Hari ni aku beraya puasa enam. Alhamdulillah tercapai juga hajat nak berpuasa enam tahun ni. Sebaik mula bersekolah aku pun mula berpuasa. Kalau tangguh-tangguh jawabnya memang lebuh la puasa enam ni. Namun ada juga kesan sampinganya, hari ni sahaja ada 3 rumah terbuka aku miss, semalam miss 1 rumah terbuka dan hari khamis miss juga 1 rumah terbuka.
Esok ada empat rumah terbuka waktunya hampir sama, jaraknya pulak jauh-jauh. Yang mana aku nak pergi aku belum putuskan lagi. Tunggu lah malam ni mungkin dapat ilham. Menyambut raya puasa enam maka juadah yang aku amat teringin ialah lemang dan rendang ayam buatan sendiri, resepi ni lah yang sempat aku belajar daripada arwah emak aku dan aku gabungkan dengan resepi rendang ayam member baik aku Cikgu Zainol.
Resepi ni banyak menggunakan serai, daun kunyit dan bawang. Daripada segi rasanya pada aku ok, orang lain aku tak tau le. Lemang ni aku beli kat peniaga lemang tepi jalan berhampiran kampong bikam. Tiap-tiap tahun aku beli lemang kat sini, memang puas hati. 10 hari sebelum hari raya dan sepanjang syawal peniaga lemang ni dah beroperasi.
Pendek kata kalau teringinkan lemang disinilah tempat aku mendapatkannya. Tercapailah hajat nak makan lemang dengan rendang buatan sendiri. Biasanya kalau berhari raya bersama ayah aku memang aku akan masak rendang ni untuk hidangan tetamu yang berkunjung. Setakat ni komen mereka positif. (bukan masuk bakul angkat sendiri)
Memandangkan tahun ni aku beraya di kampong orang rumah, maka hasrat untuk membuat rendang aku postpone ke raya di puasa enam ni. Pueh benor rasenye. Berbaloi memang berbaloi-baloi. Hari ni je. Esok aku akan mula balik rejim diet aku. Puasa ni pun sebenarnya salah satu cara aku nak mendapatkan mood diet semakin hilang apabila datangnya ramadhan dan syawal. Maklum le macam-macam godaannya

Tiada ulasan:
Catat Ulasan