Nuffnang

Pengikut

Khamis, 11 November 2010

Bobohizan vs maglamilami

Hari ini aku rasa benar-benar sihat setelah bangkit dari demam yang amat menyakitkan seluruh badan. Namun sedikit-sedikit kelesuan akibat demam masih juga terasa. Tak sedar rasanya sesi persekolahan sudah tiba ke penghujungnya. Seperti biasa kerja-kerja akhir tahun semakin banyak. Terasa seperti tidak habis-habisnya kerja yang dilakukan. Namun kelas tetap berjalan seperti biasa.

Seperti yang telah dipersetujui oleh panitia sejarah kami guru-guru sejarah telah sebulat suara mengajar sekurang-kurangnya hingga bab 2 bagi tajuk-tajuk sejarah yang akan di ajar pada tahun hadapan. Sebagai contoh pada tahun ini aku mengajar tingkatan 1. Maka untuk kelas yang sama aku akan cuba menghabiskan silibus tingkatan duanya sebelum cuti ini hingga bab dua.

Topik di tingkatan 2 pula agak lebih mendalam daripada tingkatan 1. Untuk mengajar kelas hujung aku terpaksa menggunakan kaedah yang mudah dan mesra dengan mereka. Kalau tidak pelajar letih belajar guru pula letih mengajar. Masuk angin keluar asap.

Tajuk sejarah tingkatan 2 dimulakan dengan bab 1 tentang bagaimana jatuhnya Pulau Pinang ke tangan SHTI (Syarikat Hindia Timur Inggeris) daripada kerajaan Kedah. Banyak sebutan dalam Bahasa Inggeris yang menyebabkan tergeliat lidah pelajar kelas hujung aku untuk menyebutnya. Ada yang seperti mengeluh "Alamak cikgu banyak nya perkataan dalam Bahasa Inggeris".

Apabila masuk bab menyebutnya macam-macam bunyi yang keluar. Antara perkataannya Union Jack, Province wellesly dan Georgetown. Sebenarnya bagi aku lagi pelik mereka mendengarnya aku lagi suka sebab lebih mudah mereka ingat. Umpamanya dalam tajuk tingkatan satu Bab terakhir bab 11 tentang negeri Sabah, banyak perkataan pelik yang mampu diingat oleh anak murid kelas hujung aku.

Antaranya Bobohizan (Bomoh) Maglamilami (kenduri kahwin) dan Magavau (memuja semangat padi serta Tuai rumah. Markonah antara pelajar yang paling lemah pun boleh ingat. Perkataan pelik seperti ini dapat menjadi Sauh (Anchor (Dalam teknik NLP) ) yang boleh menyebabkan mereka ingat fakta-fakta lain dengan hanya mengingati perkataan-perkataan yang menjadi Anchor dalam diri mereka.

Aku nak berbalik tentang cerita Pulau Pinang jatuh ke tangan Inggeris. Agak sukar rupanya untuk mereka menyebut perkataan Francis Light. Setelah diulang,diulang dan diulang ada la sedikit perubahan. Apabila tiba giliran menyebut seorang demi seorang maka macam-macamlah bunyi yang keluar dan yang paling aku tak tahan apabila ada seorang pelajar dengan senyum-senyum dan berbangga menyebut TRAFFIC LIGHT. Eh lain macam pulak bunyi nya. Aku minta pelajar ni sebut sekali lagi mungkin aku tersilap dengar. Kali ni dia sebut dengan lebih kuat TRAFFIC LIGHT.

Sah memang Traffic Light... He he control control jangan ketawa....tapi akhirnya ketawa juga... Perkataan kedua yang disebutnya pun best juga iaitu Breeze of Wales....apabila aku menyuruhnya mengulang tetap perkataan Breeze of Wales yang keluar. Sepatutnya Prince Of Wales... Ok la tu ada irap-irap bunyi nya kira ok la tu....Best jugek kalau aku dapat mengajar kelas ni lagi. Ada bermacam-macam sari warna dan karektor yang menyebabkan aku tak jemu mengajar kelas ni...

Jumaat, 5 November 2010

Restoran Bakau D Muara : Lumut

Di sini le tempat aku sekeluarga bersantap semalam. Dekoration, view dan condition tempat ni memang superb. Deko dindingnya amat unik seolah-olah seperti melihat ira kayu asli yang dilekat di dinding. Sehingga terkesima sekejap melihat dekorasinya yang cantik. Makanan pula memang fresh. Rasanya Holiyau double thumbs up. Harga berpatutan on level above berbanding Restoran Tom Yam biasa. Kome tengok le gambor di bawah ni.
Nasi Goreng USA (Menu rutin anak lelaki aku)
Jenahak 3 rasa (Jenahak segar dari laut)


Sup Sayur


Kailan ikan masin


Jus Ambra@Kedondong
Ketam kesejukan (Next Mission)



The Best Presentation (Fresh Seafood on Sampan)

