Nuffnang

Pengikut

Rabu, 3 November 2010

Warden oh warden....

Waktu subuh di asrama merupakan waktu yang sangat kritikal. Untuk bangun dari katil merupakan perkara yang sangat sukar dilakukan. Cauaca yang amat sejuk merupakan cabaran utama untuk bangun. Mata bukan main berat hendak dibuka. Rasanya mahu sahaja meneruskan tidur yang amat nyenyak . Namun pada waktu inilah kadang-kadang warden akan round sambil mengejutkan pelajarnya untuk bangun, mandi dan bersolat subuh secara berjemaah.

Setakat pengawas yang datang gerak kami biasanya kami tak ambil port. Lagi sedap aku and the gang tidur. Tetapi apabila seorang warden yang memang terkenal dengan kegarangannya datang menggerak mengelabah juga rasanya. Untuk mengelakkan daripada digerak warden ada yang sanggup bangun dan tidur di dalam kelas. Ada juga yang buat-buat pergi bilik air apabila warden dah tak de dia pun masuk le dalam bilik meneruskan tidur dengan nyenyaknya. Yang tidur bawah katil pun ada.

Namun ada sorang kawan aku ni memang best dia akan bangun tetapi tujuannya hanyalah untuk pergi ke bilik makan asrama. Senyap-senyap je dia pergi. Orang lain bersiap-siap pergi jemaah, member aku yang sorang ni bersiap-siap ke dewan makan. Ada juga yang lebih berani apabila sanggup bersembunyi di tempat-tempat tertentu.

Yang tak bestnya tu kadang-kadang warden ni pun bijak juga apabila dia membut rondaan kali kedua. Pada masa itu selalunya semua lampu bilik telah gelap menandakan semua pelajarnya berjemaah di masjid. Senyap-senyap warden ni menyusup masuk ke ke bilik sambil menangkap pelajar-pelajar yang meneruskan tidur mereka. Kadang-kadang geng-geng aku merasa juga le kena hempik dengan kayu atau mendapat penampor Jepun.

Tetapi yang menghairankan aku tentang sahabat aku yang sorang ni, dia kerap ponteng tetapi memang tak pernah kena. Dia memang hebat bab-bab melepaskan diri. He he... manisnya pengalaman ini...

5 ulasan:

  1. anjang, ada program pbsista kt taayah jumaat ni, pegi ke?

    BalasPadam
  2. pernah kena kunci kat dalam bilik tv sebab tengok tv selepas jam 12...

    BalasPadam
  3. Hazlin...

    tu memang kejam tu....he he

    Merentas horizon
    tak kut... dah ada program lain hari tu....

    BalasPadam
  4. zam altbligh: hahaha..anjang..best kenangan kt asrama ni..aku ngaku le..memang le aku yg siap2..tapi terus dewan makan....yg paling best hari selasa..kome tak bangun lagi bagus..sebab hari tu roti canai...5-6 keping aku dapathahaha

    BalasPadam
  5. he he....zam kenangan yang macam ni amt mahal harganya... aku cuba menggali-gali lagi kenangan lama....kalau ada buleh share... dan buleh aku coretkan untuk dokumentasi kita bersama

    BalasPadam

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...