Nuffnang

Pengikut

Jumaat, 14 Disember 2012

Langkawi Trip Day 3 :Underwater World

Perjalanan hari ketiga diteruskan..lokasi utama ialah Underwaterworld Langkawi.....Aku pernah ke sini 16 tahun dahulu semasa membuat kajian sejarah kg Ulu Melaka  Langkawi...Aku memang suka tempat ni sebab masa tu aquaria klcc tak de lagi....UndewaterWorld  ni lah tempar nak melihat haiwan laut yang pelik-pelik...memang best..aku amat tertarik dengan kuda laut dan penguin..rasenya kat sini je ada penguin..tempat lain tak de termasuklah Aquaria KLCC.
 
Satu lagi yang menarik di sini ialah kompleks bebas cukai kat sini yang menawarkan harga yang sedikit rendah daripada tempat lain terutamanya perfume dan cokelat. UnderwaterWorld ni terletak di pantai Cenang....Suasana dulu dengan sekarang sangat jauh berbeza...Kalau dahulu hanya ada beberapa bangunan di sepanjang pantai cenang termasuklah bangunan UnderwaterWorld..
 
Kini masyallah banyaknya deretan kedai, hotel,restoran,spa dan segala mak nenek benda ada kat sini...Seingat aku dulu pantai cenang ni agak kotor sedikit dan tak de orang yang mandi...tetapi kini pantai cenang menjadi destinasi utama bagi mereka yang nak mandi di pantai...Pada pandangan aku Pantai Tg. Rhu lebih best untuk mandi disebabkan airnya yang sangat bersih dan jernih..
 
Sebelum ke UnderwaterWorld aku singgah di Porto Malai untuk nengok kapal-kapal berlabuh...ternyata hampa satu kapal pun tak da...Namun pemandangan di Porto Malai cantik..Berbalik ke UnderwaterWorld tadi...koleksi yang paling menarik minat aku tetap juga penguin...kuda laut dan belut yang masuk celah-celah batu serta obor-obor yang berlatar belakangkan warna biru.....Lama jugek kami disini.....Selepas itu perjalanan diteruskan ke Beras terbakar...

Langkawi Trip Day 2 :Turunnnnnn

Memandangkan hari dah makin lanjut maka aku sekeluarga memutuskan untuk turun dari puncak Ma Chinchang....Perjalanan turua terpaksa melalui dua fasa. Fasa satu dari puncak ke puncak...aku memang cuak...semasa perjalanan pergi tadi pun terasa kecuakannya...Fasa kedua nak turun ke station bumi....Melalui station puncak pertama dan bergegar-gegar terus turun dengan kecuraman yang amat menyeramkan...
 
Apa lagi ada yang memekik..mengucap dan sebagainya.....dan tiba di pertengahan kecuraman terebut baru le rasa cool...Barulah kembali dapat menikmati pemandangan indah semuala dengan rasa aman dan tenang....Terasa laju pulak masa turun.  Melihat kereta kabel yang berselisih nak naik menyebabkan terasa pergerakan kereta kabel labih laju.
 
Apabila tiba di station bumi barulah rasa lega .....Alhamdulillah memanjat kesyukuran kepada tuhan yang telah menyelamatkan perjalanan pergi dan balik  gunung Ma Chinchang.....Memandangkan dah sehari suntuk di oriental Village aku mengambil keputusan untuk balik ke hotel....Badan pun dah terlampau letih...Anak-nak pula dah tak sabar nak mandi di kolam hotel.....
 
Aku mengambil jalan jauh untuk pulang ke hotel...melalui jalan di bulatan tg. rhu...ke kg kilim dan terus ke Pekan Kuah......Sampai dibilik memang letih yang teramat sangat... Tak sedar dah masa bila anal-anak bersiap pergi mandi di kolam hotel....Esok diteruskan perjalanan hari ketiga....

Rabu, 12 Disember 2012

Langkawi Trip Day 2 : Menuju Puncak


Antara menuju puncak genting dan menuju puncak  Ma Chinchang lebih callenging rasanya menuju puncak Ma Chinchang...andrenalin lebih mebuak-buak....Dengan kecerunan dan pandangan yang sayup ke atas dan sayup ke bawah membuatkan rasa yang bercampur baur...Namun daripada segi debaran antara naik dan turun lebih mendebarkan sewaktu turun dari puncak...
 
Semakin tinggi mendaki maka semakin luas pemandangan terbentang di depan dan juga di belakang.... Kehijauan hutan Geopark Ma Chinchang amat memukau pandangan mata....Kereta kabel terus meluncur laju meninggalkan station bumi menuju ke puncak...Semakin tinggi maka semakin cantik pandangannya....Kadang-kadang terfikir macam mana orang yang membinanya membawa bahan binaan daripada bawah hingga ke puncak.....
 
Debaran lebih terasa apabila melalui tiang-tiang yang menyambungkan kabel-kabel tersebut...Dengan sedikit gegaran menyebabkan rasa macam nak jatuh pun ada....Rupa-rupanya anak lelaki aku takut pada ketinggian..gayat....Aku pulak ada juga rasa macam tak nak naik pada mulanya...tetapi digagahkan juga sementelah dah sampai ke situ...nak pergi lagi entah bila.....Beranikan diri..kuatkan hati...lets go...lepaskan sahaja ...apa yang berlaku terima seadanya...Kalau tak buat macam tu...hati ni riso je....
 
Ma Chinchiang ini antara cetusan idea Che Det (Dr. Mahathir)...ternyata sentuhan magisnya menjadikan Cable Car Ma Chinchang salah satu tarikan utama ke Pulau Lagenda....Satu pelaburan yang sangat berbaloi-baloi apabila melihatkan tak henti-henti pengunjung yang menaiki Kereta Kabel...Jumlah pelancong asing juga agak ramai....Mungkin boleh buat Disneyland pulak di Langkawi....Tahniah Che Det apa nama.....
 

Langkawi Trip Day 2 : Oriental Village

 
Macam-macam ada kat Oriental Village....tak sempat aku nak explore semua..yang sempat aku pergi shopping zone, food & beverage zone dan membawa anak-anak bermain segway guided serta berkayuh dengan basikal tasik...Kalau nak diikutkan selain kereta kabel kawasan ni juga menyediakan lebih 50 aktiviti, kedai cenderamata, galeri, hotels, spa atau lebih tepat dengan taglinenya activiti, shopping dan gastronomic delight.
 
Segway Guided yang paling menarik minat aku..Ada dua version untuk kanak-kanak dan orang dewasa..kanak-kanak hanya di bawa di sekitar Oriental Village  dan bagi dewasa akan dibawa di kawasan denai di oriental Village. Kedua-duanya dipandu oleh jurupandu arah..Ratenya aku dah lupa.... Segway Guided seperti gambar  di atas...Tengok anak-anak aku naik menatang ni macam best le pulok.....
 
Terdapat juga sebuah restoran arab di sini....Laila Kebab House namanya...Sempat juga aku mentry kebabnya...memang sedap bro....Meaty and juicy....Aku seludup dalam beg bawak naik kereta kabel....Nak naik kereta kabel tak dibenarkan sebarang makanan dan minuman...Sambil menikmati pemandangan dari puncak Ma Chinchang sambil tu aku ngap kebab..Memang heaven bro.....
 
Sedang relaks di tepi tasik ternampak pulak da orang tengah main ular ...nak ambil gambar kena bayar RM10.00 . Ada ular kecil dan ada ular yang besar...Bab ini aku nengok dari jauh je le...Geli and geleman teman..........Anak aku yang lelaki ni pulak teringin nak bergambar ngan ular.....Dapat juga dia berposing ngan ular...aku cakap malam ni jagan tidor ngan aku...takut mimpi ular.... he he... takutnya aku.....
 
Kalau ke Langkawi kena peruntukan sehari disini baru puas menikmati pemandangan dan suasana Oriental Village..........
 
 

 

LANGKAWI TRIP DAY 2 : Cable Car Mat Chinchang

Pada hari pertama selepas maghrib aku terus melelapkan mata...memang tersangat letih selepas seharian banyak menggunakan kederat terutamanya memandu dalam jarak jauh dan juga keaddan jeti Kuala Perlis yang agak panas serta temph masa menunggu yang agak lama...Walaupun perut terasa lapar tetapi disebabkan mata dah tak boleh nak buka maka aku terus terlena....Keesokan paginya apabila bangun dari tidur perut dah mula berkeroncong....Aku dan anak lelaki aku bersiap awal untuk turun ke Cafe De Baron bagi menikmati sarapan pagi....Not Bad...just nice.......
 
Pagi tu juga aku menunngu van  Serena yang aku dah booking melalui seorang member...sambil anak-anak yang lain bersiap untuk ke Destinasi pertama dalam aturcara lawatan kami iaitu Cable Car Mat Chinchang.....Tanpa GPS dan dengan penuh condifentnya aku redah je jalan ke gunung Mat Chinchan berpandukan peta yang diambil daripada DeBaron....Redah punya redah memang sesat le...tapi akhirnya berjumpa jugek jalan yang benar....Akhirnya tiba juga aku ke tempat Cable Car Mat Chinchang yang terletak dalam kawasan Shopping zone Oriental Village..
 
Kat Oriental village pun dah best sebab pemandangan kedai-kedai macam kat luar negara...Pukul 11.00 baru aku dapat tiket cable car...tapi bukan terus naik...kena tunggu turn pukul 2.15 petang....kalau nak cepat naik cable car kena ambil tiket yangh berharga RM60.00....Kelebihannya beli terus naik...kalau tiket yang RM15.00 kena tunggu turn...Sambil menunggu tu kami sekeluarga merayau di kawasan sekitar Oriental Village....Memang cantik scenary kat sini...tambahan kawasannya berlatar belakangkan Gunung Mat Chinchang....Agaknya ini ni hikmah naik lambat Cable Car..dapat menikmati suasana Oriental Village sepuas-puasnya
 
Suasana dan aktiviti di Oriental Village telah dapat memadamkan rasa jemu kerana menunggu lama untuk naik Cable Car....Sedar-sedar jam dah menunjukkan pukul 2.00 petang ...kami pun bergegas ke station Cable Car.......Beratur seketika dan terus naik Cable Car...dan kami di bawa meluncur laju ke puncak Mat Chinchang......Nak naik  ok...Tapi nak turun tu yang seriau sikit...satu lagi apabila naik cable Car dari puncak ke puncak...tu yang memang seriau bro....Sambung lagi nanti ekkkkkk

Langkawi Trip Day 1 : DE BARON RESORT LANGKAWI

De Baron Resort Langkawi.....
 