Lumut Trip : SMK. Sungkai Siri 1


Semalam 5.11.2020 aku dan orang rumah mengikuti trip sekolah orang rumah aku ke Lumut. Disebabkan agak lama aku tak ke Lumut tersesat juga aku ke Teluk Rubiah. Terpaksa le pusing balik mencari jalan hendak ke Lumut. Akhirnya tiba juga aku di Lumut pada pukul 3 petang. Antara Family Trip yang memang best sebab tidak terlampau rigid dan sifatnya yang amat santai.Setibanya kami sekeluarga di tempat penginapan Lumut Country terus sahaja check in. Biliknya agak besar jugek dan amat selesa untuk family yang macam aku ni yang tak berapa besar dan tak berapa kecil agak sedang-sedang aje (he he perasan). Viewnya memang cantik dan sedap mata memandang. Harganya pula amat berpatutan kurang lebih RM 85.00 semalam. Bagi aku amat berbaloi berbanding dengan kemudahan yang disediakan.

Walaupun tempatnya agak simple namun yang bestnya tu ada kolam renang untuk orang-orang yang dah tua tobin juga untuk anak-anak kecil. Anak-anak aku memang pantang jumpa kolam. Berseri-seri muka dema nengok kolam. Kalau buleh kejap itu juga nak tojon kolam. Bapaknya juga sebenornya tak sabor jugek tapi macam biasa kontrol...kontrol dan kontrol... sebab aku dah terbayang kolam yang lebih besar iaitu pantai Taluk Batik.
Pada petang itu semua family bergerak ke Teluk Batik untuk acara makan-makan dan mandi-mandi serta lepak-lepak. Cauaca kat Teluk Batik memang cun.. angin bertiaup kuat atas sikit daripada sepoi-sepoi bahasa. Perut memang tengah lapor. Tak sabor nunggu ayam bakor...opsss lupa pulak aku bagi tau.Semua family digalakkan untuk membawa makanan dari rumah untuk dikongsi bersama. Orang rumah aku memilih untuk membawa ayam yang telah siap di perap. Pembakar-pembakar ayam memang rame, aku macam biasa tukang rasa sampe kenyang... he he..

Dah kenyang apa lagi mandi le wei.... memang syok lama dah tak mandi laut... ombak agak kuat dengan tahap kemasinan ayor yang agak tinggi. Berbanding kunjungan aku sebelum ini ke Teluk kira-kira sekurun yang lalu akau dapati tahap airnya agak bersih. Kalau macam ni buleh le datang lagi.. Lama juga aku mandi sampe merah biji mate. Sronok melihat semua family enjoy dalam suasna yang amat santai. Memang bagus aktiviti macam ni. Bak kaya Dr. Azizan Osman setelah penat bekerja setiap tiga bulan sekali kita kena recharge dengan cara melancong, family gathering atau membuat aktiviti yang santai dan menyeronokkan.
Apabila senja melabuhkan tirainya semua family pulang ke tempat penginapan. Pada waktu malam acara bebas. Ada yang berehat. ada yang meneruskan perjuangan di kolam tempat penginapan ada juga yang keluor makan macam aku. Tempat makan yang aku pergi ni memang best. Nanti aku cerita dalam entry yang seterusnya.

Balik dari makan akau singgah ke waterfront menghirup udara segar malam. Best jugek water front ni.. Balik ke bilik terus terlentang kekenyangan dan keletihan. Pagi esoknya anak-anak aku dah bagi tahu deme nak mandi kolam kat tmepat penginapan tersebut. Aku pun memang nak sangat mandi kolam tu. Semasa melintasi kawasan untuk ke bilik aku tengok kolam ni macam best je. Selepas solat subuh aku menahan mata untuk menunggu hari cerah sebab nak mandi kolam. Nak turun awe segan pulak rasanya. Namun mata ini terasa amat berat.. Akhirnya tsersungkur aku di atas katil. akhirnya aku cuma berenang di atas katil. Anak-anak dan orang romah semuanya pergi mandi. Masa bila deme pergi aku pun tak sedor... Apa pun Trip ni memang best semoaga tahun depan ada lagi.....

Rabu, 3 November 2010

Warden oh warden....

Waktu subuh di asrama merupakan waktu yang sangat kritikal. Untuk bangun dari katil merupakan perkara yang sangat sukar dilakukan. Cauaca yang amat sejuk merupakan cabaran utama untuk bangun. Mata bukan main berat hendak dibuka. Rasanya mahu sahaja meneruskan tidur yang amat nyenyak . Namun pada waktu inilah kadang-kadang warden akan round sambil mengejutkan pelajarnya untuk bangun, mandi dan bersolat subuh secara berjemaah.

