Nuffnang

Pengikut

Ahad, 4 Oktober 2009

Kedai kek dan pastry


Dulu-dulu susahnya mencari kedai kek dan pastri orang melayu (Islam). Kalau ada pun mutu buatannya tak sama dengan kek yang dibuat oleh bangsa Cina. Hari ini bercambah kedai kek orang melayu dan mutu buatannya sama dengan yang dibuat oleh bangsa asing satu ketika dulu.

Kalau dulu kek atau pastri yang di jual bangsa asing ni kita bedal semacam memandangkan tak de alternatif lain dan kurangnya ilmu tentang content sesuatu kek yang dihasilkan. Aku masih ingat lagi kek potong, kek cawan dan kek buah sedap je di makan tanpa memikirkan apakah content kek tersebut.

Hari ini dengan adanya kelas-kelas masakan komersial dan profesional menyebabkan orang kita pun dan boleh buat kek setanding dengan bangsa asing. Cuma satu perkara yang merungsingkan aku ialah bahan dalam kek yang digunakan. Adakah pengusaha kedai kek ini menggunakan bahan bersumberkan sumber yang halal atau menggunakan bahan yang sama digunakan oleh kedai kek bangsa asing.

Satu lagi yang merisaukan aku adakah pengusaha kek sedar bahawa sesetengah bahan yang diperakui halal sebenarnya mengandungi juga unsur yang haram. Antara bahan asas yang banyak digunakan dalam indusrtri kek dan pastri ialah wei powder. Namun ada juga orang yang berkata kepada aku jangan dikaji sehingga ke akar umbinya makan je. Kalau tidak semua benda tak boleh makan. Senangnya golongan ini menyelesaikan masalah

Sebenarnya apa yang aku buat ialah cuba membudayakan kita menggunakan bahan yang betul-betul halal. Dan sebagai peniaga muslim mereka mesti ada tanggungjawab untuk memastikan apa yang dimasukkan ke adalam perut orang islam itu betul-betul halal.

Kalau semua pihak ada kesedaran ini necaya kita akan terhindar daripada unsur makanan yang syubahah. Kalau semua bersikap lepas tangan, tak peduli, tidak memikir atau malas berfikir, mengambil sikap lantak la dan buat tak tau serta acuh tak acuh maka masa depan orang Islam akan hancur. Malahan akidah pun tergadai hanya melalui pemakanan yang haram.

Kerana salah satu cara musuh-musuh Islam melemahkan orang Islam ialah melalui pemakanannya. Nanti aku huraikan dalam entry akan datang sememangnya ada gerakan untuk melemahkan orang Islam melalui makanan yang mereka makan. Artikel ini dah lama aku simpan. Melebihi 20 tahun. Rupa-rupanya segala yang ditulis oleh artikel benar-benar berlaku sekarang.

Antara bahan yang meragukan digunakan dengan meluas dalam industri kek ialah Wei Powder. Wei powder adalah bahagian berair daripada susu yang di keluarkan selepas keju mengental. Dalam proses menghasilkan keju renet digunakan. Renet ini digunakan untuk menggumpalkan susu menjadi keju. Lebihan air keju itu lah yang diproses untuk digunakan semula dan di sebut sebagi wei powder.

Yang menjadi pertikaian kita ialah tentang renet. Renet yang digunakan selalunya diambil daripada perut anak lembu. Namun sumber anak lembu adalah terhad. Sebagai alternatfnya banyak syarikat antarabangsa yang menggunakan renet yang diperoleh daripada perut babi yang dicampur dengan renet anak lembu.

Apabila dilabelkan mereka menyatakan bahawa wei powder tersebut menggunakan renet daripada sumber yang halal. Selain industri kek wei powder digunakan dengan meluas dalam pembuatan biskut, susu rumusan bayi, majerin, minuman berkhasiat, coklat dan mashmallow.

Yang bestnya sedari dulu renet daripada sumber meragukan digunakan dalam produk berjenama terkenal yang telah kita gunakan zaman berzaman. Aku tak mau sebut produk apa sebab dulu pernah aku di marah kerana mewar-warkan perkara ini.

Satu je harapan aku agar pengusaha kek dan patri muslim gunakanlah wei powder yang diperolehi daripada sumber yang halal walaupun harganya agak sedikit tinggi. Itu baru satu bahan yang diragui digunakan di dalam industri kek dan pastri. Sebenarnya banyak lagi bahan lain yang meragukan digunakan dalam industri ini.

Antaranya gelatin, lelemak binatang, parti atau perisa vanilla,pewarna, antipengoksida, pemgelmulsi dan pemantap,perisa dan dough enhancer. Kesemua bahan ini banyak digunakan dalam industri kek dan pastri. Yang tak bestnya kebanyakan bahan ini datang dari sumber yang tidak jelas dan meragukan.

Sekali lagi saranan aku pengusaha kek dan pastri tolonglah pastikan semua bahan yang anda gunakan datang daripada sumber yang Halal. Buat lah sdikit kajian dan bertanya kepada pihak tertentu untuk memastikan kesashihan sesutu bahan yang digunakan. Jangan anda mengambil sikap sambil lewa . Unsur makanan yang halal menentukan kekuatan umah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...