Yang bestnya De Baron Resort ni ialah layanan kaunter yang cukup baik dan sabar....Walaupun berhadapan dengan pelbagai kerenah pelancong mereka tetap sabar dan tekun. Langsung tidak meninggikan suara...Semasa aku nak booking bilik melalui panggilan telefon..kakitangannya tak jemu-jemu melayan semua persoalan yang aku lontarkan.....Jarang aku jumpa hotel yang mempunyai khidmat kaunter sebaik De Baron Resort....Bukan seorang malahan hampir semua yang ada di kaunter berperwatakan sedemikian.....
 
Biliknya juga kondusif...Dengan kapasiti aku enam beranak memang selesalah...Cuma tak dapat bilik yang mengadap ke laut...tapi masih ok...sebab biliknya agak luas.....Di bahagian hotel yang mengadap ke laut ada kolam renang atau aku lebih suka menyebutnya kolam berendam.....ada dua saiz...satu saiz dewasa dan satu lagi saiz kanak-kanak...Cumanya kalau dah ramai yang berendam memang agak sesak sikit...masalah ini yang pihak hotel kena fikirkan memandangkan kawasan resort masih banyak kawasan yang luas dan tidak digunakan...
 
Kemudian...part ni aku paling suka.....di tepi pantai hotel ada disediakan kerusi rehat mengadap ke laut sambil melihat matahari terbenam.....Tempat rehat ni ada dua bahagian...Bahagian yang free dan bahgian yang dimiliki restoran baron....Bahagian restoran ni kalau duduk kena la minum-minum kat situ....Minum pun tak kisah sebab view tepi pantainya sangat cantik...ni yang aku rasa tak de pada lain-lain hotel.......Lepak disini sambil melihat sunset benar-benar terasa suasana melancong....Rasa macam Billionaire pulak...De Baron Resort memang best....
 
De Baron Resort ni milik bumiputera sepenuhnya...tu yang aku bangga...sebab gaya pengurusannya setanding dengan lain-lain hotel...Resort ini dimiliki oleh Hj. Manaf bekas engineer LADA....aku respect dia sebab tak jual tanah yag dia dapat...sebaliknya dibangunkan untuk menjana income yang lebih besar....... Tak rugi  menginap di sini...Peace Yo
 

Selasa, 11 Disember 2012

Langkawi Trip Day 1

 
Hampir 3.30 petang baru dapat naik Feri setelah berdiri selama sejam lebih menunggu feri....Ferinya agak beasr dan boleh memuatkan hampi 600 orang...dulu rasanya taklah sebesar ini ferinya.....Bab feri ni aku puji sebab banyak upgrade daripada dahulu...bangkunya cantik dah dah ada nombor...tak payah le berebut macam dulu...Dulu walaupun ada nombor tetapi orang tak duduk ikut nombor...kalau lambat jawabnya entah duduk di mana-mana le....
 
Setiba di jeti Langkawi hampir pukul 4.30 petang...Jeti Langkawi masih macam dulu jugak....tak de yang baru...cuma kedai-kedai dalam kompleks memang banyak berbanding dahulu...Disebabkan dah terlampau lapar aku dan keluarga mengambil keputusan untuk makan di restoran mamak....Harganya memang harga kapak..... Order nasi putih memang tak de... yang ada cuma nasi briani....Nasi putih bukannya tak de tapi saja dia bagi nasi briani untuk up harga...Begitu juga roti canai tak de...yang ada roti  telur...sekali lagi dia nak up harga...
 
Disebabkan perut dah lapar maka layan je la apa yang ada....Selesai makan aku terus ambil van (teksi) untuk ke Hotel penginapan yang dah aku tempah awal.... aku puji drebar van ni ...cukup amanah apabila mengenakan tambang yang sepatutnya iaitu RM 9.00 dari jeti ke Hotel Baron...berbanding drebar van pada hari aku nak balik yang mengenakan tambang RM 11.00 ringgit...Bukan soal harga tapi soal kejujuran...
 
Mulanya aku agak risau juga dengan Hotel Baron ni..memandangkan aku tak pernah dengar nama hotel ni....Tetapi apabila dah Check in ternyata pilihan aku untuk menginap di Hotel ni amat berbaloi-baloi...kenapa? nanti aku ceritakan dalam entry selepas ni.....

Langkawi Trip Day 1

 
Agak lama tak menulis di Blog ni....Masa terlampau padat dengan pelbagai aktiviti....Cuma malam ni rasa lapang sikit apabila urusan seri paduka baginda tinggal sikit lagi nak di habiskan....Entry kali ni nak citer tentang Trip aku ke Langkawi bersama keluarga..... Trip ni memang lama dah ku rancang....jadi sempatlah mengumpul modal untuk ke Pulau Lagenda Pulau Langkawi......
 
Dari rumah kami bertolak pada pukul 4.30 pagi........berhenti di beberapa tempat untuk solat subuh dan melelapkan mata yang tak tertahan-tahan ngantuknya.....Setelah melelapkan mata di perhentian R n R di Penang aku meneruskan perjalanan.... Kami tiba di Changloon pukul 12.30 tengah hari...Memandangkan bukit kayu hitam dah tak berapa jauh dari situ aku mengambil keputusan untuk terus ke sana...
 
Lama sangat dah aku tak ke Bukit Kayu Hitam...banyak juga perubahan yang berlaku....Tempat yang wajib dikunjungi sudah tentulah Kompleks bebas cukai....aku pun tak berapa pasti tentang harga barang-barang disini adakah murah berbanding tempat lain...yang pasti cokelat Daim dan beberapa cokelat lain memang murah kalau dibandingkan dengan harga di LCCT sepang...
 
Selepas mengunjungi kompleks bebas cukai bukit kayu hitam aku terus sahaja memcut ke Jeti Kuala Perlis... Sesampai di sana suasana amat sesak....ualat-ulat parking kereta berkeliaran...disebabkan tak de pilihan lain aku terpaksa juga menngunakan khidmat ulat untuk parking kereta.... RM 15 sehari  didarabkan dengan 5 hari terpaksalah bayar RM 75.00...Sedang aku berjalan dari tempat parking kereta ke Jeti ternampaklah papan tanda harga parking yang hanya RM 10.00 untuk parking berbumbung...dan lebih 3 hari ada diskaun lagi...apa nak buat aku dah terkena....
 
Suasana di Jeti amat tidak kondusif..Panas...Sesak dan Padat.....Rasa nak mampuih nunggu turn nak naik fery...Walaupun jeti sedang di renovate patutnya letakkan la kipas atau cooler suasana tak terlampau panas....Pengurusan jeti juga agak kelam kabut...rasanya sama je tahap penurusan semasa aku berkunjung ke Langkawi pada tahun 1996 dulu...tak berubah......Saranan aku upgrade lah pengurusan memandangkan Langkawi adalah destiansi popular pelancong dalam dan luar negara...
 
sambung di entry yang seterusnya

Isnin, 3 September 2012

Alamak beratnya....

Banyak produk menurunkan berat badan yang terdapat di pasaran.....Iklan di suratkhabar juga tidak kurang hebatnya apabila memaparkan testimoni mereka yang dahulunya gemuk telah menjadi kurus....Olah kerana aku juga tergolong dalam golongan 3G aku juga kerap dipromosikan produk penurunan berat badan. Bukan aku tak percaya dengan produk-produk tersebut..Tetapi masalahnya.........
 
Kebanyakan syarat sampingan produk yang ditawarkan masih lagi perlu mengawal pemakanan...tak boleh makan itu..makan ini....hanya makan makanan ikut kalori tertentu....ada yang menwarakan diet hanya makan benda-benda protein dan macam-macam lagi.....Pada aku la kalau kita boleh kontrol makan makan sudah pasti lah berat badan kita akan turun...Masalah utamanya ialah kerana kita tak boleh kontrol pemakanan...
 
Semasa mengambil produk pelansingan memang kita jaga pemakanan..sebab masa tu semangat masih berkobar-kobar semangat baru dan galakan daripada orang yang menjual produk sanagt kuat pada ketika itu....Namun menurut pengalaman aku sendiri semangat tersebut hanya bertahan selama beberapa minggu....Selepas itu kita kembali kepada tabiat asal dan berat badan yang turun sedikit akan naik berganda selepas itu...
 
Contohnya peserta-peserta Biggers loser ramai yang meingkat kembali berat selepas tempoh masa tertentu.....Sebenarnya tanpa produk pun kita boleh menurunkan berat badan asalkan ada 2 syarat utama... 1. Kontrol kalori pemakanan 2. Exercise dan satu lagi syarat tambahan ialah dapatkan nasihat dariapada mereka yang pernah gemuk dan kini telah kurus dan terus kekal kurus.....
 
Sebenarnya aku pernah jumpa mereka yang dahulunya sangat gemuk dan kini kurus....Rata-ratanya Nasihat mereka tak payah guna apa-apa produk...hanya kontrol makan dan exercise yang berterusan...bukan hangat-hangat tahi ayam.....Masalah utamanya ialah mereka yang menjadi penjual pun tak pernah gemuk..slim-slim semuanya...macam mana kita nak terima nasihat mereka...ibarat nak belajar repair kereta tetapi kita belajar daripada mereka yang buat keropok lekor...kan jauh sangat tu...
 
Ibarat kata mentor aku yang kini semakin drop berat badannnya ,,,Balajar dari mereka yang pakar..dalam kes menurunkan berat badan belajarlah dari mereka yang pernah gemuk dan akhirnya slim dan terus mengekalkan keslimannya....Renung-renungkan dan selamat beramal....

