Minggu ni memang tak de mood nak kerja. Pergi kerja pun pun badan je yang pergi. Fikiran masih terawang-rawang dengan pelbagai perkara. Mungkin disebabkan lama sangat bercuti raya, perasaan bebas, free dan tidak terikat dengan rutin kerja masih mencengkam jiwa.
Namun Core Bisnes tetap diteruskan tanpa ada Excuse terutamanya dalam melayan kerenah pelajar kelas hujung aku. Pelajar kelas hujung ni ada 2 jenis. Ada yang mengikut sahaja apa arahan yang kita diberikan dan ada juga yang agak nakal sedikit.
Ke dua-duanya perlu ditangani dengan bijak dan berhemah. Aku tetap percaya walaupun hari ini mereka kelihatan lemah terutamanya daripada sudut akademik, namun pada masa akan datang sudah aku pasti akan tertonjol kebolehan diri mereka yang sebenar malahan lebih hebat daripada pelajar kelas pandai.
Mengajar mereka di ibarat menarik rambut dalam tepung. Keho-keho kata orang Kelantan ataupun alon-alon kata orang Jawa. Semua aspek perlu di lihat dengan sedetail-detailnya. Umpamanya kalau mengajar mereka menulis bukannya mengajar macam pelajar biasa. Kalau pelajar biasa kita hanya bincang isi dan suruh mereka buat.
Pelajar lemah ni kita kena tunggu mereka menulis. Kena lihat perkataan demi perkataan. Huruf demi huruf. Sebab kebanyakannya mengeja pun masih tak cekap. Sambil mereka menulis mereka akan bertanya "Cikgu macam mana nak eja kambing" contohnya. Seterusnya pelajar barisan belakang pulak tanya "Cikgu macam mana nak eja banyak",.
Walaupun dah berulang kali dieja, selang beberapa minit dia akan tanya lagi soalan yang sama. Macam iklan petronas "Burung apa nak?" tanya bapanya. Dan anaknya menjawab "Murai". Kemudiann tanya lagi, dan tanya lagi. Inilah kerenah pelajar kelas hujung.
Melihat mereka mahu menulis pun dah rasa seronok. Mahu menulis belum tentu boleh menulis. Tetapi aku berpegang kepada suatu perkara boleh mesti didahului dengan mahu. Kalau tak da kemahuan memang tak boleh buat apa.
Umpamanya pelajar aku yang bernama Bah Roy, sedang khusyuk dia menulis tiba-tiba aku marah dia (sebenarnya aku bergurau), dia aku serius. Langsung dia tak mahu tulis. Dia tutup buku lepas dia tidur. Jenuh aku suruh dia tulis, dia buat tak tau je.
Macam ragam pelajar kelas hujung ni. Nanti aku ceritakan ragam pelajar kelas hujung yang agak nakal. Alang-alang tak tahan daulat memang boleh kena serangan jantung. Ramai cikgu yang surrender kelas ni. Setakat ni aku masih mampu bertahan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan