Nuffnang

Pengikut

Khamis, 11 November 2010

Bobohizan vs maglamilami

Hari ini aku rasa benar-benar sihat setelah bangkit dari demam yang amat menyakitkan seluruh badan. Namun sedikit-sedikit kelesuan akibat demam masih juga terasa. Tak sedar rasanya sesi persekolahan sudah tiba ke penghujungnya. Seperti biasa kerja-kerja akhir tahun semakin banyak. Terasa seperti tidak habis-habisnya kerja yang dilakukan. Namun kelas tetap berjalan seperti biasa.

Seperti yang telah dipersetujui oleh panitia sejarah kami guru-guru sejarah telah sebulat suara mengajar sekurang-kurangnya hingga bab 2 bagi tajuk-tajuk sejarah yang akan di ajar pada tahun hadapan. Sebagai contoh pada tahun ini aku mengajar tingkatan 1. Maka untuk kelas yang sama aku akan cuba menghabiskan silibus tingkatan duanya sebelum cuti ini hingga bab dua.

Topik di tingkatan 2 pula agak lebih mendalam daripada tingkatan 1. Untuk mengajar kelas hujung aku terpaksa menggunakan kaedah yang mudah dan mesra dengan mereka. Kalau tidak pelajar letih belajar guru pula letih mengajar. Masuk angin keluar asap.

Tajuk sejarah tingkatan 2 dimulakan dengan bab 1 tentang bagaimana jatuhnya Pulau Pinang ke tangan SHTI (Syarikat Hindia Timur Inggeris) daripada kerajaan Kedah. Banyak sebutan dalam Bahasa Inggeris yang menyebabkan tergeliat lidah pelajar kelas hujung aku untuk menyebutnya. Ada yang seperti mengeluh "Alamak cikgu banyak nya perkataan dalam Bahasa Inggeris".

Apabila masuk bab menyebutnya macam-macam bunyi yang keluar. Antara perkataannya Union Jack, Province wellesly dan Georgetown. Sebenarnya bagi aku lagi pelik mereka mendengarnya aku lagi suka sebab lebih mudah mereka ingat. Umpamanya dalam tajuk tingkatan satu Bab terakhir bab 11 tentang negeri Sabah, banyak perkataan pelik yang mampu diingat oleh anak murid kelas hujung aku.

Antaranya Bobohizan (Bomoh) Maglamilami (kenduri kahwin) dan Magavau (memuja semangat padi serta Tuai rumah. Markonah antara pelajar yang paling lemah pun boleh ingat. Perkataan pelik seperti ini dapat menjadi Sauh (Anchor (Dalam teknik NLP) ) yang boleh menyebabkan mereka ingat fakta-fakta lain dengan hanya mengingati perkataan-perkataan yang menjadi Anchor dalam diri mereka.

Aku nak berbalik tentang cerita Pulau Pinang jatuh ke tangan Inggeris. Agak sukar rupanya untuk mereka menyebut perkataan Francis Light. Setelah diulang,diulang dan diulang ada la sedikit perubahan. Apabila tiba giliran menyebut seorang demi seorang maka macam-macamlah bunyi yang keluar dan yang paling aku tak tahan apabila ada seorang pelajar dengan senyum-senyum dan berbangga menyebut TRAFFIC LIGHT. Eh lain macam pulak bunyi nya. Aku minta pelajar ni sebut sekali lagi mungkin aku tersilap dengar. Kali ni dia sebut dengan lebih kuat TRAFFIC LIGHT.

Sah memang Traffic Light... He he control control jangan ketawa....tapi akhirnya ketawa juga... Perkataan kedua yang disebutnya pun best juga iaitu Breeze of Wales....apabila aku menyuruhnya mengulang tetap perkataan Breeze of Wales yang keluar. Sepatutnya Prince Of Wales... Ok la tu ada irap-irap bunyi nya kira ok la tu....Best jugek kalau aku dapat mengajar kelas ni lagi. Ada bermacam-macam sari warna dan karektor yang menyebabkan aku tak jemu mengajar kelas ni...

4 ulasan:

  1. Kalau gitu ler gaya sebutannya confirm diorg cepat ingat fakta sejarah.. traffic light tuh mmg best jek dgr hehehe ;)

    BalasPadam
  2. he he iina banyak yang lucunya kelas hujung ni...kelas ni memang enjoy bagi aku.....puas tengok muka deme senget-senget menyebut perkataan baru...

    BalasPadam
  3. aku bley bayangkan kalau Anjang gelak camner... tergOlek2 sampai merah muka hahaha

    BalasPadam
  4. he he...sekarang dah payah nak bergolek....

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...