Selasa, 28 Ogos 2012

Nampak sampe ke dalam

Pagi-pagi lagi emak sedara aku yang sorang ni dah keluar rumah mencari rezeki bersama suaminya....maklum le anak-anak masih kecil..mulut-mulut kecil ini perlu disuapkan nasi... Kehidupan emak sedara aku ni tidaklah berapa senang...melihatkan rumahnya sahaja kita sudah dapat mengagak akan kesusahan hidupnya....rumah kayu usang yang berlubang di sana sini melatari bahagian dalam rumahnya.....ada bahagian yang cahaya matahari menembusi masuk melalui lubang-lubang yang entah bila terbentuk di dinding dan atapnya.....
 
Tetapi cerita tersebut adalah cerita 20 tahun dahulu...kini rumahnya dah cantik, selesa dan amat bersih.....Sikapnya masih sama macam dulu  periang dan jarang susah hati.....Setiap kali berjumpa dengannya ada sahaja cerita yang mencuit hati. Namun sesekali dia menitiskan air mata setiap kali bercerita tentang arwah emak aku....part ini yang aku tak boleh tahan.....Setiap kali melihat adik aku dia mesti akan berkata "Ya Allah ada ropa arwah diah (emak aku)"...bisik dia kepada aku sambil mengesat air matanya...
 
Kita tinggalkan yang touching-touching ni sebab ada cerita yang amat menggelikan hati aku yang diceritakan oleh emak sedara aku.....Kita balik ke 20 tahun dulu...Dia mempunyai empat anak lelaki dan seorang anak perempuan...biasa le bila ramai anak lelaki...sepak,terajang, bergumpal dan bergaduh adalah perkara biasa....Setiap kali keluar mencari rezki anak-anak ditinggalkan dalam keadaan masih tertidur dengan nyenyak...biasa le kanak-kanak....
 
Pada suatu hari Semasa pulang mencari rezeki dan semasa melalui kawasn rumah jiran tiba-tiba jiran memekik ke arah emak sedara aku...."Ya Allah timah apa he rumah kamu nampak sampe ke dalam".... Emak sedara aku agak tercengang dan mula berasa cua dan mula terfikirkan tentang anak-anaknya...Namun apabila dilihat ke arah rumahnya nyata kelihatan kelambu yang masih bergantungan...bante yang berterabur dan kedaan yang bersepah-sepah.....
 
Apabila di siasat ternyata inilah penangan anak lelaki yang empat orang...semasa dema bergumpe tak sedor ada yang tertendang dinding...lekang habih semua dinding....Maklum le dinding rumahnya pun agak uzur.....Nasib baik lekang dinding je...buatnya runtuh rumah tak haru ke.....he he.......
 

Khamis, 16 Ogos 2012

SELAMAT HARI RAYA

MAAF ZAHIR BATIN

DARIPADA ANJANG BLOG SEKELUARGA

Rabu, 15 Ogos 2012

Drive Thru Nasi Ganja Ipoh

Bayar saman pun dah ada drive thru sekarang ni....begitu juga bayar zakat drive thru telah mula diperkenalkan...lepas ni tentu banyak lagi konsep drive trhu berbentuk produk atau perkhidmatan yang akan diperkenalkan...Kaedah ini amat mudah dan menjimatkan masa....Namun ada juga konsep drive thru yang begitu diwar warkan namun apabila nak menggunakan konsep tersebut hampeh tak de..

Ini pengalaman aku di sebuah pejabat tanah yang ada menyediakan konsep pembayaran cukai tanah dan cukai pintu secara drive thru...tetapi apabila nak buat bayaran drive thrunya tak peronah bukak...beriya-riya aku masuk ke lorong drive trhu..sampe kat kaunternya tak de orang..Rasanya elok le dibuang sing board drive thru yang digantung....

Restoran makanan segera memang dah lama menggunakan konsep drive thru terutamanya di US dan Europe...Pengaruh ini juga di bawa ke negara kita oleh restoran makanan segera seperti Mc Donald dan KFC...Memang bagus perkhidmatan ini...Cepat dan menjimatkan masa walaupun beberapa kali makanan yang diorder tak dimasukkan dalam bungkusan...

Ada satu lagu Drive thru yang hanya muncul pada bulan puasa he he....Terletak disebuah restoran nasi kandar berhadapan dengan stesen bas tg. Rambutan (stesen bas lama-hanya otai ipoh yang tau lokasi setesen bas ni). Aku manggil  restoran ni sebagai restoran nasi ganja....Orang tua aku cukup makan di sini...Aku tak berapa tahan makan di sini sebab kuahnya terlampau pedas...Restoran ini restoran cina..maksud aku air minuman disediakan oleh cina manakala nasi kandarnya disediakan oleh mamak.

Berbalik kepada Drive thru tadi.....bagi pelanggan yang ingin  mendapatkan  nasi kandar semasa bulan puasa hanya perlu memberhentikan kereta di hadapan restoran tersebut dan tak perlu turun kereta ....kemudian berikan isyarat 1,2 atau berapa sahaja (merujuk jumlah bungkusan nasi kandar) dari dalam kereta  kepada mamak yang sedia menunggu di bahagian pembungkusan. Tak lama selepas itu akan ada seorang lagi mamak yang menghantar plastik warna hitam yang berisi bungkusan nasi ke kereta pelanggan ...Pelanggan hanya perlu membayar jumlah harga nasi tersebut dan boleh terus memandu kereta.

Konsep Drive thru kat restoran ni dah wujud sejak lama dahulu sebelum Mc Donald memperkenalkan konsep Drive thru di Malaysia....Caya lah restoran mamak ,.... lu memang superb bro....he he....

Selasa, 14 Ogos 2012

Gerak dan Asakan : Datuk Hasbullah Awang

Sukan Olimpik telah melabuhkan tirainya...aku tak dapat mengikuti sepenuhnya sukan olimpik memandangkan banyak keroje lain yang terpaksa diselesaikan....Apa pun aku tertarik dengan cara pengulas mengulas sukan tersebut...Ada yang nampak begitu mahir dalam sesuatu sukan yang diulasnya....namun ada jugek yang nampak tak berapa mahir dalam apa yag diulasnya...

Seperti biasa ulasan Datuk Hasbulah Awang begitu menangkap deria dengar memandangkan suara ini kerap kali menjadi pilihan untuk mengulas pelbagai jenis sukan di negara kita.... Namun ada 2 perkataan yang sering digunakan oleh Datuk Hasbullah Awang semasa menjadi pengacara sukan...Aku mula perasan perkatan tersebut kerap digunakan semasa beliau mengulas Le Tour De Langkawi beberapa tahun sudah sehinggalah edisi yang terbaru.

Perkataannya ialah ASAKAN dan GERAK.... antara contoh ayatnya ialah "Pasukan Malaysia mula melakukan gerak-gerak dan asakan......". Aku ingatkan perkataan tersebut cuma digunakan semasa mengulas sukan basikal...Rupanya semasa mengulas sukan marathon, lari trek dan beberapa acara lain perkataan ASAKAN dan GERAK juga digunakan...Setiap kali menyebut perkataan tersebut aku akan tersenyum.... Apa pun ulasan Datuk Hasbullah Awang ada jiwa dan ada rasa yang membuatkan penonton terus melakat di kaca TV.....

Jumaat, 10 Ogos 2012

1,2,3 lariiiiiiii

Sembahyang jemaah adalah rutin pelajar yang tinggal di asrama....terutamanya semasa menjadi junior rutin ini adalah rutin wajib yang perlu dilakukan di musolla...kalau tidak jawabnya kita akan di panggil oleh pelajar senior...Namun apabila dah jadi senior kadang-kadang sembahyang cuma di asrama sahaja...terutama waktu subuh..

Ada pelbagai gelagat pelajar yang mengerjakan sembahyang ini...ada yang datang cepat dan ada juga yang datang lewat.....kadang-kadang bagi yang lewat terpaksa berlari-lari nak mengejar jemaah terutamanya kalau imam sudah berada di rakaat terakhir....Bagi yang belum mengambil sembahyang terpaksalah mengambil air sembahyang dahulu...Jawabnya memang tak empat le nak mengejar imam yang berada di rakaat terakhir....

Namun ada satu peristiwa yang sangat best dilakukan oleh beberapa rakan yang memang agak nakal di asrama.....Kalau sekarang ni mereka di panggil pelajar HardCore....Kebiasaannya mereka ini selalu lewat ke Musolla...Bagi saya tu kira ok le sebab mereka masih ke Musolla...Cuma caranya yang agak mengconfusekan aku..Terutama apabila mereka nak mengejar Imam yang berada di rakaat terakhir mereka boleh membuat fatwa sendiri....

Tak perlu ambil air sembahyang...cukup dengan berlari laju tepat ke arah dinding musolla.  Tepuk ke dinding dengan dua tangan terus masuk saf...Seolah-olah macam Tayamum la...entah dari mana mereka memperolehi fatwa  ni aku pun tak tau...Tetapi gelagat mereka cukup menggelikan hati....Dengan larian yang amat laju... tepuk dinding dengan dua tangan terus masuk Saf...dan mereka bersembahyang dengan penuh yakin dengan apa yang mereka lakukan

Apabila ditanya mengapa mereka berbuat begitu ...maka jawapan mereka itulah antara kaedah Tayamum yang boleh digunakan apabila darurat...entah le aku pun tak faham dan agak confuse juga...Kalau tak de air dan sakit mungkin le boleh guna kaedah ini....


Selasa, 7 Ogos 2012

Kereta Kabel Gayatttttt you : Kenangan di sentosa Island

Memang seronok sesekali berkumpul bersama kawan-kawan lama yang pernah tinggal seasrama...Macam-macam citer lama keluor...Rasa nak pecah perut gelak....Memang banyak citer-citer lucu yang menggeletek usus kecil dan usus besor....Tak kurang juga yang mencuit urat kentut...

Kisah kenakalan zaman asrama memang seronok apabila diimbau semula...Tak sedar masa berlalu....Seorang demi seorang mengimbau kenangan yang semuanya mengeraskan perut...Setiap kali habis sesuatu citer pasti akan disambut dengan hilai tawa.....

