ke kedai perabot di sebelahnya. Aku pun bertanya kepada taukeh kedai tersebut "Bos, itu sebelah punya tokeh mana pigi ha, sudah lari ka" Jawab taukeh perabot tu "Lu tak tau ka?" Dengan muka selamba taukeh perabot tu menjawab "Sulah lama mati woo?". Aku pun termenung. Baru tahun lepas aku bercakap dan bergurau senda dengan Ah Loke. Mungkin kah kematian Ah Loke Ah Loke disebab sedih kerana aku tak ambik-ambik seluor yang aku dah tempah?. Wallah hu alam..


Agaknya seluor aku ni lah sentuhan terakhir dan kecundang dia sebelum dia diterima bekerja di pejabat tanah. Tak baik aku bersangka buruk tadi. Namun sangkaan aku tetap 70% betul tentang dia melarikan diri. Maksudnya melarikan diri dari kesibukan dunia dan menuju ke alam baqa version Cina.. Entahlah…….. yang pastinya dia dah diterima sebagai warga pejabat tanah yang sah. .

Mungkin agaknya selepas sahaja dia menyiapkan seluar aku dia pun padam. Mungkin juga masa dia buat seluor aku, semasa itulah keluor perangai buang tebiatnya. Dan mungkin juga monolog hatinya “dapat ke aku buat seluor budak ni lagi tahun depan”.Atau pun…. tiba-tiba Ahmad Setengah (Nisfu) bersuara “Apalah yang kau merepek ni syaitannnnnnnn”……Aku pun menjawab “Ok .. ok ..jangan marah aku teruskan cerita aku ni Syaitannnnn tuaaaa….”


Yang merungsingkan aku kat mana aku nak tempah seluor selepas ni?. Adakah anak dan bini dia faham citarasa aku?. Ataupun adakah mutu buatannya sama macam taukeh tu?. Kalau dia orang Islam dah aku sedekahkan al-fatihah dan dia pun mesti banyak pahala sebab seluor buatan dia ni banyak juga pergi ke tempat-tempat yang baik seperti masjid,surau ceramah agama dan ke tempat yang @#$%^@#$%^ yang ni secret recipe aku. Hanya aku dan Allah Swt yang tau. Sorry le Ahmad Setengah aku takkan bagi tahu.

Hilanglah taukeh jahit kesayangan aku Si Ah Loke daripada alam fana ini. Semoga bertemu di alam yang lain. Jangan jumpa kat neraka udah le. Jahanam aku.
Kalau di alam lain tu Ah Loke bukak kedai jahit juga aku mesti akan tempah dekat dia. Tapi dekat syurga kena pakai jubah kut. Ak Loke buleh ke buat jubah? Hai Ah Loke Di mana kan ku cari ganti..... Serupa dengan mu....... Untuk Ah Loke yang jauh di mata tapi dekat di hati terimalah lagu ini dengan ucapan kenang daku dalam doamu dan selamat jalan romeo.



4 ulasan:

  1. Ah Loke tu, kehilangannya tentu tak susah dicari ganti, sebab sekarang ni banyak kedai jahit.

    Bro, cari jer seluor kat super market. Yang berjenama tapi murah pun ada.

    Yang mahal, lagilah ada.

    Tapi memang selesa pakai seluor tempah, sebab citarasa yang tak boleh dikongsi dengan pemilik seluor lain.


    Cari kedai lain, Yop!

    BalasPadam
  2. Yang patah kan tumbuh yang hilang kan berganti.
    Tapi susah nak cari macam Ah Loke ni

    BalasPadam
  3. aku rasa ah loke memang merajuk sbb abjang tak ambik2 selour dia...merajuk sampai makan hati..bawa mati....sian ah loke anjang oi...pegi cari jirat dia...peluk jirat dia minta mahap....hehehe

    BalasPadam
  4. he he he......jiratttttt....

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...