Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 2 Oktober 2009

10,9,8,7,6,5 dan 4




Tanpa anak-anak kecil raya sememangnya tak meriah. Keletah dan fe`el yang pelbagai inilah yang menjadi rencah suasana riang-ria aidilfitri. Suasana bising dan bingit merupakan sesuatu yang sinonim dengan hari raya.

Menangis, bergaduh dan kejar-mengejar sudah menjadi lumrah. Begini keletah anak-anak kecil yang tidak dibebani degan masalah cukai jalan, cukai pintu, masalah kenaikan harga barang , masalah Sammy Vellu yang tak reti-reti nak letak jawatan, dan masalah negara yang lain.

Kalau di Kg, Jelai dan Kg. Jambai suasana di atas lebih kurang sama je. Pagi, petang, malam dan siang diaorang ni tak de kerja lain main, main dan terus main. Bestkan macam tu, kalau yang tua ni main macam tu aku ingat semput. Ada pulak yang terpaksa dimasukkan ke Hospital.

Sedang aku duduk-duduk dengan anak-anak dan sepupu-sepupu kecil aku, aku dapati kebanyakan mereka ni hampir sebaya. Yang bestnya tu boleh di susun umurnya 10 tahun,9 tahun,8 tahun,7 tahun,6 tahun,5 tahun dan 4 tahun. Macam tangga da. Apalagi aku pun susun mereka ni satu baris aku snap gambar. Tak berapa best pulak susunan sebaris je. Aku pun susun mereka ni kat atas tangga pusaka opah aku. Nasib baik tak runtuh tangga tu, maklum le dah reput.

Gambar di atas adalah hasilnya. Ini lah geng-geng yang mewarisi sifat suka mandi di sungai. Pantang ada orang mandi kat sungai adalah yang mengikut. Memang Happening dan kadang-kadang kepala pulak jadi pening. Terutama anak lelaki aku nombor 2. Kejap-kejap hilang, kejap-kejap hilang. Sedor-sedor ada kat sungai. Memang feninglah.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...