Aku tertarik dengan kisah seorang sahabat ni....Kisahnya ketika pasukan bolasepak sekolah aku menjadi johan pertandingan boleasepak bawah 15 tahun Daerah...Seperti biasa setiap kali pasukan sekolah aku menjadi johan bolasepak imbuhannya ialah ke kota singa....

Antara tempat kunjungan wajib ialah Pulau Sentosa... Nak ke Pulau Sentosa ni kita kena naik kabel Car...Aku merasa jugek naik kereta kabel setelah pasukan sekolah aku juga menjadi johan daerah bawah 15 tahun daerah pada tahun berikutnya.... Kereta kabel ni memang tinggi dan kalau kita lihat ke bawah kapal-kapal yang ada di laut nampak kecil je.....Kalau tak tahan gayat memang tak leh naik kete kabel ni....

Seorang lagi sahabat aku ni memang agak kekampungan sikit....betul-betul malay tipikal...Semasa sedang naik kereta kabel ni dia sanggup bersila atas lantai kete kabel disebabkan gayat dan ketakutan yang amat sangat.....Sahabat-sahabat lain sebuk melihat panorama indah melalui tingkap kaca kereta kabel... Maka sudah pastilah mereka bersembang sesama sendiri kerana jarang melihat pemandangan dari tempat tinggi (Dari kereta kabel).  Member yang sorang ni sedari tadi duduk atas lantai kereta kabel terus diam membantu ketakutan yang amat sangat sambil mendengar sahabat-sahabat lain bercerita sesama sendiri...

Tiba-tiba dia memberi isyarat dengan muka yang serius kepada sahabat lain supaya diam....Sahabat lain terus bercakap...sekali lagi dia mengisyaratkan diammmm....Salah seorang sahabat lain bersuara...."Takkan bercakap pun tak boleh...tak kan bercakap pun kereta kabel boleh jatuh ke bawah " sambil disambut ketawa oleh sahabat-sahabat lain.  Dia terus memberi isyarat dengan beria-ria supaya diam.....  Ropa-ropanya dik kerana ketakutan dan gayat orang lain bercakap pun di suruhnya diam...Mungkin baginya suasana sunyi sepi itu lebih selamat...kalau bercakap-cakap tak selamat......Macam-macam....

Ahad, 22 Julai 2012

Trengganu Trip 1- Bukang kelah bawoh setarang

Baru-baru aku ke Trengganu menghadiri majlis perkahwinan anak bapa saudara aku yang tinggal di Dungun...Mulanya agak keberatan juga aku nak ke sana. Memandangkan condition kereta yang tak berapa ok... Namun memikirkan yang ayah aku terpaksa berkereta sendirian sekiranya aku tak pergi ke sana....maka tak sampe hati pulak rasanya...Dengan penuh tawakal dan doa maka aku kuatkan juga semangat untuk ke Trengganu...

Aku amat bersyukur kerana kereta aku ok dan tak meragam sepanjang perjalanan pergi dan perjalanan balik. Namun akhirnya kereta aku meragam juga semasa aku hendak pergi ke sekolah pada keesokan harinya setelah pulang dari Trengganu....Aku amat bersyukur kepada tuhan kerana kereta aku meragam di hadapan rumah...cuma anda bayangkan kalau kereta tersebut meragam sama ada dalam perjalanan pergi atau perjalanan pulang...Tak boleh nak bayangkan bro...?

Memandangkan dah lama aku tak ke Trengganu...terasa perjalanannya amat jauh...beberapa kali isi minyak namun masih tak sampai....berjanggut rasanya.....Setelah sampai di Dungun jam menunjukkan pukul 12.30 malam... perut terasa amat lapar... kami memang tak berhenti untuk makan memandangkan nak kejar masa.... Setelah makan di sebuah kedai yang bernama One Pattaya di pekan Dungun...kami dibawa bapa saudara pada pukul 2.30 pagi ke sebuah rumah tempat kami menginap sementara menunggu  keesokan harinya....

Keesokan harinya pagi-pagi aku dah keluar ke pekan Dungun untuk mencari keropok lekor dan Nasi Dagang...Pusing punya pusing akhirnya jumpa pasar besar Dungun...Jenuh cari keropok lekor .. tak de... yang ada hanyalah nasi dagang....memang sedap nasi dagangnya....Sedap pulak rasa ikan tongkolnya...Selalunya kalau makan nasi dagang aku jarang makan ikan tongkol...tetapi nasi dagang Dungun ni habis semuanya aku makan... he he....

Setelah itu aku dan seluruh ahli keluarga berjumlah enam kereta (entah dari mana datang kaum keluarga yang lain...bangkit pagi dah ada enam kereta) bergerak ke rumah majlis perkahwinan tersebut.... Kesedapan nasi Dagang masih terbayang diruang mata.... he he.... Setelah selesai menjamu selera masing-masing bersiap untuk ke destinasi seterusnya......Bersambung.....

Rabu, 27 Jun 2012

UMNO. PAS, DAP vs NGO memang panasssss

Topik-topik Sejarah Tingkatan 3 banyak menyentuh tentang pergolakan politik dalam negara satu ketika dulu. Yang menariknya kita akan bertemu banyak nama parti-parti politik yang kadang-kadang agak pelik-pelik namanya. Antaranya Pasok Momogun.

Apabila mengajar topik-topik tingkatan 3 bagi aku amat menyeronokkan memandangkan banyak perkara yang dibincangkan boleh dikaitkan dengan situasi politik pada masa kini. Maka banyaklah soalan yang cuba aku ajukan kepada pelajar-pelajar bagi menguji tahap pemahaman mereka.

Disamping soalan yang serius ada juga terselit soalan yang aku tanya sekadar suka-suka. Namun soalan ini kalau ditanya pada oarang dewasa mungkin boleh mencetus senitiviti. Tetapi apabila ditanya pada pelajar banyak reaksi yang menarik dapat dilihat dan jawapannya kadang-kadang diluar jangkaan dan kadang-kadang juga amat menggeletek usus kecil dan usus besar.

Antara soalan yang aku tanya "Siapa disini yang sokong UMNO?"...tak ramai yang mengangkat tangan. Aku bertanya lagi "Siapa di sini yang menyokong PAS?".. tak ramai juga yang mengangkat tangan...Aku meneruskan lagi soalan "Siapa disini yang menyokong DAP?"...langsung tak de yang agnkat tangan....Disebabkan bilangan yang agak kurang mengangkat tangan maka aku pun bertanya "Yang rame-rame  ni sokong apa?".

Ada yang menjawab "Kami budak sekolah lagi Cikgu" ada juga yang menjawab "Kami tak minat nak sokong mana-mana cikgu". Dalam keriuhan suara pelajaar yang lain tiba-tiba ada seorang pelajar yang agak pendiam karektornya menjawab "Kebanyakan kami menyokong NGO Cikgu"....Aku agak kagum dengan jawapan pelajar tersebut dan aku beranggapan agak matang juga jawapan tersebut  dan menunjukkan tahap keprihatinan mereka terhadap isu semasa memang tinggi memandangkan sekarang ini banyak NGO yang terdapat dalam negara kita.

Namun yang agak memusykilkan aku apabila pelajar tersebut menjawab "Kami sokong NGO Cikgu" ada sebilangan pelajar yang ketawa... Kemudian aku bertanya lagi "Betui ke kamu sokong NGO?"... Jawab pelajar tersebut "Betui Cikgu kami sokong NGO" sambil disambut deraian ketawa...Aku berasa hairan mengapa setiap kali pelajar tersebut menyebut NGO ada sebilang pelajar yang ketawa.

Pelajar tersebut terus menambah "NGO bagus cikgu dia buat hal sendiri je" sambil sekali lagi ada sebilangan pelajar yang ketawa . Aku terus je bertanya "Kamu sokong NGO apa?"....Apabila pelajar tersebut menjawab soalan yang aku ajukan....satu kelas ketawa dengan jawapannya termasuk le aku...berayor-rayor biji mata aku ketawa..... "Ala cikgu Noreh Getah Orang ...itu le NGOnya". Dalam hati aku Mat pet le tu - Ana sudah terkena lah... he he

Khamis, 21 Jun 2012

Nak Ayor Satu

Pada minggu lepas aku menghadiri Hari keluarga hari guru peringkat Daerah Batang Padang yang diadakan di Tasik YDP Slim River....Kehadiran cukup menggalakkan walaupun 1 sekolah diwajibkan menghantar 10 orang guru bersama keluarga masing-masing namun guru yang tak masuk dalam kuota 10 orang pun ramai yang hadir...

Pelbagai acara diadakan antaranya ialah kayuhan santai, pertandingan karaoke, pertandingan gubahan, pertandingan lipatan , lukisan kanak-kanak dan pertandingan memancing...Walaupun pada masa yang sama ada acara yang lebih besar di Kampus kedua UPSI iaitu perasmian kampus kedua UPSI oleh Sultan Azlan Shah namun acara di Tasik YDP tetap berjalan dengan meriah...

Pelbagai gerai dibuka seperti gerai minuman, produk kesihatan, barang mainan kanank-kanak, gerai menjual pakaian dan macam-macam lagi....

Namun ada satu peristiwa yang amat menggelikan hati aku semasa aku hendak membeli air minuman di sebuah gerai menjual pelbagai minuman....Semasa sedang mengorder air minuman tersebut tiba-tiba datang seorang lelaki yang berpakaian seperti pelumba basikal (mungkin peserta kayuhan santai) dan bermisai melintang (macam badan dan nyawa dalam cerita Nujum Pak Belalang)...Dia berdiri betul-betul di sebelah aku...

Sambil mencedok air yang aku order makcik tersebut bertanya kepada lelaki tersebut..."Encik nak apa?" (maksudnya mungkin nak Ayor apa)....Lelaki tersebuk tidak menjawab dan diam seribu bahasa...Mak cik tu bertanya lagi "Encik Nak apa?"...lelaki tersebut terus mendiamkan diri....sehinggalah makcik tersebut mengulang 4 ke 5 kali pertanyaan tersebut.......Akhirnya lelaki tersebut menjawab "Nak Ayor satu" dalam Nada sengau yang agak dalam juga idgham maal ghunnahnya....

