Nuffnang

Pengikut

Sabtu, 10 Oktober 2009

Terima kasih Bah Achong


Sedang aku menanda kertas jawapan pelajar tiba-tiba Bah Achong bersuara "Cikgu, cikgu". Aku tak menghairaukan sangat panggilannya itu. Tambahan pula Bah Achong ini natara pelajar yang nakal. Bah Achong tak puas hati lagi di pun bersuara lagi "Cikgu, cikgu". Aku agak terganggu dengan panggilan Bah Achong. Lalu aku mengarahkan Bah Achong duduk diam-diam.

Matlamat aku nak mengabiskan menanda kertas jawapan pelajar daripada kelas yang terakhir daripada enam kelas yang aku dah tanda. 3 kelas kertas peperiksaan subjek sejarah yang sudah aku bereskan. Sekarang aku sedang menanda untuk 3 kelas lagi bagi subjek Bahasa Melayu pulak.

Selalunya semasa aku sedang menanda kertas tersebut di dalam kelas, aku akan berikan latihan tertentu kepada pelajar bagi mengelakkan kelas bising dan pelajar berjalan tak tentu hala ke sana sini.

Nemun ada juga pelajar yang mampu menyiapkan latihan tersebut dalam jangka waktu yang singkat. Apalagi mereka pun akan berkumpul di meja aku sambil memerhatikan aku menanda kertas pepriksaan . Salah seorang pelajar tersebut ialah Bah Achong. Dia ni memang aktif, asyik berjalan ke sana ke mari.

Aku dah cakap sebelum ni kepada semua pelajar kalau nak tengok aku menanda boleh, tapi diam-diam. Tiba-tiba Bah Achong ni bersuara. Akhirnya aku suruh dia duduk diam-diam. Sepertimana biasa apabila kita menanda kertas pepriksaan, marking skim soalan objektif (A,B, C) memang ada di depan kita sebagai panduan penandaan.

Sebelum tu aku agak musykil dengan markah yang diperolehi oleh kelas terbaik yang aku ajar. Ratanya-ratanya mendapat markah yang rendah. Namun aku teruskan juga penandaan. Dalam hati aku mungkin soalan kali susah. Itu yang menyebabkan pelajar kelas pandai mendapat markah yang rendah.

Rupan-rupanya semasa aku menanda tadi bah Achong perhati je. Dan dia dapat menegesan kesalahan yang aku lakukan. Itu yang 2 ke 3 kali dia memanggil aku, dia nak bagi tau kesilapan tersebut. Namun aku tak layan pun panggilan dia.

Kali keempat dia datang lagi dekat aku dan terus bersuara "Cikgu saya rasa kertas peperiksaan yang Cikgu tanda tu Bahasa Melayu, tetapi jawapannya jawapan Sejarah". Aku dah mula ngelabah. Sebab 2 kelas yang sebelumnya aku dah tanda habis berdasarkan marking Skim yang ada ket depan aku.

Apabila aku semak ternyata betul cakap Bah Achong. Patut la kelas pandai tu semua pelajarnya dapat markah yang rendah. Mungkin aku terkeliru dan tersilap ambil markin skim sejarah. Sedangkan kertas jawapan yang aku tanda ialah kertas Bahasa Melayu. Mungkin juga kerana soalan sejarah dan soalan bahasa melayu jumlah soalannya sama iaitu 60 soalan. Oleh kerana kononnya aku pandai dan tak nak mempedulikan pelajar nakal maka aku terpaksa buat kerja 2 kali.

Apa pun ini membuktikan kebanyakan pelajar nakal ni sebenarnya bijak dan prihatin. Terima kasih Bah Achong kerana mengajar Cikgu sesuatu yang teramat berharmat "Dont Judge the book by its cover".

2 ulasan:

  1. marking objektif...tebuk ja anjang...ha ha ha..

    BalasPadam
  2. orang lain semua tebuk aku je masa check cara manual. Padan muka aku

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...