Setakat pengawas yang datang gerak kami biasanya kami tak ambil port. Lagi sedap aku and the gang tidur. Tetapi apabila seorang warden yang memang terkenal dengan kegarangannya datang menggerak mengelabah juga rasanya. Untuk mengelakkan daripada digerak warden ada yang sanggup bangun dan tidur di dalam kelas. Ada juga yang buat-buat pergi bilik air apabila warden dah tak de dia pun masuk le dalam bilik meneruskan tidur dengan nyenyaknya. Yang tidur bawah katil pun ada.

Namun ada sorang kawan aku ni memang best dia akan bangun tetapi tujuannya hanyalah untuk pergi ke bilik makan asrama. Senyap-senyap je dia pergi. Orang lain bersiap-siap pergi jemaah, member aku yang sorang ni bersiap-siap ke dewan makan. Ada juga yang lebih berani apabila sanggup bersembunyi di tempat-tempat tertentu.

Yang tak bestnya tu kadang-kadang warden ni pun bijak juga apabila dia membut rondaan kali kedua. Pada masa itu selalunya semua lampu bilik telah gelap menandakan semua pelajarnya berjemaah di masjid. Senyap-senyap warden ni menyusup masuk ke ke bilik sambil menangkap pelajar-pelajar yang meneruskan tidur mereka. Kadang-kadang geng-geng aku merasa juga le kena hempik dengan kayu atau mendapat penampor Jepun.

Tetapi yang menghairankan aku tentang sahabat aku yang sorang ni, dia kerap ponteng tetapi memang tak pernah kena. Dia memang hebat bab-bab melepaskan diri. He he... manisnya pengalaman ini...

Main Getah dan Tagan Gundu

Lama dah aku nak nulih tentang perkara. Namun kadang-kadang apabila mula mengadap PC perkara ini tak timbui dalam minda aku. Sedang memandu kereta teringat balik perkara tersebut. Sampe romah udah lupe. Entah macam mane hari ni sedang aku mengadap facebook tiba-tiba terlinteh perkara ini dalam kepala aku. Terus sahaja aku masuk blog dan taip entry ceritenya.

Rasenye mereka yang masa keciknya same waktu dengan aku pasti mengetahui permainan getah bulat atau bahasa mudahnya main getah. Permainan ini antara game yang sangat top satu ketika dulu. Apabila tiba musimnya game ni akan menduduki carta nombor satu dalam banyak-banyak game zaman itu.

Penjual getah rasmi dan swasta pun muncul macam cendawan tumbuh. Kalau tak silap aku 20 sen dapat le 20 getah bulat. Cara mainnya macam ini. Dua tiang kayu akan dicacakkan di kiri dan kanan di kawasan yang lapang. Setelah pailing tiangnya agak kukuh maka satu atau dua getah bulat akan direngangkan diantara dua tiang.


Sesiapa yang hendak main mesti membuat pertaruhan berdasarkan jumlah bilangan getah yang dipersetujui. Kadang-kadang 5,10,15 atau 20 (Jumlahnya bergantung kepada persetujuan. Setelah itu jumlah getah bulat yang telah dipersetujui akan diletakkan di atas getah yang diregang diantara dua batang kayu tadi.

Warna getah bulat ada bermacam-macam warna merah, kuning, biru, hijau dan ada juga yang berwarna antara campuran warna-warna yang aku sebutkan tadi. Jumlah pemain yang menyertai permainan ini tidak terhad. Lagi ramai lagi bagus. Setelah getah-getah bulat diletakkan di atas getah yang diregang antara dua palang maka tibalah pula masa mengundi giliran untuk menentukan siapa yang akan memulakan permaianan dan giliran bagi pemain yang seterusnya.


Matlamatnya ialah untuk menjatuhkan seberapa banyak getah ke atas tanah daripada getah yang telah diletakkan di atas getah yang diregangkan di antara dua kayu. Jarak antara tempat menaget getah ke palang ialah kira-kira 5 ke sepuluh langkah. Getah yang digunakan untuk menaget getah sasaran dinamakan tagan. Ada tagan jenis biasa dan ada jenis tagan gundu.


Untuk membuat tagan gundu memerlukan sedikit kemahiran memintal getah. Tapi tagan ni memang powerfull. Tagan gundu boleh dilepaskan dari jarak yang jauh berbanding tagan biasa. Ibarat senapang dengan pistol. Kadang-kadang sekali taget semua getah sasaran dah jatuh semuanya ke tanah. Kepada pemenang akan tersenyum riang akan mendapat getah yang banyak. Kepada yang kalah pulang dengan perasaan hampa dan terpaksalah beli getah lagi.


Inilah permainan aku saban petang sepanjang musim main getah. Sebenarnya bagi aku permainan ni agak bagus juga kerana permainan ini ada falsafah mengira, menyusun strategi dan kemahiran menganggar sesuatu dengan tepat. Ada juga unsur Melankolik apabila ada yang menangis teresak-esak disebabkan kalah. Dan adanya juga unsur riak dan takabur bagi mereka yang memang. He he apa apa pun main getah ni memang best.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...