Nak gelak disitu kesian pulak aku nengok mukanya... terpaksa le aku tahan gelak aku....Mungkin dia berharap agar selepas aku mendapat minuman yang aku pesan dan aku beredar baru dia nak pesan minumannya...Mungkin dia berasa malu disebabkan kesengaunnya.  Namun disebabkan pertanyaan yang bertalu-talu daripada makcik penjual air tersebut menyebabkan dia terpaksa jugek menjawab......"Nak Ayor satu".... Meriahnya Malaysiaku.....

Selasa, 19 Jun 2012

Perisa Rahsia Penyedap Rasa

Baru-baru ni aku berkunjung ke sebuah restoran mamak yang memang terkenal di seluruh Malaysia...Dengan promosi media..dan promosi mulut ke mulut menyebabkan restoran ini dikunjungi oleh ramai orang...Sampai nak makan pun terpaksa beratur panjang....hasrat ke sini memang telah lama tersemat dalam hati. Cuma baru-baru ni hajat tersebut sampai....

Aku amat teruja dengan lauknya yang amat menyelerakan...dengan pencahayaan yang baik menyebabkan seri lauk tersebut benar-benar menerbitkan selera...Tambahan pula perut tengah lapar..Semua yang ditengok nampak sedap...Sedang menanti giliran yang agak lama juga.... mata melilau ke segenap ruang kedai....Memang semuanya nampak simple....

Disebabkan restoran ini terlampau ramai orang yang mengunjunginya menyebabkan air yang diorder ada yang tidak menggunakan gelas tetapi menggunakan jug...Berjug-jug air yang dibancuh...ada air sirap....teh ais dan sebagainya....Namun yang tak bestnya apabila aku melihat mamak ni membancuh air sirap....Seperti biasa beberapa senduk gula dimasukkan ke dalam jug...kemudian sedikit air panas dimasukkan ke dalam jug untuk mencairkan gula....

Apabila gula sudah larut maka dimasukkan pula beberapa titis sirap....kemudiannnnn.....kemudiaannnn...inilah adegan yang tak sanguup aku lihat dan amat tak ku sangka...sebab Restoran ni restoran yang terkenal......Dengan  selamba mamak tersebut menambah air yang sudah dibancuh dengan air gula tadi dengan air paip menggunakan salur getah seperti salur getah di kebanyakan hotel yang digunakan untuk mandi atau membasuh n%^&* setiap kali lepas qada hajat...

Selepas itu dengan selamba ais ditambah dan dihantar kepada pelanggan....aku tengok pelanggan tu berselera je minum.....Alamak Bro Sirap air paip....Aku tak pasti untuk berkunjung lagi ke restoran ini selepas ini....Nama restoran ini biarlah aku rahsiakan... he he

Khamis, 14 Jun 2012

Strategi Power Restoran mamak....

Ada satu perkara yang menarik perhatian aku tentang restoran mamak apabila sebahagian besar pekerja-pekerjanya kerap menegur, mencuit, mengacah dan bertanya kepada anak-anak kecil yang dibawa oleh ibu bapa untuk makan di restoran mamak. Semasa anak-anak aku masih kecil kerap mereka diusik, ditegur, diacah dan dicuit oleh pekerja-pekerja kedai mamak...Bukan satu restoran malahan setiap restoran mamak yang aku kunjungi begitulah sikapnya...Mereka memang sukakan kanak-kanak.

Bukan setakat anak aku...anak pelanggan yang lain jugek akan diusik dan ditegur oleh mereka....Ada 2 andaian aku mengapa mereka begitu ramah dengan kanak-kanan...Pertama kebanyakan pekerja kedai mamak ni adalah mereka yang datang dari India....Mereka meninggalkan keluarga dan anak-anak demi mencari rezeki yang melimpah ruah di bumi tercinta Malaysia...

Sudah pasti sesekali terbit rasa rindu kepada anak-anak sendiri di kampung halaman...Untuk melepaskan kerinduan maka anak-anak pelanggan akan disapa dan diusik dengan mesra...Sesekali memikirkan perkara tersebut kesian jugek pada mereka ni...Mereka berada beribu batu jauhnya  dengan anak-anak sendiri di kampung halaman..bertahun-tahun di rantau orang apabila sesekali balik anakyang dulunya ditinggalkan kecil kini sudah besar...Langsung hilang saat-saat manis bersama anak-anak sendiri dalam usia kecil...

Andaian kedua mungkin majikan mereka menyuruh mereka untuk bersikap mesra dengan kanak-kanak sebagai salah satu strategi marketing...Kadang-kadang secara psikologinya apabila ada orang yang menegur mesra anak-anak kecil kita...kita akan berasa seronok..tambahan kalau ada yang memuji anak kita....kembang le mak bapaknya....yang dah kembang lagi kembang le macam kuih apam...Strategi ini sangat berkesan untuk menarik pelanggan datang semula ke restoran mereka walaupun tahap kesedapan makanan yang disediakan pada tahap biasa sahaja...

Aku teringat semasa aku masih kanak-kanak apabila setiap kali ayah atau ibu membawa aku makan di Di Restoran mamak di tepi stesen bas mengundur di pekan sungkai (Restoran Royal-dah tak de restoran ni) pasti taukeh restoran yang botak ditengah kepalanya akan menegur aku...mengusik atau mengacah....Masih terbayang lagi akan senyuman mesra taukeh tersebut..Kalau betullah andaian aku tentang itu adalah salah satu strategi perniagaan maka sebenarnya strategi tersebut sebenarnya masih terus digunakan sehingga kini dan  terbukti ia adalah strategi marketing yang sangat berjaya......Mungkin Dr. Azizan Osman boleh tambah strategi di atas sebagai salah satu strategi dalam Seminar Marketing Powernya... he he

Kuah Dal Dulu-dulu Superb & Heaven

Setiap kali makan roti canai aku pasti akan makan roti canai tersebut bersama kuah dal atau juga disebut kuah parpu...Jarang sangat aku makan roti canai dengan kuah kari....Namun seorang sahabat aku ni sedari dulu sejak aku kenal dengan dia...setiap kali makan roti canai mesti nak kuah kari ikan...Kalau tak de kuah kari ikan memang tak berapa berselera le dia makan.

Kuah Dal sebenarnya ada karektor yang tersendiri....Kadang-kadang hanya dengan melihat warna kuah dal aku dah boleh agak kuah dal tersebut sedap atau tak sedap....Semasa zaman kanak-kanak antara kedai yang menawarkan kuah dal yang sangat Marvellous ialah Restoran Royal yang terletak betul-betul disebelah stesen bas mengundur di pekan sungkai....

Setiap kali makan di restoran tersebut menu pilihan aku ialah roti canai dan kuah dal...Memang sedap bebenor kuah dalnya....Sampai sekarang masih terbayang akan keenakan kuah dalnya...Kalau aku tak makan disitu maka setiap kali sebelum naik bas untuk balik ke Felda Trolak pasti aku akan minta mamak tersebut bungkus roti canai dengan kuah taruh atas....apabila sampai rumah kuah dal tersebut akan menyerap masuk ke dalam roti canai...memang perrghhhh rasanya...

Kini agak sukar untuk mendapat rasa kuah dal yang sedap....Hanya ada 2 buah restoran setakat ini yang aku rasa kuah dalnya sedap sesedap kuah dal zaman kanak-kanak aku  iaitu sebuah restoran mamak di tengah pekan kuala kangsar dan restoran haji Tapah....Tapi di restoran haji Tapah rasa kuah dal tersebut tak maintain...kadang-kadang memang dapat rasa kuah dal zaman kanak-kanak aku...tapi kadang-kadang tak dapat...

Ada seorang seorang lagi yang aku rasa kuah dalnya mengingatkan aku kesedapan kuah dal Zaman kanak-kanak aku....iaitu kuah dal yang dibuat oleh emak kepada seorang rakan guru yang kiut orangnya (Hindustani he)...Kerap kali juga sekiranya ada yang mengorder capati daripadanya maka akan adalah kuah dal yang sedap tersebut...Betul-betul aku jatuh cinta dengan kuah dal tersebut...Memang rasanya macam rasa kuah dal zaman dulu-dulu...superb & heaven bro.....kalau lah aku dapat.....

Rabu, 13 Jun 2012

Mee Rebus Restoran Haji Tapah

Gambar diambil daripada Flickr kulop Ludin

Antara Mee rebus yang paling sedap yang aku pernah makan semasa zaman kanak-kanak ialah mee rebus Restoran Haji di Tapah..Rasanya memang Marvellous....Kalau ke restoran tersebut Mee rebus adalah menu pilihan aku selain roti canai kuah dal yang juga perrghhhhh rasanya...Kadang-kadang apabila aku tidak mengikut orang tua aku ke tapah aku akan memesan agar orang tua aku membeli mee rebus (dibungkus) untuk di bawa pulang...
 
 
Setiap kali kunjungan aku ke kedai tersebut memang ramai juga pelanggan yang memesaan mee rebus secara bungkus untuk dibawa pulang...Pendek kata mee rebusnya memang laris....dan boleh la aku katakan kedai tersbut maju kerana mee rebusnya yang sangat sedap...Namun semakin menginjak ke usia remaja dan dewasa kesedapan mee rebus di restoran tersebut semakin hilang apabila taukeh asalnya balik ke India...
 
 
Apa yang aku perhatikan mee rebus bukan lagi menjadi menu pilihan...Walaupun restoran tersebut kini diambil alih oleh anak-anaknya namun kesedapan mee rebus semasa zaman kanak-kanak aku telah hilang buat selama-lamanya...Kalau dulu setiap kali ayah aku membawa balik bungkusan Mee rebus dan setiap kali aku membuka bungkusan tersebut aroma mee yang direbus, limau yang dihiris dan kuah mee rebus terus menusuk lubang hidung...amat berselera sungguh aku makan mee rebus tersebut.
 
