Nuffnang

Pengikut

Khamis, 15 Oktober 2009

Washing machine


Dah lama sangat aku simpan cerita ni. Cerita ni menuntut daya intelektual yang tinggi utuk memikirkan moral of storynya. Hanya mereka yang mencapai makam tertinggi sahaja yang bisa memahami falsafah disebaliknya.

Kisah ni berlaku semasa zaman-zaman tinggal di asrama. Sebenarnya cerita tinggal di asrama ni banyak yang melucukan. Nantilah aku bongkar satu persatu. Tinggal di asrama tak sama dengan tinggal di rumah.

Segala-galanya kena dibuat sendiri. Kena pandai menguruskan masa. Kena pandai menguruskan perbelanjaan dan kena pandai menguruskan diri sendiri. Tak de siapa yang hendak menolong. Segala-galanya perlu dibuat sendiri.

Kalau tinggal di rumah kita memang tak ambil pusing tentang kain dan baju. Semuanya dibasuh oleh emak kita. Lepas pakai masuk bakul maka selesailah tugas kita. Kalau nak pakai baju ambil je dalam almari. Basuh, jemur dan lipat semuanya dilakukan oleh ibu tercinta.

Apabila tinggal di asrama kalau malas basuh baju jawabnya tak de baju la nak di pakai. Biasanya hari sabtu atau hari ahad adalah masanya pakaian di basuh. Rendam, basuh, berus dan jemur. Semuanya dilakukan sendiri.

Namun ada sorang member aku aku ni mempunyai teknik membasuh kain yang unik. Tak perlu susah-susah nak berus. Tak perlu susah-susah nak bersesak di tempat basuh kain. Kerja tersebut boleh dilakukan di atas katil dalam bilik sambil duduk di bawah kipas.

Antara peralatan yang perlu ada ialah baldi (Kalau boleh saiz yang besar), sabun dynamo dan satu kayu panjang. Mula-mula rendam baju semalaman dengan cecair dynamo.Kalau tak de boleh ciluk kawan punya.Kemudian keesokannya ambil kayu panjang pusing kayu di dalam baldi. Secara tak langsung pakaian yang ada dalam baldi pun akan berpusing. Lagi lama pusing lagi bersih baju tu (menurut kawan aku ni).

Selepas itu angkat, bilas dan jemur. Kalau nak jimat tenaga paggil je junior buat semua kerja tu. Selesai masalah. Aku cuba bertanya kepada kawan aku tentang rasional dia berbuat demikian. Katanya "Itu le kamu tak tau, inilah cara mesin basuh bekerja" "Pusing je sampai bersih". Dia menjawab dengan penuh konfiden.

Sekali fikir betul jugak teori tu. Pemikiran kawan aku agak jauh kehadapan sebab dia boleh mengaplikasikan cara mesin basuh, membasuh baju. Dengan sedikit pengubahsuaian kita juga mampu membasuh kain sama dengan cara mesin basuh membasuh kain.

Canggihkan idea kawan aku ni. Macam dialog Ahmad Nisfu dalam madu tiga "Tak sangka menantu bapak, otak bergeliga, otak penipu". Namun aku tak taulah sejauh mana keberkesanannya . Tak pernah la aku cuba cara tu sebab aku tak yakin baju boleh bersih dengan cara itu. Apa pun anda fikirlah sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...