Nuffnang

Pengikut

Isnin, 13 Disember 2010

ESQ EFA (ESQ FOR ALL)


Agak tidak lengkap rasanya sekiranya hanya aku yang pergi ke program ESQ. Memang dalam hati kecil ini ingin juga menghantar orang rumah aku ke program ESQ kerana value dan Experince yang sangat bermakna yang akan aku ceritakan di bawah setelah aku mengadirinya terlebih dahulu pada 4 JUN 2010 di Marriot Hotel PutraJaya. Namun disebabkan harganya agak tinggi menyebabkan hasrat itu terpaksa dipendamkan dahulu.

Dalam hati tetap berkata insyallah satu hari nanti aku akan tetap menghantar orang rumah aku ke program ESQ. Tiba-tiba.... jeng jeng jeng.... pucuk dicita ulam mendatang. Semasaa aku menghadiri program sulung ESQ Parenting Dr. Ary di Malaysia aku terbaca satu iklan yang amat menarik perhatian aku iaitu EFA 2010 di IKRAM Bangi. EFA bermaksud ESQ For All.

Yang lebih mengejutkan aku program ini sangat rendah harganya berbanding harga biasa yang ditetapkan oleh ESQ Malaysia. Rupa-rupanya ini merupakan program kemasyarakatan yang merupakan program tanggungjawab sosial ESQ kepada guru-guru, ibu tunggal dan mereka yang tak mampu masuk ke program Executive yang diadakan sselama 3 hari di hotel.

Terkabul juga harapan untuk menghantar orang rumah aku ke program ESQ. Program ini berjalan selama 2 hari iaitu daripada 13 ke 14 November 2010. Ternyata sesi pertama lagi air mata aku dan orang rumah tumpah dengan banyaknya. Sebagai Alumni ESQ aku boleh masuk secara percuma berulang-ulang kali sebagai program untuk recharge.

ESQ merupakan program yang sangat menggegarkan jiwa dan manusuk jauh ke dalam ke lubuk hati. Sekeras mana pun hati kita yang menghadirinya, selalunya pada hari kedua hati yang keras akan menjadi lembut. Susah untuk aku menerangkannya dalam bentuk tulisan. Hanya mereka yang menghadirinya akan dapat merasai pengalamannya.

Aku teringat lagi semasa hari pertama aku menghadiri program ESQ Executive di Marriot hotel yang dibawakan oleh Pak Ary(pengasas ESQ) Sendiri aku amat negatif. Malahan aku berasa hairan mengapa ramai yang menangis pada setiap akhir sesi. Aku tetap menahan dan menutup jiwa ini daripada pelbagai info yang dipersembahkan dalam bentuk multimedia.

Namun pada hari kedua apabila disentuh tentang saat-saat kematian, tinggal berseorangan dalam liang lahad, nabi muhammad, taggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak air mata ini tak dapat ditahan lagi. Mencurah-curah,,,,,timbul rasa takut yang amat sangat. Tayagan multimedia orag membawa keranda beserta effect bunyi yang amat menyeramkan serta gambaran kita yang ditinggalan berseorangan di liang lahad dalam keadaan gelap dan gelita amat manakutkan aku.

Tiba-tiba terbayang semua kesalahan yang pernah aku lakukan satu persatu. Selepas itu, datang lagi gambaran tetag dosa-dosa lalu yang menerjah ruang fikiran dengan tiada hentinya. Air mata memang mencurah-curah tanpa dapat dibendung. Kemudian disentuh pula tentang tanggungjawab terhadap keluaarga dan anak-anak. Terbayang satu persatu wajah anak-anak yang banyak diabaikan tanggungjawab aku ke atas mereka. Kali ini air mata secara automatik mencurah-curah.

Apabila diceritakan tentang betapa sayangya nabi kepada umatnya... timbul perasaan yang amat sayu...rasa penyesalan mengapa selama hari ini aku tak pernah sayang nabi secara bersungguh-sunggh kepada nabi yang sentiasa sayangkan umat akhir zamannya dalam rintihan terahir ummati-ummati sebelum meninggalkan dunia buat selama-lamanya amat menggoncang jiwa ini. Kemudian ditayangkan pula kaabah dan kota mekah...

Kalau selama ini hati ini tidak pernah terasa apa-apa melihat kaabah dan kota mekah dan perasaan yang timbul hanya seperti melihat lain-lain gambar. Tetapi kali ini amat lain. Entah dari mana datangnya perasaan yang amat rindu dan sayu untuk ke sana. Rasanya ketika itu juga aku ingin terbang ke sana. Hari kedua di ESQ telah mencairkan jiwa dan hati aku yang amat keras selama hari ini. Aku bersyukur kepada Rabbul Jalil yang telah menyedarkan diri ini melalui ESQ.

Kepada pembaca blog, kawan-kawan dan semua yag singgah di sini jangan dengar tentang pelbagai kontroversi ESQ. Pergi sendiri, rasai dan lalui pengalamannya. Aku memberi jamianan kepada anda selepas itu jiwa kita akan kembali mantap dan akan kembali kepada orbit dan laandasan yang betul dalam melalui kehidupan seharian......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...