 
Pendek kata tak pernah rsa jemu...kini setiap kali aku mengunjungi restoran tersebut pasti kenangan lama terimbau dan masih terbayang ramainya orang yang makan dan memesan secara bungkus mee rebus di kedai tersebut..Kadang-kadang sehingga beratur panjang....Kini restoran Haji Tapah ada di Kula lumpur, Kedah dan Selangor yang diusahakan oleh anak-anak taukeh yang balik ke India tersebut....
 
 
Namun kesedapan mee rebus pada zaman kanak-kanak aku terus sirna di telan zaman....emmm sedapnya mee rebus resetoran haji Tapah

Teknologi Canggih Kedai Mamak

Canggih...canggih... dan canggih....aku amat terpegun dengan teknologi yang digunakan kedai mamak yang aku kunjungi baru-baru ini untuk mengambil order pelanggan. Mulanya aku ingatkan pekerja yang ambik order tu mengambil order sambil ber SMS. Memang tidak beretika langsung le kalau dia buat macam tu...Rupanya dia sedang mentouch skrin gadget yang digunakan untuk mengambil order pelanggan.

Semua menu dimasukkan dalam gadget tersebut...sebut je apa...Sebagai contoh minuman Favourite aku Apple Suam kurang manis....juga ada dimasukkan menu tersebut dalam gadget tersebut...Mulanya aku tak percaya ada ke menu macam yang aku sebutkan....Kemudian pelayan yang mengambil order menunjukkan kepada aku menu yang aku sebutkan dalam gadgetnya. Wow... memang hebat bro...

Gadget tersebut dionlinekan dengan bahagian minuman , makanan dan Cashier....Memang tak kan berlaku kesilapan order atau ada order yang tak sampe atau order yang bertindih...memang respect betul le aku dengan teknologi yang digunakan. Kalau semua kedai mamak kat Malaysia ni gunakan teknologi tersebut nescaya tiada lagi kesilapan dalam penghantaran makanan atau minuman yang diorder...Dan yang lebih penting tak de lagi masalah menipu harga makanan yang dilakukan oleh pekerja kedai mamak..

Selesai je makan terus ke kaunter untuk membuat bayaran....bayaran tepat dengan harga makanan yang dipaparkan..tak lari walau sesenpun.....Tak la macam sesetengah kedai mamak harga yang dipaparkan lain berbanding harga yang dikira....ataupun macam kedai mamak yang aku pernah makan jenuh bertanya dari satu meja ke satu meja membawa sepinggan mee goreng dan bertanya "sapa ada order mee goreng?"..  TAHNIAH KEPADA RESTORAN SUBAIDAH YANG MERISNTIS TEKNOLOGI INI...DAN MENGIKIS MENTALITI KEDAI MAMAK YANG TAK PERNAH BETUL KIRA HARGA MAKANAN ATAU MINUMAMN....

Selasa, 12 Jun 2012

SUBAIDAH PINK

Ada pelbagai cerita behind the scene tentang kedai mamak yang orang tak tau...Kunjungan aku ke Pulau-Pinang baru-baru memberi peluang kepada aku untuk makan dan minum disebuah kedai mamak yang famous di Pulau-Pinang...Sebelum ini aku hanya tengok restoran ni dalam filem anak mami. Memang dahsyat restoran ni...sistem odernya amat canggih (nanti aku ceritakan dalam entry yang akan datang)..

Mulanya aku tertanya-tanya tentang 2 perkara. Yang  pertama mengapa nama restoran ni agak unik iaitu SUBAIDAH....dan yang kedua  restoran ini menggunakan warna rasminya warna pink....Persoalan hanya terjawab semasa kunjungan kali kedua ke restoran ini di cawangan jalan Chain Ferry...

Setelah semua makanan sampai kami sekeluarga menikmati hidangan masing-masing dengan penuh berselera....Tiba-tiba datang supervisor bertanya kepada aku "Encik semua makanan sudah dapat ka?"... Aku pun menjawab "Sudah......."  "Boss mahu tanya sikit boleh ka...ini restoran ada berapa cawangan..." tanya aku kepada Supervisor tersebut "Dia menjawab dengan panjang lebar "Banyak ada Encik lebih kurang 40 puluh lebih....Melaka pun ada.."

Aku bertanya lagi "Ini Subaidah sapa ha?"...."Oh... ini dia punya amak punya nama...ini boss banyak bagus dia taruh dia  punya amak punya nama ini restoran...baru ada barkat sikit la Encik...Banyak cepat dia naik Encik" Jawabnya dengan bersungguh-sungguh...

"Sekarang dia sudah ada Hotel...Kedai emas....Dulu encik dia bikin roti canai saja...sikit-sikit naik terus jadi macam ini hari..." Supervisor tersebut menyambung....Lama juga aku memberhentikan suapan roti canai aku....terasa kagum yang amat sangat dalam hati ini....Bagaimana seorang pembuat roti canai boleh membina empayar perniagaan sebesar ini....Wow memang hebat.......Namun lupa pulak aku nak tanya tentang warna Pink tersebut...Mungkin warna Pink tu warna kegemaran emak taukeh kot.....

"

Besarnya ayam ni.......he he

Lama bercuti menyebabkan enjin lambat panas....mood nak mengajor masih tak de lagi....kelesuan, kengantukan dan dan pelbagai ke lagi menguasai diri....Namun demi tugas mendidik anak-anak didik yang lama ditinggalkan maka semua rasa itu perlu dibuang....Kalau ikutkan hati memang rasa nak cuti seminggu lagi.....

Budak-budak pun masih berada dalam mood cuti...Agak mencabar juga untuk menghidupkan mereka kembali normal menghadapi pelajaran seperti biasa....Ada kelas yang boleh pake gear lima ...namun ada kelas yang terpaksa keho-keho..bak kata ore kelate....

Namun dikelas hujung ada citer yang agak melucukan juga...Citer yang bisa menggelikan  usus besar dan usus kecil serta urat belikat mungkin juge urat kentut...he he.... "Cikgu Ayam Goreng Uncle Bob tu sedap le Cikgu"...seorang pelajar memulakan perbualan...."Betul Cikgu Uncle Bob punya ayam goreng memang sedap..tapi mahal sikit"...sampuk seorang lagi pelajar....Aku masih menjadi pendengar yang setia sambil mengangguk-ngangguk tanda bersetuju dengan kenyataan pelajar tersebut..

Sampuk sorang lagi pelajar dengan penuh condifentnya "tapi kalau nak murah ayam JUBO pun sedap cikgu..."....aik lain macam je bunyi ni.....ayam apa pulak ni...kata hati aku...."Betui Cikgu ayam kat JUBO tu memang sedap dan murah"...sampuk pelajar yang mula-mula sekali membuka isu ayam goreng tadi...."..ini tak boleh jadi kalau dibiorkan entah apa lagi perkatan yang keluor...

Aku pun menyampuk "Macam mana ejanya?"... Kebetulan seorang pelajar sedang memegang kotak pensil warna bersaiz besar...."Cikgu ejanya macam kat kotak colour warna ni... cer  Cikgu tengok"......Setelah aku membelek kotak warna tersebut fahamlah apa yang dimaksudkan oleh pelajar tersebut....rupanya perkataan JUMBO sudah di tukar sebut jadi JUBO....Mak datuk kesiannya anak murid aku...nasib baik le deme cerite dengan aku...buatnya cerita dengan Cikgu Kelantan...kan dah lain maksudnya...Tak pase-pase kena penyepak..... he he...alahai Ayam JUMBO.....

Jumaat, 1 Jun 2012

Cuba Teka.....

Baru sebentar tadi aku mengambil anak yang baru balik dari asrama...disebabkan tiketnya 7.15 malam maka aku jangkakan paling  lambat pun 8.15 malam tentu le sampe....Tetapi bas agak lewat....tungu punya tunggu aku rasa baik aku isi minyak dulu....Setelah aku isi minyak aku kembali ke perhentian bas Ekspress tersebut...malangnya tak sampe jugek anak aku lagi....

Sambil nunggu tu fikiran aku mengimbau kenangan semasa aku berulang ke asrama di Ipoh dulu...Aku juga naik bas yang sama (kini syarikat lain dah ambik syarikat tersebut) tetapi  ditempat yang tidak jauh daripada tempat anak aku akan turun...Teringat bagaimana menggendung beg besar setiap kali nak balik ke asrama dan setiap kali balik dari asrama...

Kalau tak de tiket bas Ekspress terpaksa le naik bas henti-henti atau dalam bahasa aku bas tinjat....Jenuh entah berapa kali salin bas baru le sampe ke Ipoh....Teringat satu peristiwa semasa aku naik bas dari Kampar ke Ipoh...Setelah sampe ke kampar aku naik bas yang nak pergi ke ipoh...disebabkan bas tu belum berjalan dan aku pulak terasa nak kencing...aku pun turun dari bas...Beg aku tinggalkan di atas bas...

Keluar dari toilet tengok-tengok bas dah tak de.....Punya ngelabahnya rasa....Beg aku ada atas bas tersebut...Tak sangka le pulak cepat bebenor bas tu berjalan...Namun aku bernasib baik sebab ada satu lagi bas yang sedang nak bertolak ke Ipoh...Aku jumpa drebar bas tu aku ceritakan masalahnya....punya le laju dia  pecut bas tersebut......Namun gagal jugek untuk mengejar bas tersebut...

Nak telefon zaman tu mana ada handphone....Satu perkara yang menyelamatkan aku sebab aku ingat no..bas tersebut....Setibanya di Ipoh aku cari bas tersebut...Akhirnya jumpa dan beg aku masih berada ditempat yang aku letak tadi...fuuuuuuhh lega......

Berbalik ceriter tadi.......Sedang ralit berangan bas yang  anak aku naik pun tiba....Anak no 3 dan no 2 yang aku bawa bersama cuba meneka giliran kakak mereka  turun dari bas..."Una rasa lepas ni kakak yang turun"...tengok-tengok orang lain yang turun...kami pun ketawa...lepas tu abang dia pulak yang teka "Abang rasa lepas ni kakak turun"..tiba-tiba orang lain yang turun kami pun ketawa...Lepas tu aku pulak teka "Ayah rasa lepas ni mesti kakak..tak percaya tengok le"...kata aku dengan bersungguh-sungguh...tengok tengok perempuan India tua yang turun  dengan terhuyung-hayang turun bas....Apa lagi jenuh le aku dan anak-anak ketawa....kwah...kwah...kwah...

Mamak oh mamak

Restoran mamak ni kalau tak buat silap bukan le  restoran mamak namanya...Minta benda lain yang sampe benda lain...Minta Maggi goreng tak pedas...dibuatnya yang pedas jugek...Jenuh nak menerangkan Maggi goreng tak mau pedas...Memandangkan anak aku yang bongsu memang tak makan pedas maka semua yang dia oder mesti tak pedas..Kalau sikit je pedas memang langsung tak makan..kesian pulak aku nengoknya...menung je orang lain makan dia tak makan...

Mamak ni biasa le orang cakap tak pedas di bantenya buat pedas jugek....Kadang-kadang aku terpaksa bercakap terus dengan tukang masaknya... kalau dengan yang ambik order jawabnya yang pedas juge le dihantornya.....Ropanya Kalau nak kabor yang tak pedas kena cakap Maggi Sup maksudnya Maggi ayam....Masalahnya bila sebut Maggi sup dibantenya Maggi kuah....

Jalan paling mudah aku pergi dekat tukang masak...pegang Maggi ayam kemudian cakap ngan dia "goreng and No Powder"...Kalau tak cakap macam ttu di masuknya juge sikit Perncah Maggi Kari...akibatnya akan pedas juge...Jenuh nak cerite...kome bayangkan kalau nak kabor Maggie goreng tak pedas tak mau sayur....Jenuh nak cerite....Kalau tukang masak atau pengambil order yang baru sampe dari India lagi teruk nak nerangkannya...

Itu belum kira lagi bab tersilap hantor order...lain mintak lain yang sampe.....Bab ngira karang lagi satu masalah...kira tak peronah betui....tulis harga kat dinding lain bila kira lain....Satu lagi yang aku rasa letih apabila deme nak ngantor order....jenuh nanya dari satu meja ke satu meja..."Ada Order Maggi goreng ayam ka?". Lepas satu meja ke satu meja dia bertanya...Masa ambik order bukan main tulisnya...bila ngantor meja mana pun tak tau....hendak je aku nyawabnya "Ada saya ada order Maggi Goreng...tapi minggu lepas la...tapi bukan ini kedai lain kedai punya...."

Tapi yang best Mamak ni cakap le macam mana dia tak ambik hati......

Dikir Barat suatu masa.....

Semasa zaman kanak-kanak hingga remaja aku cukup suka tengok rancangan dendang Rakyat yang disiarkan di TV1...Ia merupakan sebuah rancangan pertandingan seperti realiti show yang mencari bakat dalam kesenian tradisional seperti Boria dan Dikir Barat...Namun rancangan tersebut tidak diteruskan atas sebab yang aku sendiri tak tau....

Aku cukup ralit apabila melihat orang berdikir barat...seronok dengan kepetahan mereka melontarkan idea melalui pelbagai gaya dan lagu...Apabila menyebut tentang dikir barat sudah tentulah ia dikaitkan dengan Negeri Cik Siti Wan Kembang.....Kebanyakan juara dan naib juara pertandingan dimonopoli oleh pasukan yang datang dari Kelantan....

Namun ada satu tahun tu entah macam mana ada satu kumpulan dikir barat dari Melaka berentap di final...Aku cukup suka dengan kumpulan ini memandangkan hujah yang diutarakan mantap...Tetapi tewas juga akhirnya kumpulan ini kepada kumpulan dari Kelantan....Beberapa tahun kemudian....jeng jeng...jeng...

"Eh itu nasri ke....macam mana orang perak pulak berdikir barat" kata  Arwah Cik Wan pegawai seranta UKM kepada Tuan Haji Salleh pengarah HEP UKM...(Dua-duanya orang perak)...semasa aku and the Gang D`Gatotrs membuat persembahan di Kelab Golf UKM...Mana idaknya aku duduk depan sekali menjadi penepuk utama. Memang aku menjadi panduan kepada penepuk lain yang semuanya orang Kelantan...Semasa selesai perembahan bertubi-tubi Cik Wan memerli aku... he he..

Aku pun tak pasti bagaimana aku boleh berminat dengan seni Dikir Barat ini....Sempat juga berdikir barat dengan Arwah Cikgu Naim....pendikir Barat tersohor di Kelantan dan Cikgu Sulizi yang beberapa kali menjadi johan Dikir Barat Kebangsaan...Kadang member-member pun naik confuse macam mana aku boleh joint Group Kelantan...Bukan setakat joint boleh berdikir sekali..

Kadang-kadang apabila Tok Joro tak de aku ambik alih tempat Tok Joro.. Tukang karut je aku tak peronah buat memandangkan Qalaqalah dan Idgham maal Ghunnah dalam bahasa Kelantan aku akan mudah dikesan oleh orang Kelantan kalau ada kesilapan...Kadang-kadang rindu aku kepada Dikir Barat datang juga....Pernah aku nak menubuhkan kumpulan Dikir Barat di sekolah tetapi kekangan peralatan....

Namun semasa persembahan hari guru baru ni (aku tak sempat nak tengkok) murid-murid aku ada membuat persembahan Dikir Barat (tanpa sebarang bimbingan)...Menurut rakan guru yang lain teruk betul persembahannya...Dalam hati aku sedih juga memandangkan aku sendiri mahir dalam Dikir Barat...Tetapi aku tak dapat membantu memandangkan aku sendiri tak tau yang ada pelajar akan membuat persembahan Dikir Barat..Kalau tidak dah tentu aku bantu...

Ini yang menimbulkan semula keinginan aku untuk menubuhkan kumpulan Dikir Barat di sekolah....Insyallah aku akan cuba mencari sponsor untuk membeli peralatan Dikir Barat...Biar aku ajar kepada pelajar aku cara Dikir Barat yang sebenar....Terima kasih kepada Tok Guru Dikir Barat aku Aisan Fadli (Sekarang ni dah usahawan kat Bali)

Khamis, 31 Mei 2012

RINDU..........


Kerinduan terhadap sesuatu adalah lumrah dalam kehidupan sesorang manusia...Aku juga mempunyai pelbagai jenis rindu seperti rindu kepada suatu masa dahulu, rindu kepada tempat yang aku pernah pergi dahulu, rindu kepada seseorang,rindu kepada suasana tertentu....Pendek kata ada macam-macam jenis rindu...

Antara rindu yang masih belum tertunai ialah aku teringin nak minum di Mc Donald pada waktu pagi...Lokasi Mc Donald yang aku rindu ialah di Ampang Point dan The Mall KL. Suatu ketika dahulu dulu 2 tempat ini dalah tempat favourite setiap kali nak berjumpa dengan orang tertentu bagi membincangkan projek (Masa jadi Broker dulu)...Selalunya aku akan sampai pada waktu awal pagi...Kedai-kedai lain masih belum dibuka dan masih bertutup...

Sampai sekarang ni aku masih terbayang suasana yang bagi aku sangat syok...Belum dapat aku mengulanginya memandangkan sekarang ni kalau KL aku akan sampe pada waktu tengah hari...Tengah hari suasananya dah lain...Waktu awal pagi tu yang syoknya...orang masih tak ramai dan kedai-kedai masih tutup...

Rindu yang seterusnya aku amat rindu dengan Pulau Lagenda Pulai Langkawi kerana semasa zaman remaja aku sering dibawa oleh arwah ibu ke Pulau ini kerana ibu sering membeli pinggan mangkuk dan pelbagai barangan lain untuk dijual semula kepada orang kampung di tempat aku...Kadang-kadang arwah ibu membawa pekerja-pekerjanya makan angin di Langkawi..Maka kerap kalilah aku ke Pulau Lagenda ini.... Pada masa itu Langkawi masih dalam pembangunan...Di sana sini banyak projek-projek yang baru dibangunkan.

Selepas itu semasa aku di IPSI pada tahun 1996 kami Group KPLI Sejarah  telah membuat latihan sambil belajar selama seminggu di Pulau Langkawi...Seminggu kami berkampung di De Lima Resort di pantai Cenang...sekarang Resort ni dah tak de....Aku suka sangat kat Resort ni sebabnya kat resort ni ada Food Court....Nak makan senang...Antara menu yang menjadi kesukaan aku ialah Air Sirap....Disamping itu kat resort ni ada kolam mandi yang best...Yang best  dalam trip ni ada X-Girlfriend tepuk sebelah tangan... he he he

Seminggu Group KPLI Sejarah aku berkampung di Langkawi...Memang best...aku pulak dilantik sebagi driver Van... merata lah tempat yang aku pergi...Antara moment yang aku tak boleh lupakan ialah bertemu dengan seorang tukang urut di Kg. Melaka di Langkawi. Tukang urut ni seorang permpuan tua...Antara kehebatannya dia boleh cerita sejarah hidup seseorang...tepat pulak tu...Masa ni le pensyarah aku terkantoi...apabila tukang urut menyatakan yang pensayarah tersebut mempunyai 2 cawangan...Merah padam mukanya...memang betul pun...Tak berani aku nak suruh dia cerita tentang sejarah hidup aku...keluor yang bukan-bukan tak pase

Ada lagi ke Si tukang Urut tu ?....Rindu pada seseorang ini agak subjektif....Yang pasti aku memang rindu dengan arwah emak,arwah opak dan dan arwah datuk...3 insan yang amat istimewa bagi aku...nanti aku ceritakan dalam entry yang lain...Namun akhir-akhir ini aku amat rindukan pada seseorang yang aku anggap sebagai sahabat..Pada mata kasar aku... dia sesorang yang sangat istimewa...Aku suka  semuanya tentang dirinya.....Gayanya...pakaiannya....dan sikapnya....nanti le aku sambung citer dia ni pada masa yang sesuai.... ada kalanya Rindu juga  dengan kedai Tom Yam Kusuma di Bandar Baru Bangi....Ada lagi ke taukehnya Pak Ku...

1 MCC Cardif City

Esok Team bolasepak anak aku akan bertolak ke Pulau Pinang untuk menyertai satu lagi kejohanan bolasepak peringkat umur...Kali ini ramai ibu bapa yang akan mengiringi anak-anak mereka ke Pulau-Pinang. Dah jadi macam rombongan Cik Kiah le pulak...Kalau tak de  aral melintang mungkin dua bas akan bertolak ke Pulau-Pinang...

Minggu lepas Team bolasepak anak aku menyertai kejohanan peringkat umur di Negeri Sembilan.Alahamdulillah daripada 20 team..team anak aku mendapat tempat keempat....Sebelum ini mereka menyertai kejohanan bolasepak 1MCC Cardiff City di Sg. Buloh. Daripada 40 team mereka berjaya menjadi antara lapan pasukan terbaik..Kalah pun  dengan team ternama bertaraf kelab mewah yang mendapat pelbagai sponsor dan dilatih jurulatih ternama seperti Bakri Ibni dan bekas pemain Selangor Annuar Abu Bakar...

Kalau ada sponsor aku rasa team ni boleh pergi jauh...Mutu permainan sebenarnya tidak berapa jauh dengan team-team ternama seperti Bintang Biru, CIMB,PKNS dan Selangor Red Giants....Team ni bolehlah dikatakan team FELDA Sepenuhnya. Berpengkalan di FELDA...Dilatih anak tempatan FELDA dan kebanyakan pemainnya adalah generasi ketiga FELDA. Setelah setahun lebih team ni diasuh kini mula menampakkan hasilnya....

Kalau Sebelum ini Felda Trolak Utara menjadi kilang  melahirkan jaguh hoki peringkat kebangsaan seperti Roslan Jamaludin,Shukri mutalib dan ramai lagi maka tak mustahil kali ini akan dapat melahirkan pula pemain bolasepak peringkat kebangsaan dan mungkin juga dunia yang bakal mengikuti jejak Nazmi yang bermain di Portugal...Doakan kejayaan anak-anak cilik ini...

Rabu, 30 Mei 2012

Cikgu-cikgu Jangan Baca...

Ada 4 buah filem yang aku amat suka menontonnya walaupun berulang kali ditayangkan di TV. Setiap kali ditayangkan dan kebetulan pada waktu tersebut aku menonton TV maka  aku  akan menontonnya sehingga akhir...4 buah filem ini sangat memberi inspirasi kepada aku yang berkecimpung dalam dunia pendidikan.... Kalau aku jadi menteri pelajaran memang aku wajibkan Cikgu-Cikgu seluruh Malaysia menonton filem ni secara mandatori.

Bagi aku 4 filem ni   sarat dengan persoalan, pengajaran dan nilai yang mampu mengubah pandangan tradisi kita terhadap kerjaya perguruan...Terus terang aku katakan kerjaya perguruan hari ini sakit...walaupun belum sampai pada tahap tenat...Mengajak guru-guru berubah kepada satu paradigma baru bukannya mudah...Ada yang PnP nya lesu, kaku dan tidak berubah-rubah...

Masih berada di confort Zone....Syndrom menyalahkan murid bodoh...tak boleh buat apa dah...macam-macam cara dah guna hanya satu bentuk escapisme..atau bentuk-bentuk pertahanan diri atau hanya suatu uasaha membina benteng bagi mempertahankan kelemahan diri...Usaha untuk meningkatkan diri dan mencari ilmu baru hanya terhad dalam lingkungan guru seperti LADAP dan kursus anjuran kementerian...Usaha ini mungkin hanya membantu daripada segi content....tetapi tidak PnP...kerana apa kerana sikap....(Nanti aku huraikan dalam bab lain...)

Dunia pendidikan hari ini menuntut kepada cara penyampaian yang berkesan dan menarik...barulah akan membangkitkan keinginan pelajar untuk belajar....tidak salah guna cara Chalk and talk kalau ianya berkesan berbanding menggunakan teknologi canggih yang belum tentu berkesan...bukan maksud menidakkan teknologi canggih seperti penggunaan komputer...

Tetapi berdasarkan pemerhatian ada guru yang mampu menggunakan teknologi canggih dengan sangat berkesan...Tahniag Cikgu...Namun ramai yang hanya menjadikan teknologi canggih satu bentuk meringankan beban ketika mengajar ataupun lebih tepat ESCAPISME...

Sebagai contoh selalunya cikgu akan menggunakan perisian power point...apa yang berlaku Power point akan disumbat dengan semua fakta..huraian dan contoh...penuh power point dengan tulisan...Cikgu cuma membaca apa yang tertulis di power point dan lebih teruk lagi setiap kali kelas pelajar akan disuruh menyalin dari power point....Hilang terus fungsi power point yang sepatutnya hanya point-point ditulis kemudian Cikgu menerangkannya.....

Apabila setipa kali mengajar cara yang sama digunakan  pelajar akan bosan, hilang minat belajar dan mula menimbulkan masalah...Kalau aku jadi pelajar pun aku akan bosan dan mula ingin memberontak...Akhirnya Cikgu akan kata macam-macam cara dah digunakan tetapi pelajar tetap macam tu jugek....sebenarnya dia baru guna 2- 3 cara atau pun hanya itulah satu cara digunakan...Sekali lagi ESCAPISME....

Minta maaf apa yang ditulis ini memang pahit...ramai yang akan menentang...ramai yang akan kata macam le dia bagus sangat....Tetapi berfikirlah guna
Minda dan nilailah guna hati yang  terdalam adakah usaha kita selama ini telah mencapai pada tahap maksimum dan adakah kita telah berusaha sehabis daya atau menggunakan bermacam-macam cara sebelum kita terus-terusan menyalahkan pelajar tak boleh...pelajar lemah...murid-murid kami memang bodoh....

Memang tidak dapat dinafikan ada pelajar yang memang lemah dan lembam...tidak tahu membaca dan menulis...Tetapi peratusnya amat kecil...rata-ratnya masih boleh membaca dan menulis dan kalau kena gayanya mereka ini boleh berjaya pada tahap kemampuan mereka...Nak meletakkan pelajar ini untuk mendapat A seperti pelajar di kelas pandai memanglah sukar..

Namun tugas kita sebagai guru terus meningkatkan diri dengan pelbagai ilmu dengan banyakkan membaca buku-buku peningkatan diri, hadiri program peningkatan diri berbayar yang banyak di pasaran...Jangan kedekut duit....Yang baik itu mahal harganya...Bertanya dengan guru yang terbukti baik PnP nya....Dan sentiasa Husnuzzan atau  bersikap positif...

Insyallah kita akan dapat idea-idea baru...cara-cara PnP yang baru...Kalau kita mahu berfikir tuhan akan membuka jalan..dibisikkannya ilham-ilham canggih...Kalau kita asyik merungut, menyalahkan orang dan tidak mahu berubah serta berusaha tuhan pun tidak akan membantu...Kerana mereka ini termasuk dalam golongan yang tidak Bersyukur....

Orang yang tidak bersyukur tidak akan ditunjukkan jalan keluar bagi sesuatu masalah kerana mindanya berhenti untuk berfikir setelah memberi pelbagai alasan...menyalahkan orang dan berfikiran negatif...dan yang lebih teruk dia berasa lega kerana sudah mempunyai alasan...Sebenarnya setiap kali keluar kelas hati kita boleh rasa sama ada PnP kita berkesan atau tidak...kita bersedia atau tidak.. hati tidak boleh menipu atau ditipu....Kalau ok PnP kita kita akan berasa sangat puas.....

4 Filem yang sangat mengujakan aku ialah Black lakonan Amitabh Bachan, 3 Idiot lakonan Amir khan, Tera Zamin Par lakonan Amir khan dan Laskar Pelangi...Tengoklah Cikgu Filem ni ...Wlaupun ianya sekadar filem tetapi sarat dengan idea, pandangan baru yang akan membuka luas horizon minda kita ke arah satu anjakan paradigma yang baru......Takbir ....Allah hu Akbar.....

Selasa, 29 Mei 2012

ePILOG Cinta Untuk SiTi

Kerinduan dan rasa cinta aku membuak setiap kali berjauhan dengan mu SiTi. Tak tertahan rasanya menanggung rindu yang teramat mendalam setiap kali berjauhan denganmu. Aku selalu membayangkan saat-saat indah kita bersama.

Betiap indah dan intimnya hubungan kita. Tidak pernah sesekali aku menyesali hubungan yang terjalin sejak mula aku mengenalimu. Engkau sentiasa ku usap, ku belai saban hari di pertemuan kita. Kau juga sentiasa setia di sisi menemani malam-malam indah. Besamamu amat cepat rasanya masa berlalu.

Aku cukup berasa teruja di saat aku berada di atasmu dan engkau berada di bawah ku. Sungguh indah kan saat itu SiTi. Mana mungkin aku menduakanmu. Hari-hari yang indah terus berlalu. Namun rasa cinta dan sayang tidak pernah pudar.

Walaupun usia mu semakin menuju senja , aku masih cintakanmu. Aku masih memerlukanmu. Aku tak boleh hidup tanpa kehadiranmu menemani malam-malam indah yang kita lalui bersama.

Telah banyak sejarah hidup yang kita lalui bersama. Engkau menjadi saksi kisah suka,duka, onak dan ranjau yang kita lalui bersama. Kadang-kadang air mata tertumpah di dadamu. Namun engkau tetap tabah menerima ku seadanya.

Engkau tidak betah membantah memenuhi kehendakku. Engkau hanya berdiam setiap kali aku berkasar denganmu. Ketabahan itu yang menjadikan rasa sayang yang lebih mendalam. Biarlah aku hidup bersamamu untuk seribu tahun lagi. Aku sangat sayangkan mu SiTi.......

* SiTi dalam entry di atas ialah Si Tilam kesayanganku.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...